Thursday 31 January 2019

Senarai Pengomen Tegar JAN 2019

Alhamdulillah hari ini masih berkesempatan untuk menulis di ruangan blog ejulz yang tidak seberapa ni. Alhamdulillah masih dipinjamkan nafas untuk meneruskan hidup dan menjaga amanah yang diberikan. Cuma semalam dikejutkan dengan berita abang ipar ejulz sesak nafas di awal pagi dan telah ditahan di wad hospital. Dapat berita kena jangkitan kuman kat paru-paru. Semoga abang ipar cepat sembuh. Kesian tengok anak2 sedara ejulz yang tidak pernah berjauhan dengan mak dan abah mereka. Sedih mereka semalam. Terutama yang berumur 4 dan 9 tahun. Manja sangat dengan abah mereka.

Ok, berbalik kepada tajuk entri ejulz kali ni. Ejulz akan bentangkan senarai pengomen tegar kat blog ejulz sepanjang JAN 2019. Terima kasih yang tidak terhingga kerana tidak jemu2 singgah dan meninggalkan jejak komen di ruangan blog ejulz.





Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan komen kat sini. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat walaupun tidak pernah bersua muka. Kalau ada pergi ke Kuching bolehlah roger ejulz k. Insyaallah kalau ada kelapangan ejulz bantu mana yang termampu. :)

Jangan lupa follow diorang kat atas ni k.. ^_^



Wednesday 30 January 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

http://www.ombakbergigi.com/2019/01/giveaway-domain-baru-by-ombakbergigicom.html 

Komen mengenai blog ombak bergigi?

 Bagi ejulz blog embak bergigi ni blog yang kemas. Empunya blog pula seorang yang aktif dalam laman sosial.. Terima kasih sebab sudi menjadi sahabat blogger ejulz :)




Kekal atau tidak?


Setuju atau tidak?

Tuesday 29 January 2019

Persekitaran Kerja Yang Positif

Semestinya sebagai seorang pekerja kita perlukan persekitaran kerja yang positif. Tidak kiralah apa pun pekerjaan kita, persekitaran kerja yang positif amat diperlukan. Bagaimana persekitaran kerja yang positif? Dan bagaimana pula persekitaran kerja yang negatif?

Persekitaran Kerja Yang Positif

1.  Bos yang baik
Bos yang baik bukan sahaja baik dari tutur katanya. Tapi termasuk juga bos yang memahami permasalahan pegawai bawahannya. Dan pandai mengagihkan kerja kepada pegawai bawahan dengan adil dan saksama.

2. Rakan sekerja yang baik
Rakan sekerja juga menyumbang faktor persekitaran kerja yang positif. Kita memerlukan rakan sekerja yang boleh dibawa bekerjasama. Jika kita ada masalah mereka boleh tolong. Dan sekiranya mereka mempunyai masalah kita juga boleh tolong mereka.
 
3. Persekitaran kerja yang bersih
Persekitaran kerja yang bersih juga amat penting bagi kita semua. Sekiranya tempat kerja kita bersih dan selesa, motivasi kerja pun meningkat. 

4. Kelengkapan mencukupi
Dengan adanya kelengkapan kerja yang mencukupi, kerja boleh dilaksanakan dan disiapkan dengan cepat. Bos pun suka kalau kerja dapat disiapkan dengan cepat. Betul tak?

Persekitaran Kerja Yang Negatif 

1. Bos yang tidak adil 
Bos yang tidak adil? Agak-agak korang mesti tahu macam mana bos jenis macam ni. Bos yang 'pilih bulu'. Si 'A' dia bagi banyak kerja tapi tak pernah dapat penghargaan. Si 'B' pula yang ada kaitan persaudaraan kalau kerap tak ada di pejabat pula dia senyapkan sahaja. Bos macam ni memang menyakitkan hati.

2. Rakan sekerja 'pengular'
Kalau jumpa rakan sekerja yang 'kaki ular' ni memang menyakitkan hati. Mana tidaknya, kalau dia tidak ada di pejabat, bos pula jenis yang tidak adil, kitalah yang terpaksa membuat kerja dia yang selalu menghilangkan diri di pejabat.

3. Persekitaran kerja yang tidak sihat
Contoh persekitaran kerja yang tidak sihat adalah pejabat yang bebas merokok. Sangat menyakitkan bagi mereka yang tidak merokok. Nak bernafas pun susah, macam mana nak bekerja dengan keadaan sebegini?
 
4. Kelengkapan tidak mencukupi
Ini satu lagi masalah yang sukar untuk diatasi. Kalau kelengkapan pejabat tidak mencukupi, kerja pun susah nak disiapkan. Sebagai contoh komputer tidak disediakan. Jadi terpaksalah menunggu pegawai lain siapkan kerja mereka dahulu. Kalau tak ada bekalan ink printer lain pula masalahnya. Terpaksa guna kewangan sendiri. Bila dah menggunakan kewangan sendiri ni lagilah menambahkan rasa tekanan pada pekerja.
 
5. Ada kroni @ geng2 bawang 
Kroni @ geng2 bawang ni sememangnya amat berleluasa sekarang ni. Bukan sahaja makcik2, pakcik2 bawang pun wujud sekarang ni. Sebagai contoh, Si 'A' bukan kroni dan si 'B' adalah kroni geng2 bawang. Sekiranya si 'A' buat sedikit kesilapan, kecoh satu pejabat. Sekiranya si 'B' pula buat satu kesalahan yang besar, disenyapkan sahaja. Memang menyakitkan lebih2 lagi kalau bos masuk dalam kroni ni.



 

Wednesday 23 January 2019

Kasih anak papa

 


 Maafkan papa & mama sayang.. Dalam sehari berapa jam jak dapat main ngan baby In.. Agik2 papa yang keja jauh tok.. sejam perjalanan ke tempat keja.. sejam pegi, sejam balit.. ermmm..


**Maaf yer sahabat2 blogger semua. Ejulz x dpt nak bw kat blog korang buat masa ni.. sibuk sangat minggu ni.. Terima kasih sebab masih sudi singgah di blog ejulz yg x seberapa ni.. 







Friday 18 January 2019

Aktiviti semalam


-Aiskrim cumi-
-Aiskrim choki2-
-Aiskrim asam boi-
-Aiskrim bandung cumi-
-Aiskrim bandung choki2-

#done bisnes partime kecil-kecilan

Insyaallah kalau dah dapat freezer baru akan banyakkan lagi stok. Doakan ejulz k.

Monday 14 January 2019

Aktiviti Hujung Minggu

Dalam kesibukan menjaga baby di hujung minggu, sempat lagi buat aktiviti ni.. hehe

Aktiviti apa?  Ejulz buat aiskrim laa.. Asyik telan air liur je tengok iklan aiskrim, jadi ejulz buat la aiskrim sendiri.. Puas hati.. hehe.

Ejulz buat aiskrim cumi dan choki-choki.. ^_^



Selesai je buat aiskrim ni, ejulz terfikir nak buat side income..  Side income santai2 la katakan.. Rasa nak jadi 'tokey' aiskrim la pulak. hehe


 "Coba sekali, tauk belalak agik!!!"

Maksudnya,

"Cuba sekali, pasti nak lagi!!!"


*Semoga dimurahkan rezeki baby In.. ^_^

 



 

Wednesday 9 January 2019

Rezeki pertama tahun 2019

Alhamdulillah.. Rezeki pertama dari sahabat blogger tahun 2019.. Terima Cikla..

 Top Commentators untuk Disember 2018 pilihan cikla.

Birthday Giveaway by Mya Rosli

Birthday Giveaway 

Jom kita support Mya..

Ejulz baru follow blog Mya arini (9 Jan 2019).. 

Di kesempatan ini, ejulz nak ucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke-26 pada 15 Jan 2019 ni. Ejulz doakan agar Mya dipanjangkan usia, sihat selalu dan berbahagia disamping keluarga. Tidak lupa juga semoga dipermudahkan urusan kerja di tempat baru.. Dah kahwin ker belum? hehe. Kalau belum semoga ditemukan jodoh baik2. Kalau sudah, ejulz doakan agar berbahagia di samping keluarga..



 

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah!

8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah! 

Nak mengekalkan diri dlm bloglist SN.. ^_^

Cadangan? ermmm.. ejulz tak pandai sangat pasal blog ni.. Kalau ejulz sendiri pun ada target tersendiri untuk update tiap2 hari. Itu pun kadang2 tak tercapai. hehe. Ermm.. Oleh kerana SN mengajar tutor dan kelas tusyen, ejulz cadangkan SN berkongsi tips2 atau formula2 menarik dalam subjek yang SN ajar.. ^_^

Hargai selagi berkesempatan


"Hargai mereka selagi masih berkesempatan. Tidak guna menangis bila sudah tiada di sisi.."





Friday 4 January 2019

Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com

http://www.apekinah.com/2019/01/giveaway-lets-beauty-by-apekinahcom.html 

Jom join GA Apekinah.com.. ^_^

Syarat senang je.. Nak join? Klik banner kat atas ^_^


 

 

Wednesday 2 January 2019

TGLB Blog List Jan-Jun 2019

https://thegreylinesbetween.blogspot.com/2019/01/tglb-segment-blog-list-for-first-half.html 

Jom terjah masuk bloglist TGLB.. ^_^

 

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

http://www.zukidin.com/2019/01/bloglist-exchange-segment-by-abam-kie.html 

JOm kita terjah masuk dalam bloglist Abam Kie..

Jangan tunggu lama..

Join jangan tak join.. hehe

 

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bQXiVvnY

Jagalah kedua ibu bapa



"Kalau dahulu ibu bapa bersusah payah memberi segalanya kepada kita, sesudah dewasa jagalah mereka.."


Masihkah kita ingat?

Masihkah kita ingat sewaktu kita dilahirkan, siapakah insan yang paling gembira di muka bumi ini? Ibu dan bapa kita.

Masihkah kita ingat, siapa yang memerah keringat untuk menyediakan keperluan harian kita dari kecil lagi? Sedia susu, pampers, pakaian, makan minum, pendidikan dan lain2 lagi.. Ibu dan bapa kita.

Masihkah kita ingat, siapa yang selalu ada semasa senang dan susah kita? Ibu dan bapa kita.

Hari ini kita telah dewasa. Sudah masa kita bekerja dan membantu mereka. Meringankan beban dan keringat yang pernah mereka sumbangkan untuk membesarkan kita. Namun ada lagi yang masih mengharapkan WANG RINGGIT dari orang tuanya. Malah lebih memalukan mengharapkan orang tuanya untuk memberi nafkah kepada anak mereka. 

Ejulz tahu bukan senang nak mencari kerja sekarang ni. Lebih2 lagi orang seperti ejulz yang tidak berpelajaran tinggi. Tapi bagi ejulz itu bukan satu alasan untuk kita duduk goyang kaki di rumah dan mengharapkan wang ringgit orang tua kita. Kesian.. Dah lama mereka menyara kita hinggalah kita habis sekolah. Dah berkahwin dan beranak pinak pun takkan la masih nak mengharapkan mereka.

Kalau tidak mampu memberi kemewahan kepada mereka, cukuplah dengan tidak menyusahkan mereka lagi. Berbelanjalah ikut kemampuan.. Yang mampu bekerja, bekerjalah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak2.. Janganlah kerja 2 hari lepastu berhenti.. Dapat kerja lain lagi 2 hari lepastu berhenti..


#Peringatan buat ejulz sendiri


**Gambar dari sumber GOOGLE.. Tiada kena mengena dengan artikel ini.. Hanya untuk menunjukkan pengorbanan seorang ayah dan kasih anak kepada ibunya..


Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...