Friday 29 April 2011

PA berkaliber..

Tiba2 telefon berdering...


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini pejabat En Adlin Aman Ramli ..??
PA (Y) : Maaf Salah nombor..ini pejabat En Aznil …

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini pejabat En Adlin Aman Ramli ..??
PA (Y) : Maaf, salah nombor ni, encik..!! ini pejabat En Aznil . (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
PA (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Nak saya laporkan kamu kepada pihak polis.?!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini pejabat En Aznil ..??
PA (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi terima beberapa kali salah nombor. Cari siapa encik.??
Penelefon (X) : Adlin Aman Ramli ….
PA (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
PA (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Aznil…..
PA (Y) : Aduh..!!! Maaf  encik! tadi ada orang gila telefon! ada apa encik.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Adlin Aman Ramli ..!!
PA (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
PA (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Cari siapa encik..??
Penelefon (Z) : Ini pejabat En Aznil ??
PA (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Adlin Aman Ramli … , tadi ada orang cari saya???
PA (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)




Moral of Story: Kite kene banyak2 bersabar melayan karenah manusia dalam kehidupan seharian.. haHaha

PA berkaliber pun boleh pengsan kalau camni.. heHe

Thursday 28 April 2011

Cikgu pening, pelajar kene "rutan pantat" oleh datuknya..

Ape nak jadi budak ni.. haHa

episod 1

episod 2

episod 3

episod 4

Moral of Stroy: Jadi cikgu kene sabar.. kene ikhlas.. jangan ngajar kerana duit gaji semata-mata.. huHu. Kalau ikhlas, insyaallah pelajar akan cepat pandai.. :)

Tuesday 26 April 2011

!!!!!!!!!!!!!!!!

MARAH!!!.. MARAH!!!.. MARAH!!!..

Pengertian "MARAH":
Menurut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, marah adalah (kata kerja)

Bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang, menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati, sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak, naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga, menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang, mendongkol, palak, meranyuk;,



Kata Terbitan : memarahi, memarahkan, kemarahan, pemarah,

Puisi:
Keledek merah pucuk meranti,
Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
Biarlah hamba membawa diri.

Peribahasa:
Terkena pada ikan bersorak,
terkena pada batang,
masam.

Bermaksud
Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).
__________________________________________________________________

Pagi2 dah marah.. spoil mood g keje je.. arghhhhhh!!!!

Orang yg sabar pun boleh hilang sabar kalau camni..
YA ALLAH!! Kau bantulah hambaMu ini mengawal kemarahan.. amin


Sunday 24 April 2011

Oh!! Ah!! Oh!! Ah!!

Oh!! Ah!! Oh!! Ah!! Bosannya.. heHe.. dh tak tau nak letak tajuk entry ape.. haHa

Semalam baru je lepas duduk 1 paper final exam.. Jam 11 pagi baru terhegeh2 nak print slip exam.. Ingatkan bila dah ada laptop sendiri, intenet sendiri, printer sendiri ni senang sikit keje.. buat last minit pun xpe.. sekali intenet slow, xleh nak bukak portal istudent uitm.. hambek ko.. kelam kabut nak print slip exam.. terpaksa  bersiap cepat cari Cyber Cafe.. Nasib baek dapat jugak print slip exam akhirnya.. haa.. len kali buat laa kje last minit lagi ek.. huHu

Exam bermula 2.15 - 5-15 petang.. Mula je exam, fikiran masih melayang tapi tangan still menulis.. x tahu apa yg ditulis.. heHe. Fikiran melayang fikirkan ofismate buat family day.. mesti diorang tengah beronok-ronok ketika tu.. jelessss.. Seawal jam 4 petang ejulz terus keluar dewan exam kerana team futsal ejulz akan mula bermain utk Liga Super Futsal KBS pukul 5.. Merempit selaju yg boleh.. akhirnya sempat jugak tgk first game.. Walaupun kalah pada 2 game ejulz mengucapkan tahniah diatas semangat kesukanan yg ditunjukkan.. Dan team ejulz mendapat 1 kemenangan percuma kerana ada 1 team yg x datang.. Selepas game terus melepak di kedai mamak aka Ali Maju.. Layanss pulak game Man Utd lawan Everton.. Seb baek Chicharito skor di minit2 akhir.. heHe

Hari ni pulak bangun awal sebab member rumah memekikkan laptopnya dgn lagu anuar zain.. Dan rutin dia, sebelum pegi keje bukak lagu kuat2.. Tanpa memikirkan perasaan kawan2 yg tgh tdo.. huuuu..

Arini nak buat pe ek?? boring laa duk rumah.. Rasa nak main boling laa arini.. lama x main.. heHe.. Ada sape2 nak join?? huHu..

Gaya org x profesional main boling... haHaha

Friday 22 April 2011

Yusri KRU kapel ngan Lisa Surihani??

Salam n Selamat Pagi semua... harap berada dalam keadaan sihat hari ni.. :)


Kalau semalam ramai yg sedih sebab zed zaidi dah nak mendirikan rumah tangga.. Peminat fanatik laa tu.. haHa.. Hari ni ejulz pulak dikejutkan dgn berita hubungan intim Lisa Surihani dan Yusri KRU.. Mungkin ramai dah tau kot..  Ejulz baru terbaca kat utusan arini..


waaaa.. sedihnya.. haHa.. xde laa, gurau je.. Mana laa sepadan ejulz dgn gadis secantik Lisa.. Kalau laa mak ejulz dpt menantu secantik Lisa, memang dia buat kenduri kesyukuran 7 hari 7 malam.. haHa

Dari apa yg ejulz baca kat Utusan arini, Yusri dikatakan selesa bila bersama Lisa.. Mana xnyer, dah la cantik, lemah lembut, manja ngan mak, berpelajaran.. Serba serbi perfect laa nak buat bini.. haHa.

p/s: ape2 pun, kalau dah jodoh diorang sama2 laa kita doakan kebahagiaan kpd diorang.. Dan semoga Lisa dapat mengekalkan imej bersihnya sebagai seorang artis yg bersih dari gosip liar.. :)

Thursday 21 April 2011

Zed Zaidi nak kawen???

Zed Zaidi nak kawen?? Sape x kenal zed zaidi.. Pelakon yg mula terkenal dgn cerita "Sembilu".. Zed dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 April ni.. maklumat ejulz dapat dari blog joms layanzzz..

Dan yang lebih menarik, kad jemputan seperti laman web facebook.. Ini kerana mereka bertemu jodoh di laman web berkenaan.. waaa.. menarik.. heHe. Nak carik jodoh lam fb jugak la pasni.. haHa

ni dia design kat jemputan mereka..


Tadi sempat jugak godek2 google nak carik gambar pasangan zed, Natalia.. x jumpe, tapi terjumpe blog zed zaidi.. terus follow. tapi last update 5 Julai 2010. haHa.. Mungkin sbb dia sibuk kot.. then terjumpa fb dia. x dpt add sebab maybe ac tu utk kenalan terdekat sahaja..

Wednesday 20 April 2011

Filem Abu Ya - Adegan Seksi Tarik Penonton..

Adegan seksi?? Sape x tertarik mak oii.. heHe..

Filem "ABU YA"

sumber : jomss Layansss!!

Menurut pengarah filem tersebut,  “Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan."
 
Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.
Pengarah filem tersebut berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka.

p/s : sama2lah kita tunggu sama ada mesej yg ingin disampaikan kepada penonton berjaya @ tidak..

Tuesday 19 April 2011

JOM!! Parti Pakaian Seragam Kolej!!

hEhe.. kalo nak kepala kene hempok belakang kuali ngan bapak ejulz, boleh laa pegi parti tu... huHu.. Setelah mendapat gelaran bandar maju yang menaikkan nama negeri bersejarah iaitu negeri Melaka, ada sesetengah pihak yg tidak bertanggungjawab mengadakan satu program yg boleh mencemarkan nama baik Melaka.. Memang tidak dinafikan Melaka merupakan negeri maju.. setelah mendengar cerita dari housemate ejulz yg pernah berkursus di sana, dia kata Melaka bersih dan lampu2 jalan menggunakan tenaga solar.. canggih beb!!


sumber: myMetro

Namun beberapa pengusaha pusat hiburan mengambil kesempatan dari kelebihan tersebut untuk mendapat untung.. Dan kali ni, pengusaha2 yg tidak bertanggungjawab terbabit menggunakan gadis seksi berpakaian seragam kolej utk menarik pelanggan2 dari golongan pelajar kolej..

Memang tidak dinafikan, Islam menggalakkan aktiviti perniagaan..

 Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Namun, kita perlulah tahu membezakan yg mana perniagaan halal dan yg mana perniagaan yg haram.. Kerana setiap apa yg kita lakukan di dunia yg sementara ini, pasti akan mendapat pembalasan di akhirat yg kekal abadi..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Hanya satu sahaja cara utk mengelakkan kita dari melakukan perkara haram utk mendapat untung dan merasa pendapatan tidak cukup.. iaitu SYUKUR..

Firman Allah yang bermaksud: “Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Saturday 16 April 2011

alhamdulillah.. CPK ONE FC menang!!! huHu

Salam semua.. waaa!! lega rasanya.. Syukur alhamdulillah.. Arini team ejulz (CPK ONE FC) dapat mata penuh sebanyak 9 mata.. Syukur sangat2.. lepas kalah sebanyak 6 game yg lepas, kali ni kami menang 2 game dan menang percuma 1 game.. game pertama menentang SPY FC, menang 7 - 1.. Game kedua menentang Aryoganda, menang 4-0 dan game ketiga menentang Kaweng FC menang percuma (sebab Kaweng FC x hadir)..



Ejulz hanya mampu melihat dari luar gelanggang.. hanya mampu memberi sokongan kepada pasukan ejulz.. sebab kaki masih injurt lagi.. Sory buat rakan sepasukan.. x dpt mberi sumbangan.. I'm sorry.. :(

Ape2 pun, tahniah buat rakan sepasukan.. semoga berjaya di minggu hadapan.. cabaran lebih sukar pada minggu depan..


Giveaway Ujang9897

Lupe pulak nak join GA Ujang9897 yg ditag oleh bro_monday..


Ejulz xde gambar2 yg sempoi..

Nak cite pasal Ujang9897? siyesly ejulz blm kenal sgt dgn Ujang ni.. Baru je join GA ni n secara otomatiknya baru je follow dia.. heHe. Tapi nak cite sikit pasal blog Ujang ni.. Ejulz hampir terkene.. Sebelum nak join GA ni, ejulz pun nak tgk due dia bile.. takut2 tarikh tutup dah lepas.. heHe. Sekali tgk dia kata sehingga hujung bulan.. so, ejulz pun tgk la bila tarikh dia entry tu.. mana la tau bulan lepas punya.. heHe.. kalau bulan lepas punya maksudnya dah tutup laa.. sekali tgk 15 Mei 2011.. Tetiba konfius.. siap double check kat kalender lagi tgk bln ni bulan April ke Mei.. haha. Nak komen banyak2 pun x reti.. sebab ejulz pun baru je follow blog Ujang.. selalu tgk bro_monday selalu berkoneksyen dgn Ujang ni.. (berkoneksye? word xleh blah.. haHa)

Nak tau maklumat lebih lanjug.. sila klik banner kat atas utk skodeng blo Ujang..

kali ni nak tag:





Friday 15 April 2011

CPK blogspot..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Semoga di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, kita berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Arini ejulz xde ape2 nak share, cuma nak minta sedikit pandangan dari akak2, abg2, adik2 sekalian tentang 1 blog rasmi yg ejulz buat utk ofis ejulz.. CPK blogspot..


Nak minta laa sedikit idea utk ejulz menambah lagi info2 dalam blog tu.. setakat ni ejulz banyak bagi info pasal e-Tazkirah, aktiviti yg dijalankan, doa2 harian,.. dan lain2 laa.. kalo nak tau lagi terjah blog tu k.. ape lagi ek, yg rasa2 sesuai utk dimuatkan dalam blog tu..?

Thursday 14 April 2011

Mana lebih kebudak-budakan?? Kanak2 @ org dewasa?

Salam..

Hari ni ejulz nak kupas pasal sifat kebudak-budakan.. Seperti yang kita tahu kebudak-budakan ni biasanya sifat kanak2.. Sikit2 merengek.. Sikit2 merengek.. Itu adalah sifat semula jadi kanak2.. Dimana pemikiran diorang belum matang.. Belum pandai menilai yang mana baik dan yang mana x baik.. Ejulz ambik contoh ejulz sendiri laa masa kecik dulu.. Suka sangat gaduh ngan adik beradik.. Ejulz ada kakak je 3 org.. Sape yg berani lawan ejulz masa kecik2 dulu.. Lawan sikit memang kene penerajang ejulz laa.. Memang singgah la kaki ejulz kat badan diorang.. heHe.. jahat betul.. huHu. Kalau tgk tv tu xleh kacau laa kalau ejulz tgh tgk katun ke, satria baja hitam ke, doreamon ke,.. semua rancangan kegemaran ejulz laa.. heHe.

Sejak ejulz masuk ke sekolah berasrama penuh di tingkatan 1, ejulz telah mula mengenal erti kehidupan.. Di situ ejulz mula belajar berdikari.. Tapi disaat kesempitan duit ejulz terpaksa call rumah utk belanja harian.. (cehh!! berdikari laa sgt.. huHu).. Duit tu bukan utk ejulz enjoy tapi utk beli keperluan sekolah.. contoh nak beli buku.. beli alat tulis dan sebagainya.. (ayat cover line.. heHe).. siyes tu betul2.. bukan bohong.. Bagi ejulz makanan di asrama dah mencukupi.. dari pagi sampai malam disediakan makanan.. Kalau dulu ejulz jenis yg x mahu mengalah.. tapi sejak duduk di asrama, ejulz menjadi lebih bertimbang rasa.. Dan sejak itu jugak, ejulz selalu mengalah kepada adik-beradik ejulz.. alhamdulillah, berubah kepada kebaikan..

ehh!! dah melencong jauh cerita ejulz ni.. heHe.. tu intro je.. ejulz nak terangkan pasal sifat kebudak-budakan ni.. Tapi bila dah melangkah ke alam dewasa ni, ejulz tgk org2 tua pun ada sifat kebudak-budakan.. Sebagai contoh politik laa.. asyik gaduh je antara parti.. perlu ke bergaduh? menunding jari antara satu sama lain utk membangunkan negara dan kesejahteraan rakyat? Rasanya dalam Islam pun ada ajar kita supaya ber"musyawarah" aka berbincang dalam menyelesaikan sesuatu perkara.. xde laa gaduh je.. ermm.. xtau laa sampai bila politik kita jadi macam ni..

xpayah laa ejulz nak terangkan lebih lanjut pasal politik.. ejulz ambik contoh kat tempat keje kita je senang.. Pegawai2 yg senior dan berjawatan tinggi kalau bagi ucapan, fuhhh!! superb!! "Pimpinan melalui tauladan" laa katakan.. Nasihat kat pegawai2 bawahan supaya bekerjasama dalam organisasi tapi diri sendiri?? hampeh!! Asyik nak 'mengata' pasal salah unit orang lain.. Mengumpat je sesama diorang.. macam mana laa pegawai bawahan nak respect.. banyak lagi laa sifat kebudak-budakan yg ejulz nampak pada pegawai2 camni.. keras kepala.. dia je yg betul.. bnyak lagi laa..

p/s: So, korang rasa kanak2 ke org dewasa yang lebih kebudak-budakan?

Wednesday 13 April 2011

Urat Oh Urat kenapa berdenyut!!

Assalamualaikum,

Selamat pagi & Salam 1Malaysia..

Urat Oh Urat kenapa berdenyut!! Malam tadi seperti kebiasaan ejulz dan member2 ada aktiviti futsal.. Setiap malam selasa.. Minggu lepas ejulz mula main selepas eksiden aritu.. Tapi main sikit2 je laa.. tendang pun slow2.. Sebab dah lama x main, paksa jugak main.. heHe.. Minat punya pasal.. Nak jadi macam C.Ronaldo.. haHa..

Nak dijadikan cerita, malam tadi ejulz main la pulun abis.. ingatkan kaki dah ok lepas urut aritu.. Sekali ejulz cuba merembat dengan kuat, TUINGGGG!!! Rasa ada spring pulak kat kaki.. Terus keluar padang.. main sekejap je.. Rasanya 5 minit pun x sampai..

Niat di hati nak main untuk Liga Super Futsal KBS yang dijadualkan sabtu ni.. Tapi kaki pulak jadi camni.. sedih!! sedih!! Ejulz nak sangat main futsal.. waaaaaa.. Rindu laa nak beraksi dgn lincah n nak impruv tahap permainan..

p/s: ada x sape2 kat sini yg tahu camne nak buat ngan kaki ni ek? Urut selalu ke? Letak ais ke? Rendam lam air suam ke? sape2 yg tau pasal perubatan ni tolong explain ek.. plizzz

Tuesday 12 April 2011

Segmen | Kalau aku ada bakat aku nak jadi ______________


waaa.. menarik jugak segmen yang dianjur oleh cik Bambam kite ni.. rasa macam kat sekolah dulu2.. heHe.. Masa kat sekolah dulu ejulz cite2 nak jadi cikgu aka guru.. Masa tu fikir keje cikgu best.. masa depan terjamin.. gaji besar.. keje gomen la katakan.. haHa.. Tapi, bila ejulz masuk ke tingkatan 4, ejulz ambik kos akaun.. Jadi, cite2 pun berubah laa utk jadi akauntan.. Mana taknya, pegang kalkulatur ari2.. heHe..

Last2, dua2 cite2 ejulz tu pun x tercapai.. huHu.. jadi lain pulak skrang ni.. heHe.. skrang dah keje.. boleh kata terjamin jugak laa wpun x jadi cikgu.. huHu.

Dalam masa skrang ni bnyk yg ejulz nak jadi kalau ada bakat..

1. Usahawan yg berjaya (Modal xde 1 hal.. ilmu dlm bidang ni lagi..)
2. Jurugambar profesional (tgh belajar lagi dlm bidang ni..)
3. Model (tapi rupa xde.. hiHi)
4. Pelakon (muka ni nak belakon.. suruh g atas pentas je dh mgigil.. heHe)
5. Penyanyi (takat nyanyi lam bilik mandi boleh laa.. hehe)

banyak lagi laa yg ejulz nak jadi, tapi xde peluang n bakat.. huHu.. yg kat atas tu "kalau ada bakat.."

Monday 11 April 2011

Giveaway zalin onceitalk.com

Waaaa... dah lama rasanya x join  GA.. join contest.. sibuk sgt2.. sory la kpd yg penah tag ejulz, kalau ejulz x join tu.. Ejulz sibuk sgt2.. Ni baru ada masa sikit nak join.. Ejulz suka join bukan nak menang pun, tapi nak tambah kenalan dlm blog ni.. kalau menang tu advantage laa.. hiHi


ok, kali ni ejulz nak join GA zalin... makseh byk kepada Jiwa Lara sebab sudi tag ejulz.. Makseh kitak.. :)


nak join? sila terjah blog zalin utk maklumat lanjut k.. :)

kali ni nak tag:






Tarikh tutup: 12 April 2011

Saturday 9 April 2011

Mutiara Asli Eann Hikaru

Salam semua.. lama rasanya ejulz bercerita kat sini.. Bukan ape, xde idea n bizi sangat.. sibuk sangat nak buat assignment.. dari dulu lagi nak siapkan.. Hari demi hari nak buat.. x buat2 jugak.. last2 esok nak hantar baru buat.. heHe.. kepada adik2 yg msh study di luar sana.. "dont try this at home".. hehe.. jangan malas2 macam ejulz k..

ehh!! dah lari dari tajuk pulak.. heHe.. sebenarnya ejulz nak promote sikit Mutiara Asli yang dijual oleh kawan yg ejulz kenal dlm fb, cik Eann.. Dari dulu lagi janji nak promote Mutiara dia.. Tapi disebabkan sibuk sgt2, baru arini dpt buat.. just boleh promote dlm "Kampung-Kameq" ni je laa.. kepada cik Eann: sory ek lambat sikit buat entry ni.. hiHi

ok, nak tengok gambar2 dia x? mesti laa nak tengok kan.. ni dia..



Kepada yang berminat,

♥ ♥ MUTIARA ASLI ♥ ♥

bolehlah menghubungi:

NO AKAUN :

CIK NOREYHAN BINTI BAKRI
AM ISLAMIC BANK ( 207-002-008358-1 )
NO TEL: 0138904002



.

Saturday 2 April 2011

Ajis suka mancing.. mancing ikan bukan pompuan..


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.



Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.



Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.



tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.



Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.



Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.



Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.



Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.



hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.



Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.



Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...