Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Thursday, 7 June 2018

Cara muat turun salinan laporan CCRIS daripada eCCRIS

Cara muat turun salinan laporan CCRIS daripada eCCRIS

Semalam ejulz sempat ke Bank Negara untuk membuka akaun atau mendaftar eCCRIS. So, bila dah settle mendaftar, ejulz pun cuba nak buka laporan CRISS ejulz kat dalam tu.. Laporan CRISS dalam format PDF. Bila ejulz nak buka laporan tu, dia minta password.

Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”
Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut
Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri
Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan. Haaa.. kat sini la ejulz sangkut tadi. Nak buka boleh ikut macam ni:
Tarikh carian laporan (contoh: 30Jan2018, 25Feb2018, 15Mar2018)
Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda. ID Pengguna anda mungkin berbentuk huruf atau nombor. ( contoh: Saiful, Kamil, 750506-44-4444)
Jadi contoh password : 30Jan2018Sai, 25Feb2018Kam, 15Mar2018750

Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka laporan.

Harap entry ni boleh membantu sahabat2 blogger semua yang baru membuka akaun eCCRIS untuk membuka laporan masing2.. ^_^

10 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...