Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Thursday, 18 October 2018

[UPDATE] Polis cari dua lelaki ini

POLIS meminta dua lelaki yang aksi mereka dirakam dalam video tular kes pukul dan baling objek kepada pekerja stesen minyak di Sungkai, 6 Oktober lalu, supaya menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata, susulan video berdurasi 42 saat itu menjadi tular , polis meminta kedua-dua saksi berkenaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu tampil membantu siasatan.

"Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Asisten Superintendan Ong Chin Yong di talian 012-2013048," katanya dalam satu kenyataan di Sungkai, hari ini.

Klip video dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis stesen minyak itu tular sejak kelmarin, menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek.

Menurut laporan polis yang turut tular mangsa berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, dekat sini, mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.

Berdasarkan laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa.

RAKAMAN kumpulan penunggang motosikal yang memukul pekerja stesen minyak dan dua lelaki (kiri) yang diminta tampil bantu siasatan. FOTO ihsan polis/pembaca 

Setakat ini kes dilkasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

SUMBER : MSN NEWS

 

21 comments:

  1. Ya Allah takutnyaaa...
    mmg la klu g isi minyak..klu x bagitahu minyak apa..mmg ron95 melainkan la klu ckp ron97..

    ReplyDelete
  2. padahal salah kecik je, ha ambik sekarang dah jadi kes polis

    ReplyDelete
  3. Hai,
    jemput join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/update-segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  4. Sedih kerana kes-kes sebegini...walhal ianya tidak perlu diperbesarkan hingga bertelagah..

    ReplyDelete
  5. Org makin sik berakal, ngikut peeel marah aja2

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. Malaysia ain't a safe place anymore..

    ReplyDelete
  7. Masalah baran yang perlu ditangani dengan serius 😠😠😠

    ReplyDelete
  8. Alamak ganasnya..macam2 berlaku ..bagaikan nyawa tak bernilai..Semoga kita bloggers di mana2 selamat ancaman orang2 jahat ya..aamiin

    ReplyDelete
  9. sy rs ni jenis yg x boleh silap sikit. baran. x pun tgh high dadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau la.. bnyk geng memang berani..

      Delete
  10. alamak.. selalu cashier xkan tanya nak ron95 ke ron97. kita pengguna kena inform sbb tu kegunaan kereta kita sendiri.

    tapi shu pernah ke petrol pam yang cashier dia tanya nak kuning ke hijau. tp kan, kesian cashier tu nak kena tanya setiap orang. apa kata kita yang bagitau cashier tu sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...