Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 13 July 2018

Pengasuh Adam Tidak Salah?

Pengasuh Adam mengaku tidak bersalah

a group of people posing for the camera: NOOR Aqilah Abd Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di Selayang, hari ini, atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini. - Foto Aswadi Alias
 NOOR Aqilah Abd Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen di Selayang, hari ini, atas dua tuduhan…
 
SELAYANG: : Pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini.

Noor Aqilah Abd Rahman, 33, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa dan menyebabkannya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

SUMBER : MSN

16 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...