Tuesday 31 May 2011

Hanya kerak nasi untuk MAK‏

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'.

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN


Sedih baca cite ni.. terkenang kat mak di kampung.. mengalir air mata.. wpun dh penah baca.. seb baek bos xde.. heHe.. bila laa nak balik kpg lagi ni.. huH! kpd kengkawan, adik2, kakak2, abg2 sekalian, jagalah ibu bapa kita selagi berkesempatan.. terutama yg dah berkahwin.. buat laa keputusan yg adil kalo nak balik kpg masa raya nanti.. heHe..

Sunday 29 May 2011

Antara letih & sedih..

Keletihan dalam kesedihan @ kesedihan dalam keletihan..

tiada kata dapat diungkap.. selain kesedihan menyelubungi hati..
tiada air mata mengalir.. kerana dapat ku kawal kesedihan hati...
tiada tawa kedengaran. kerana sedih menguasai diri...

waaaaa!!!! my feberet team kalah awal pagi tadi!!! WAAAA!!!

rasa2 kalah 3-1 kot..
x sanggup tengok sampai habis perlawanan...
x sanggup melihat kekalahan pasukan pujaan hatiku.. huHu


penat betul minggu ni..
sabtu ahad bangun awal pagi..
biasa bangun matahari betul2 di tengah kepala.. heHe

Friday 27 May 2011

Cara bagi yg bermasalah sign out blog..

Sebelum ni ejulz ada masalah nak sign out blog.. dah macam2 bantuan yg ejulz carik.. x dpt2 jugak.. hampir2 nak mintak bantuan polis.. heHe.. akhirnya ejulz mintak bantuan Cik Google si cantik manis..

Sini ejulz nak kongsi kpd korang yg ada masalah yg sama dgn ejulz..


1) Make sure you are running the latest version of your browser, if not, upgraded it.

2) Make sure you REALLY have cleared both your COOKIES and CACHE

3) Once Cleared shut down the browser

4) Then Open it again and CHeck that the Cookies and Cache are indeed Empty. This is very important. The problem seems to be with corrupt cookies and cache files

5) If that is OK try going to www.blogger.com . Don't login yet, press CTRL-F5 and then try logging in again

6) If that still does not work try logging into Gmail first and then go to www.blogger.com  and try again

7) If that does not work try going to this address http://www2.blogger.com/home

8) If that does not work try going to draft.blogger.com  

9) If all those fail, try installing another browser to see if that works eg Firefox, Chrome, Opera etc



p/s: sambil layan cerita Kashaf Imani di Astro Ria.. sedih.. best gak layan cite sedih camni sorang2.. baru feel.. heHe. nak tisu!! huHu



Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...


p/s: payah sangat kalau terpelajar.. sampai org terberak pun dikata sindrom.. haHa

Thursday 26 May 2011

"PERADUAN TEKA GOL "

Join "Peraduan Teka Gol".. tq bro_monday..

Peraduan yang dianjur oleh Red_Giant, pemenang 'Contest dari Malaya ke Manchester'..


Selaku peminat MU yang tegar setegar tegarnya, kene masuk peraduan ni. heHe
wpun agak sukar untuk menang perlawanan ni, ejulz tetap sokong MU..
harap MU menang sebagai hadiah bday ejulz pada 28 Mei tahun ni.. heHe


Tekaan 1 : FC BARCELONA (0) MAN UNITED (1)

Tekaan 2 : FC BARCELONA (0) MAN UNITED (0)
Penalti:
FC BARCELONA (4) MAN UNITED (5)



GOO!! MANCHESTER GOO!!




Alhamdulillah: blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara kene delete..

alhamdulillah.. Baru2 ni kita digemparkan oleh individu yg tidak bertanggungjawab menghina Islam.. Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara kononnya.. pemilik sebenar belum dikenalpasti..

Selepas mendapat tahu dari Jejaka Terhangat tadi lega rasa hati.. tapi masih tidak berpuashati selagi pemilik blog berkenaan tidak ditangkap dan diambil tindakan yang sewajarnya.. Individu seperti itu patut diberi pengajaran supaya perkara sebegini x berulang lagi.. Selagi individu tersebut tidak diambil tindakan, ejulz percaya dia boleh membuat akaun baru..

Ejulz betul2 berharap dan berdoa agar individu yang berkenaan mendapat hukuman yang sewajarnya.. Perlakuannya bukan sahaja menghina Islam, tetapi boleh memecahkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama..

Wednesday 25 May 2011

Gian join contest, GA dan segmen segala..

Merujuk kepada perkara di atas,.. (macam surat rasmi la pulak.. heHE).. bila korang baca tajuk entry ni mesti korang dah faham.. kalau x faham jugak, buat2 la faham ek.. haHa :P

Semenjak dua menjak ni ejulz betul2 ketagih nak join contest.. mana x nyer, kira banyak jugak la hadiah yg ejulz dapat.. banyak? bunyi macam dah dapat 10 - 20 hadiah.. padahal baru 3 hadiah.. haHa. pada ejulz tu pun dah syukur alhamdulillah.. sebab ejulz join pun bukan sebab hadiah semata2.. tp leh support contest member2 n dpt kenalan baru.. tu yang penting.. kalau dpt hadiah tu advantage laa.. heHe

tertunggu2 org nak tag ejulz tuk join contest ni.. heHe. jangan malu jangan segan ek nak tag ejulz.. insyaallah kalau ejulz lapang ejulz pasti buatkan.. nak tambah koleksi hadiah.. (macam konfiden menang je.. haHa)

Macam dah ngantuk pulak mata ni.. jap g nak tido laa.. harap2 esok ada laa jemputan join contest.. heHe.. layan kawan2 fb jap sblm tido.. k gud nite.. :)

Tuesday 24 May 2011

I'm Sorry, I Love You..

Tengah layan cite ni.. layan mood jiwang malam ni.. heHe



comel heroin die.. heHe




Penghinaan buat Agama Islam..

Salam buat rakan2 sekalian.. x kisah laa bagi yg beragama Islam ataupun bukan.. tujuan ejulz membuat entry ni agar kita sebagai rakyat Malaysia tidak bermusuhan antara satu sama lain dan tidak menimbulkan pertelingkahan antara kaum atau agama.. Sebagai hidup dalam berbilang kaum dan agama, kita seharusnya mengamalkan sikap hormat-menghormati.. dan tidak mencaci dan memfitnah sehingga menimbulkan kemarahan kepada pihak lain.. nama dah 1Malaysia..

Tergamam ejulz apabila membaca artikel dari 'pemilik' wordpress yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.. terjumpa link tersebut di blog tieykah.. Setiap patah perkataan yg ditunjukkan dalam artikel 'pemilik' tersebut memang boleh menaikkan kemarahan umat Islam.. walaupun ejulz bukanlah alim sangat, masih perlu banyak didikan agama, tapi sebagai umat Islam memang merasa marah selepas membaca penghinaan seperti itu..

Ejulz berharap dan berdoa agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada 'pemilik' wordpress tersebut bagi mengelakkan perkara sebegini berulang lagi dan menimbulkan kekecohan di negara kita yang aman damai ini.. disebabkan orang2 yang tidak bertanggungjawab seperti inilah boleh mengkucar-kacirkan keamanan negara..

SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA 'PEMILIK' WORDPRESS BERKENAAN!!! AMIN..

Monday 23 May 2011

'SEGMEN: PUTERI KASIH AJAK AKU BERGUMBIRA'

thankz Puteri Kasih kerana sudi menge'tag ejulz.. heHe.. menge'tag? (mcm x jumpe je ayat ni kat kamus.. heHe)

 
s0rry.. rupa2nya terlepas dah tarikh.. tapi xpe.. saje2 je buat bagi menghappykan diri.. heHe

cara ejulz nak heppykan diri sendiri:

1. Futsal (main futsal.. aktiviti wajib dalam hidup.. tanpa bola sape laa ejulz.. heHe)

2. Karoke.. (kalau malas nak kuar pegi karoke pun, karoke lam bilik je laa.. x pun lam toilet.. heHe_)

3. Main PS2.. (Nak beli PS3 x mampu.. kalo ada sape2 yg baik hati nak sedekahkan PS3 boleh jugak.. sila hubungi 016-8444444 tekan2 x dapat.. heHe)

4. Main boling.. (seronok bila tgk bola masuk longkang.. haHa)

5. BW laa..  (terjah blog kawan2.. seronok.. heHe)

6. Last sekali, zzzzzZZZZzz (tidooooooo.. huHu)


x dpt nak tag kawan.. sebab segmen ni dah tamat.. sori ek lambat.. bz sikit..

Friday 20 May 2011

'Contes dari Malaya ke Manchester'

Malam tadi terlupa pulak nak join contest dari Harrazdani yang ditag oleh Bro_monday.. Lepak di food court ngan member2.. sampai terlupe nak join contest ni..

ni dia banner contest..


Kenapa minat sangat kat ManUtd ni??

Dulu mula2 minat MU ni disebabkan kehebatan C.Ronaldo.. wpun C.Ronaldo dah berpindah ke RealMadrid, tp masih lagi sokong MU.. Satu lagi disebabkan strategi Alex Ferguson yg telah sekian lama memimpin pasukan MU.. wpun pernah turun dari tahta liga EPL selepas pemergian C.Ronaldo, namun pengurusan masih mempercayai Sir Alex utk menerajui MU.. x macam sesetengah pasukan, asyik tukar pengurus je.. heHe.. team manakah itu?? lu pikir la sendiri!! hehe.. MU jugak telah melahirkan ramai pemain terkemuka selain C. Ronaldo dan Rooney..



antara pemain lagend MU adalah:


Dan yang bakal bersinar:


p/s: x sabar tunggu match MU lwn Barcalona..  wpun peluang utk menang tipis.. tetap sokong MU!!! GOO MaNchester UniteD!!! huHu

Tuesday 17 May 2011

Jadi Mr. Mama di hari cuti...

Salam semua..

Hari tu masa blogspot under maintenance, bukan main bising xleh nak update blog.. bila blogspot dah boleh beroperasi seperti sedia kala, bizi laa pulak.. bz jaga anak2 buah kesayangan ejulz.. ni baru 3 orang.. balik raya nanti insyaallah bertambah jadi 5 orang.. huuu.. banyak duit raya kene keluar tu.. huHu..

Terharu pulak dapat surat dari anak2 buah ejulz.. zara n humaira..

SURAT DARI HUMAIRA

SURAT DARI ZARA


Ni laa dia Zara n Humaira..

Ni pulak Furqan n Humaira..

Seb baek si Furqan ni x pandai menulis lagi.. kalau x dah dapat 3 surat la paksu diorang ni. heHe
p/s: awal pagi esok dah nak balik Putrajaya.. mesti rindu kat diorang ni sangat2.. kalau ikutkan hati dah malas nak balik Putrajaya.. nak je berkepit ngan anak2 buah ejulz ni.. heHe. Paksu kesayangan laa katakan.. eheHe

Saturday 14 May 2011

woW!! sedapnya perisa jagung..

tetiba je rasa nak minum air sejuk tgh2 musim panas camni..
tadi singgah kedai beli eskrem 1.5ml + roti..x terabis makan sorang2..
seb baek ada anak2 buah yg suka makan eskrem.. eheHe

bila tertengok iklan dutchlady perisa jagung.. fuhhhh!!

nafsu dah macam budak2 je. mengalahkan anak buah.. heHe

woW!! sedapnya perisa jagung.. kalau minum serta makan pop corn.. fuhhhh!! meleleh beb.. eheHe

Jalan2 di Melaka

seperti yg ejulz bagitau dlm entry yg lepas, ejulz ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan ofismate ejulz.. kedua2nya ofismate ejulz.. jumpa jodoh kat ofis katakan..

ejulz bergerak awal ke melaka pada malam sebelum hari persandingan.. nak jalan2 laa katakan.. tapi sebab hari dah lewat, x bnyk tempat yg dpt pegi.. pegi jonker walk je.. haHa












malam tu dapat penginapan satu malam di rumah madam xXx (ofismate ejulz).. penginapan adalah sponsor penuh.. heHE.. sampai je kat melaka kitorang hantar beg dulu kat rumah tu.. lepas hantar beg, kitorang carik rumah pengantin.. lama jugak carik rumah pengantin.. almaklum laa GPS rosak.. heHe.

sejam lebih jugak kot carik rumah pengantin.. akhirnya jumpa jugak.. dapat laa pekene makan malam.. eheHe.. lepas singgah ke rumah pengantin sekejap malam tu, barulah kitorang pegi ke jonker walk..

lepas jalan2, kitorang pun nak balik laa ke rumah penginapan yg disediakan.. Ni satu hal lagi nak cari rumah balik.. haHa.. tersesat dibuatnya.. kira2 jam 3 pagi baru jumpa rumah.. ngantuk giler.. dengan bas yg laju di pagi hari tu, memang ngeri giler laa.. kenapa la pemandu2 bas ni x serik2 dgn berita kemalangan ngeri.. erm, biasa laa manusia, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. walau apapun, syukur selamat sampai ke rumah..

Pagi pulak terus ke rumah pengantin untuk berkongsi hari kebahagiaan mereka..

sampai jugak akhirnya rombongan Dato' Bro_Monday.. haHa


-SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT-

Tuesday 10 May 2011

Baek punyeee!!!

Tshirt Contest BTO yg cik enna anjurkan telah selamat sampai ke tangan ejulz.. thankz ya cik enna..

ni dia tshirt rasmi group BTO..

seluar yg ejulz order dari Muroh Molek pun dah sampai.. heHe
klik sini jika nak order barang-barang dari Muroh Molek..

simple je seluar tu.. heHe

x sabar nak tunggu hadiah cik imaza pulak.. heHe. klik sini.

p/s: panas betul sehari dua ni.. dah mandi pun masih panas..

Monday 9 May 2011

Hero Manchester United..

Puas hati tengok MU lwn Chelsea..

wPun mata ngantuk x cukup tido..

lepas balik keje ari jumaat terus ke Melaka..
Jalan2.. x bnyk tempat yg ejulz pegi sbb dh lewat sgt..

paGi sabtu pegi kenduri kawen ofismate kat Melaka..
(gambar xde lagi.. nanti kalo rajin ejulz upload)

ptg pulak balik putrajaya terus ke Kompleks Futsal utk main liga super futsal KBS..

paGi ahad pulak bangun awal ada program.. program sampai tghari..

sampai terus main PES2011 ngan housemate.. kitorang hantu PES2011..
penggemar2 bola sepak je tau ape itu PES2011.. heHe

main sampai pukul 9 lebih..
sambung pulak tengok game Man. Utd lawan Chelsea..
meMang puas hati laa tengok.. huHu..

tuuuu diaaa hero Manchester United..

Chicharito

vidic

mood skrang: zzzzzZZZZZzzz.. heHe :P

Sunday 8 May 2011

"Contest Buli Bha Kalo Kaw by Cik Cemoxx"

thankz ye Cik Cemoxx coz sudi tag ejulz..

ni dia banner contest cik cemoxx yg comey..

sonok join contest ni.. ejulz pun nak belajar bahasa sabah jugak.. eheHe
kalau nak join klik je link cik Cemoxx kat atas tu k.. :)

ok, gambar yg ejulz nak letak...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ok x cik cemoxx?? ada bunyi slange sabah x?? huHu

ok, kali ni ejulz nak tag:

Bro EB - oRg Sabah Jugak
Yana - kaKi waYang
Bambam's - pemiNat otoMen

Friday 6 May 2011

2 fast 2 furious 5

Lepas tengok cite 2 fast 2 furious 5 malam tadi.. gilerr superb cite ni.. bila laa agaknya KL menjerit @ KL drift dapat buat filem yg berkualiti camni.. heHe.. kalau dpt buat mesti MOLATOP!!


Banyak pengajaran yg boleh diambil dari cerita tu:
1. Sahabat yg setia..
-senang, sama2 senang. susah, sama2 susah..
2. Tanggungjawab..
3. Suami penyayang..
4. Yg nampak baik x smestinya baik (polis) & dan yg nampak jahat x smestinya jahat..
5. Kalau laa Malaysia ada teknologi2 secanggih dlm cite tu.. fuhhh!!

Perkara yg x perlu diikut @ x sesuai diamal di Malaysia:
1. Jangan la bawak kete laju2 camtu..
2. Jangan nak cumbu2 di khalayak ramai.. (khas utk suami isteri je.. heHe)
3. Jangan mencuri @ merompak..
4. Jangan laa nak raba punggung pompuan sesuka hati.. haHa

Ejulz malas nak cite jalan cite, cite ni... haHa (pelik je ayat). Nanti korang yg x tgk g x feel pulak tgk kalau dah tahu jln cite.. heHe

p/s: Malam ni nak jalan2 Melaka.. Esok ada kenduri kawen ofismate kat sane..

Thursday 5 May 2011

Manchester United VS Schalke04 FC

Seawal jam 2.45 pagi ejulz membangunkan diri utk mnyaksikan perlawanan Manchester United VS Schalke04 FC..

Untuk makluma semua, ejulz peminat tegar Man Utd tau.. heHe


Gol pertama Manchester United dijaringkan oleh Antonio Valencia..


Then, Gibson pulak skor.. heHe


Pasukan Schalke04 masih berusaha menghasilkan gol. Jurado menjaringkan gol..


Separuh masa kedua Man Utd kurang menyerang.. main bertahan je.. adei..
Fergie tidak menurunkan barisan pemain utama seperti Rooney, Vidic, Ferdinand, Evra.. Mungkin pemain tersebut direhatkan untuk menentang Chelsea nanti.. Agak berisiko keputusan yg dibuat Fergie.. seb baek menjadi.. huHu

minit ke 72 dan 75, anderson pulak skor.. huHu


Keputusan keseluruhan masih 4-1 (Aggregate 6-1)

Akan menentang Barcelona... huHu.. tipis nak menang final.. tp gud luck Manchester United..

Wednesday 4 May 2011

"Segmen Mesra Blogger Bersama Pembawa Wacana"

Waa.. PW buat segmen laa.. huHu.. ape g, dgn x segan silunya ejulz pun join laa.. kalau lam blog ni x segan laa.. tp kalau face to face malu laa sikit.. huHu


Untuk segmen ni, ejulz pilih "Aku Nak Jadi Kaya".. huHu. Nak tau kenapa ejulz nak jadi kaya? oK, ejulz nak jadi kaya sebab:

1. Nak tingkat taraf hidup..
2. Nak bantu mak dan bapak kat kampung..
3. Nak bantu adik beradik ejulz..
4. Supaya hidup bakal isteri dan anak2 senang..
5. Supaya dapat bantu org2 miskin.. (ye laa, dah kaya buat ape kedekut sgt.. huHu)

Nak buat ape lagi ek kalau kaya? owh ye..

6. Nak buat Kompleks futsal.. supaya remaja2 kawasan berhampiran boleh main free.. dpt laa mengurangkan gejala sosial..

Sebenarnya banyak lagi sebab ejulz nak kaya, tp x terfikir lagi.. huHu

Tuesday 3 May 2011

Rindu bila berjauhan..

Ejulz jumpa entry2 sedih je malam ni.. Tengah2 BW td ada laa seseorang story kisah kesedihannya pabila lihat mak dia nangis sebab dia nak balek kolej kat kolumpo.. Begitu laa naluri seorang ibu.. Kalau boleh diorang nak anak2 berada di sisi setiap masa.. Macam tu jugak ejulz masa sblm dpt keje dulu.. Bila ejulz mintak pandangan mak ejulz pasal keje ni:

Ejulz : Mak, *mun (kalau) ejulz dpt keja jauh camne?
Mak : iboh (jangan) eh!! keja jak (je) dekat2 sitok (sini)

Tapi bila ejulz dpt tawaran keje kat Putrajaya, mak terpaksa lepaskan.. Ibu mana yg xnak tengok anaknya berjaya? semua ibu di dunia ni nak tgk anak2 diorang berjaya.. Dan bila duduk berjauhan dengan family ni, rasa rindu semakin kuat.. Dan disitulah dapat mengeratkan hubungan dan jalinan mesra kekeluargaan.. Rindu mak,.. rindu bapak,.. rindu adik-beradik,.. rindu anak buah ejulz.. insyaallah balik raya nanti bertambah anak buah ejulz.. heHe. bertambah laa budget duit raya paksu diorang.. huHu

Dan ada jugak rakan blogger yg bercerita pasal atuk dia.. kenangan bersama atuk dia.. bila baca cerita dia n atuk dia, ejulz teringat kat arwah atuk ejulz.. Nenek belah bapak ejulz x penah jumpe.. dah ninggal masa ejulz kecik lagi.. Atuk belah bapak pulak meninggal masa ejulz tadika lagi.. x berapa rapat sgt.. masa tu kecik lagi.. Dulu ejulz rapat dgn atuk belah mak ejulz.. wpun kehidupannya agak susah, tp ejulz gembira bila berada disampingnya.. Ejulz ingat lagi bila dia usik ejulz dgn mletakkan janggutnya kat pipi ejulz.. dia suka tgk ejulz geli2 sambil ketawa.. itu laa saat yg x dpt ejulz lupa.. atuk mninggal masa ejulz darjah 6.. masa nak ambik UPSR.. masa tu ejulz sedih sgt.. sebab x dpt berkongsi kegembiraan mdapat keputusan UPSR... Dan nenek belah mak pulak mninggal masa ejulz study kat UITM.. Di hari nenek meninggal tu, bapak ejulz ambik ejulz kat kolej.. masa bapak ejulz ambik dia x bagitau yg nenek mninggal.. dia kata ada emergency kene balik.. perasaan ejulz masa tu dah lain macam.. xtau pape.. bila dh sampai kat rmh nenek baru bapak bgtau yg nenek dah xde.. dgn langkah yg perlahan ejulz masuk ke rumah nenek.. macam x percaya je apa yg bapak ejulz bagitau.. dan pada masa itu laa air mula menitis di pipi.. dan disaat itu laa ejulz mula rasa kehilangan.. bila kita rasa kehilangan dan rasa berjauhan di situ laa timbulnya RINDU..

yaHuuuu!! Ejulz menang 1st GA Imaza..

yaHuuuu!! akhirnya.. akhirnya.. Ejulz menang 1st GA Imaza..  huHu..


klik kat sini tengok keputusan.. thankz ya Imaza.. gembira sgt2 ni.. sampai lompat2 atas sofa.. heHe. Nak tau hadiah? klik sini.. huHu

Nak bagitau BRO_MONDAY ni.. Jangan jeles weiii!! Haha.. aku menang jugak akhirnya.. haHa

Masak Honey Chicken Nuggets..

Asyik mekdi je.. bankrup la kalau camni.. heHe.. skang ni tgh promosi free glass coca cola kat mekdi.. ejulz baru collect 2 bijik.. heHe



Malam ni ejulz masak Honey Chicken Nuggets.. Beli kat carrefour ptg tadi..



Ape lagi, mula laa panaskan minyak masak..


then, panaskan minyak masak..



sambil2 tungu minyak panas, sempat jugak join segmen bro ben ashaari.. lame giler minyak nak panas.. akhirnya panas jugak..




ape lagi.. makan laa.. huHu


lepas layan cerita jakie chan.. perut pun dah kenyang.. tido laa.. mata dah ngantok.. esok nak keje.. k nite.. :)

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...