Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Wednesday, 23 May 2018

Rezeki yang halal

Image result for semoga beroleh keberkatan kartun 

Dulu ayah ejulz bukanlah bekerja sebagai pegawai yang bergaji besar. Ayah ejulz hanya seorang peniaga kecil-kecilan. Setelah berpindah ayah ejulz bekerja sebagai pemandu van. Ambil upah bawa budak2 ke sekolah.. Upah bawa budak ke sekolah bukan macam sekarang ni. Dulu upah ada la dlm RM5-10 mcm tu seorang sebulan. Tapi ayah berjaya membesarkan kami adik-beradik dan memberi pendidikan yang secukupnya.

Sekarang ni, bergaji tinggi pun belum pasti cukup untuk memberi kelengkapan kepada anak2.. Kebanyakan ayah sekarang ni terpaksa membuat kerja partime untuk menambah pendapatan.

Apa2 pun rezeki, jodoh, ajal semuanya telah ditetapkan sejak kita di dalam perut ibu lagi.. Semoga diberi kekuatan dalam pekerjaan seharian kita. Yang penting dari sumber yang halal.. Insyaallah..


7 comments:

  1. Rezeki yang halal, walau pun sedikit ada keberkatannya.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, semoga Allah permudahkan urusan buat para ayah yang mencari nafkah untuk keluarga.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.. Biar sikit tapi berkat..
    Dalam pada kita merasa kita susah, ada lagi yang lebih susah..

    ReplyDelete
  4. yes.
    semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak-anak.
    mencari yg halal. yg berkat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...