Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Tuesday, 30 October 2018

Apa yang membuatkan pekerja bawahan kemurungan?



*Dapat banyak arahan
*Belum habis satu kerja dah dapat arahan baru 
*Tak ada printer colour, pegi kedai print (guna duit sendiri)
*Kertas warna tak ada, pegi beli  (guna duit sendiri)
*Plastik cover tak ada, pegi beli (guna duit sendiri)
*Bila nak hantar tugasan kepada pegawai yang berkenaan, pegawai tu tak ada kat tempat dia
*Sementara menunggu pegawai berkenaan, buat dahulu tugasan lain
*Last2 kita yg bertungkus-lumus buat kerja tanpa berkira guna duit sendiri kena maki bos sebab belum hantar tugasan kepada pegawai yang tak ada di tempatnya.


Korang rasa?







Monday, 29 October 2018

Birthday anak sedara ejulz

Paksu nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-5 buat Hasif.. Umi dia sambut bday dia kat kelas..








Comel2 rakan sekelas Hasif..




Semoga Hasif jadi anak soleh. Berjaya dalam akademik. Berjaya dunia dan akhirat.. Amin

Sunday, 28 October 2018

Jadi Bodyguard Datin Seri S

28 OKT 2018 - Menemani Datin Seri S shopping. Hehe.. Teman mak ejulz beli tudung arini. 















Ingatkan shopping tudung je. Bila dah lalu kat bahagian bag, haaa tu dia.. haha. Nasib baik handbag bijan tak ada. Hehe





"BAHAGIAKAN orang yang menyayangi kita. Insyaallah kita juga akan bahagia.."



Ayam blackpapper tak menjadi

Arini gigihkan diri masak ayam blackpapper dengan bantuan wife.. Tak berapa nak menjadi. Mungkin sos lada hitam perlu letak banyak sikit kot.



Apa2 pun tetap laku keras. Anak2 sesara semua suka makan. Siap tambah 2 kali. Hehe



Saturday, 27 October 2018

Hasil Shopping Hari Ini

Hasil shopping shopee arini.. Jadi budak2.. tak sedar diri dah tua.. hehehe^_^






HDMI to VGA Video Converter with audio. Aritu beli kat kedai yang jenis xda audio.. RM5+.++. Yang ni hanya RM17.50 je..

Image result for 1080p hdmi to vga converter

PS3 Controller. Tadi survey kat kedai game paling murah RM88 satu. Beli kat shopee RM73.09 dapat beli dua controller..
Image result for ps3 controller

Jom shopping di Shopee.. 



Friday, 26 October 2018

Home made pool table


Khas untuk kawan2 yang berada di Kuching.. 






Berdosakah kita kalau menunjuk dalam BERSEDEKAH?


A267

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. 

 A268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 

 A269


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.


A270


Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. 

A271

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. 


**Dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 271) jelas menunjukkan yang sedekah secara terang itu baik kerana menjadi contoh baik kepada orang lain. Namun begitu janganlah kita sengaja atau berniat bersedekah untuk menunjuk-nunjuk. Tiada siapa yang tahu kita ikhlas atau tidak dalam bersedekah termasuk diri kita sendiri kecuali Allah s.w.t. Jadi lebih baik jika kita menyembunyikan sedekah-sedekah kita.




Thursday, 25 October 2018

Ranking Alexa 25 OKT 2018


Ranking Terdahulu : 18 OKT 2018

Global Ranking : 2,059,467
Rank in Malaysia : 30,852


Ranking Terkini : 25 OKT 2018

Global Ranking : 2,072,640 (Turun 13,173)
Rank in Malaysia : 37,375 (Turun 6,523)


Kedua-dua ranking turun minggu ni. :(

Terima kasih kepada sahabat2 yang masih sudi singgah di sini..



SUMBER : RANKING ALEXA





 

Wednesday, 24 October 2018

Baked Potato Cheese

Baked Potato Cheese (Beef) Terbaik dari ladang. Selain beef, chicken pun ada. Hanya RM6. Beli sekali mesti nak lagi. 😁 Wife beli kat kawan dia..







#bakedpotatocheese #bakedpotato #sedap #nyaman #kuching #blogger #review #bloggermalaysia #bloggersarawak #bloggerkuching #kuchingblogger #sarawakbloggers #malaysiablogger


Alhamdulillah selesai Job Ke-2

Alhamdulillah. Walaupun tak sehebat sahabat2 blogger lain, ejulz tetap bersyukur dengan kepercayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan.



Kalau ada job lagi boleh emel ejulz ke asrul_harfan@hotmail.com k..

HORMATI, JAGA DAN DOAKAN


"Hidup ini hanya sementara. HORMATI dan JAGALAH kedua ibu bapa kita. DOAKAN kesejahteraan mereka. Bukankah kita juga mengharapkan anak-anak kita juga akan menghormati, menjaga dan sentiasa mendoakan kita suatu hari nanti..?" 


Jasa ibu bapa sememangnya takkan dapat dibalas sampai hujung nyawa kita. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa marilah kita sama-sama menjaga mereka sebaik mungkin sepertimana mereka menjaga kita dengan belaian kasih sayang. Bagi yang telah ditinggalkan kedua ibu bapa, berdoalah untuk mereka kerana doa anak yang soleh/solehah adalah HARTA yang paling bermakna buat mereka di 'sana'..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...