Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 31 August 2018

Pemenang Contest Scrub Permaisuri Besi Beauty Care Sudah Diumum

Alhamdulillah wife ejulz berjaya memenangi contest ni..


Wife ejulz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 blogger yang sudi menambah like pada gambar penyertaannya..


































Sekali lagi ejulz ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membantu..

"TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN DARIPADA MELIHAT ORANG YANG KITA SAYANG BAHAGIA.."





ABC Aiskrim Oreo Leleh


On the way balik kampung wife tadi sempat lagi singgah gerai tepi jalan. Ejulz pekena ABC Aiskrim Oreo leleh.. memang berbaloi.. meleleh leleh.. hehee

Mohon bantuan sahabat2 like gambar contest wife ejulz k. Bagi yg belum link klik SINI k. Contest berlangsung hingga jam 10 malam ni je. Yang dah like ejulz ucapkan ribuan terima kasih 😊

Contest Permaisuri Besi Beauty Care

Anda mencari scrub muka dan badan yang organic?
Boleh guna tanpa was was?
Segera dapatkan scrub anda  dari Jelita On Wheel pengusaha Permaisuri Besi Beauty Care .. Terutama flavour black cocoa yang laku keras tok (ni)..
Dijamin sikkan (takkan) menyesal ❤💋


Tolong like post fb wife ejulz k.. Klik gambar di atas.. Harap2 wife ada rezeki  😊



Thursday, 30 August 2018

Hasil Shopee


Alhamdulillah Teh Strawberry Cameron Valley ejulz beli dari shopee untuk isteri tercinta dah sampai. Ejulz sendiri pun belum pernah merasa teh ni. Isteri ejulz bagitau dia pernah minum masa member U dia dulu pernah beli.



Ranking Alexa 30 OGOS 2018


Ranking Terdahulu : 23 OGOS 2018

Global Rank : 2,030,785
Rank in Malaysia : 17,493
Alexa Rank Not Available : Not Enough Traffic Data


Ranking Terdahulu : 30 OGOS 2018

Global Rank : 1,898,578
Rank in Malaysia : 19,327
Alexa Rank Not Available : Not Enough Traffic Data

Global rank ada sedikit peningkatan. Tapi Rank in Malaysia, jatuh ranking.. Perlu usaha lebih lagi ni.. Mungkin faktor ejulz tak berapa sihat minggu ni. Kurang BW.. Terima kasih sahabat2 yang masih sudi singgah di blog ejulz yang tak seberapa ni k. Dan terima kasih bagi yang mendoakan kesihatan ejulz..

Sumber : Ranking Alexa





Jadi bodyguard arini


Teman wife check up doktor & nurse arini.. Ikutkan bulan 10 appointment doktor. Sebab sangkut part gula doktor call suruh dtg awal.. Harap2 xda apa2 la lepas ni.. 

Harap2 perut ejulz x memulas lagi lepas ni. Kalau masih terpaksalah jumpa doktor jugak lepas teman wife..

**Syukurlah di kala dikurniakan kesihatan..





Wednesday, 29 August 2018

Penyakit Itu Penghapus Dosa





"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya." [HR Bukhari dan Muslim]


**Dah 2 hari rasanya x lelap tidur sebab sakit perut.. Ni rasa nak demam pulak.. Doakan ejulz cepat sihat k sahabat2 blogger.. Semoga sahabat2 semua diberi kesihatan yang berterusan.. Amin..

 


Hadiah Set Kecantikan Glow Gelenggang

Alhamdulillah hadiah kedua Guess My Weight GA by Abam Kie dah sampai semalam. Terima kasih Abam Kie dan sponsor glow gelenggang, Puan Momoy..






Nak dapatkan set glow gelenggang? 

Hubungi Puan Momoy seperti di talian berikut :

Whatsapp : 014-5445951






Monday, 27 August 2018

Menang Guess My weight GA by Abam kie

Alhamdulillah dapat hadiah lagi.. Kali ni ejulz menang hadiah dari GA Guess My Weight dari Abam kie yg ejulz join pada 2 OGOS lepas..

http://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html 

Tekaan ejulz tepat. Berat adalah 83.2 kg.. hehe





Hadiah pertama topup RM10 dah terima.. hehe

Tunggu hadiah Set Rawatan Kulit dari GlowGelenggang lagi.. ^_^

Terima kasih Abam Kie..

 

'Dilelong' along

Yusmizal Dolah Aling

yusmizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita melalui detik perit dalam hidup apabila dipaksa menjual diri oleh along selepas gagal melunaskan bayaran diminta.

Dia adalah satu-satunya wanita tempatan bekerja di premis di Kuchai Lama selain warga Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Mangsa berusia 29 tahun itu berkata, ia bermula selepas dia meminjam RM40,000 daripada lima along kerana masalah kewangan.

Katanya, dia membuat bayaran ansuran mengikut jadual dibantu ibu yang tidak mahu melihat dia diganggu.

“Selepas pinjaman berbaki RM18,000, saya beritahu ibu ia sudah selesai kerana tidak mahu membebankannya.

“Namun saya tidak mampu menjelaskan bayaran dan ditawarkan pinjaman baru RM22,000.

“Dia menawarkan berbincang dengan tiga along lain menyebabkan saya rasa selamat, tetapi rupa-rupanya ada bala lain,” katanya selepas membuat aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kelmarin.

Wanita itu berkata, minggu lalu dia didesak membayar semua tunggakan atau bekerja sebagai pekerja sosial di premis dan hutangnya dipotong daripada upah diterima.

Katanya, bagi setiap pelanggan pertama, dia menerima RM43 manakala pelanggan berikutnya hanya RM3 atas alasan perlu membiayai kos tempat tinggal.

“Sepanjang dua minggu, saya terseksa kerana tidak rela bekerja di situ. Saya ponteng kerja dan along menawarkan tempat baru di Wangsa Maju. Kali ini saya akan dibayar lebih kerana perlu tidur bersama pelanggan,” katanya.

Menurutnya, selain mengugut menerusi telefon, along memuat naik gambar dan kad pengenalannya di Facebook bagi memalukannya. Dia bimbang keselamatan dua anak kerana along tahu tempat tinggalnya.

© Provided by Media Prima MANGSA menunjukkan gambar diri dan kad pengenalannya yang dimuat naik along di Facebook. FOTO…
 
“Memang ini pengajaran hidup saya. Tak sangka pinjaman ini bakal menjadikan saya pelacur,” katanya.

Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang berkata, pihaknya akan berhubung dengan along untuk menjadualkan semula pinjaman mangsa bagi mengelakkan dikenakan faedah lebih tinggi setiap hari kerana gagal membayar seperti dalam perjanjian.



**Pengajaran buat kita semua.. Semoga dijauhkan dari perkara sebegini..



 

Get Your Hands on These Exclusive Marvel Collectibles!

Assalam & Salam Sejahtera sahabat2 blogger semua ^_^


If you’re a fan of Marvel, this is the perfect time to expand your Marvel collection! Brought to you by Tesco, there are now exclusive Marvel collectible stampers to call your own.

All you have to do is collect all 12 stickers to get your hands them. How, though? Simply spend RM30 at Tesco to earn a sticker. With a full collection of 12 stickers, you can purchase a stamper at RM9 and if you’re feeling especially ambitious, the collectible action kit at RM25.

The action kit in question consists of a standee, 2 activity booklets and an inkpad. It can also house all 11 stampers to keep your collection in pristine condition.

BONUS: Special edition Groot, Black Panther and Iron Man stampers are coming to you this September!

Get them while they’re still hot. ; )

Cheers,
The ChurpChurp Team

____________________________________________________________

Sape2 minat avengers bolehlah kumpul koleksi ni. hehe

 






Friday, 24 August 2018

Memberi Pertolongan Kepada Sahabat

Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikinya serta mendoakan untuknya”.
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Rasulullah SAW sangat bertawadhuk dan mengambil berat dengan keadaan para sahabatnya dan juga kepada orang yang lemah dalam semua keadaan.
  2. Islam menuntut kepada setiap orang Islam agar mendoakan kepada saudaranya yang lain supaya beroleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
  3. Seorang ketua hendaklah memeriksa keadaan jemaahnya yang lemah dan memenuhi keperluan mereka.
  4. Sunat berdoa untuk orang yang lemah dan hilang semangat.

(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang hasan)


SUMBER : JAKIM

 

Thursday, 23 August 2018

Ranking Alexa 23 OGOS 2018




Ranking Terdahulu : 17 OGOS 2018

Global Rank : 2,102,259
Rank in Malaysia : 18,320
Alexa Rank Not Available : Not Enough Traffic Data


Ranking Terkini: 23 OGOS 2018

Global Rank : 2,030,785
Rank in Malaysia : 17,493
Alexa Rank Not Available : Not Enough Traffic Data

Alhamdulillah ada sedikit peningkatan. Terima kasih di atas sokongan korang.. ^_^

Sumber : Ranking Alexa


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...