Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 17 August 2018

Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah

Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta. Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 1671, Abu Dawud, No: 1920, an-Nasaie, No: 3018, Ahmad, No: 20761)
Matan Hadith:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ
]التخريج : صحيح البخاري , كتاب الحج , باب أمر النبي صلى الله عليه وسلم بالسكينة عند الإفاضة وإشارته إليهم بالسوط, حديث رقم 1671 , عن ابن عباس رضي الله عنهما[
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Islam adalah agama pembawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk.
  2. Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.
  3. Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.
 
Sumber Rujukan :
 
1-Kitab Sahih al-Bukhari
2- Kitab Sunan Abu Dawud
3- Kitab Sunan An-Nasaie
4- Kitab Musnad Ahmad
5-Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
6- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari
7-Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Lil Imam al-Nawawi

Sumber  : JAKIM


 

32 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian .. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian Ejulz

    ReplyDelete
  3. Kena khusyuk semasa beribadah esp solat.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an ketenangan itu milik kita

    ReplyDelete
  5. semoga kita semakin tenang dan khusyuk waktu mengerjakan solat...

    ReplyDelete
  6. nice sharing. :D semoga ketenangan milik kita.insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. tenang tu nikmat taksemua org merasa

    ReplyDelete
  8. sifat tenang bukan sahaja penting dalam ibadat malah dalam semua aspek kehidupan.

    ReplyDelete
  9. Memang susah nak mencari tenang ketika dalam ibadah, semoga Allah terima amalan kita semua..

    ReplyDelete
  10. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian ilmu ini

    ReplyDelete
  12. kena tenang insyallah baru kusyuk..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...