Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 14 September 2018

3 suspek bunuh kucing dicari

a person standing in a room: GAMBAR tiga suspek lelaki berdasarkan rakaman video penganiayaan seekor kucing yang dimasukkan dalam mesin pengering kedai dobi layan diri. 

GOMBAK: Polis Daerah Gombak mendedahkan gambar tiga suspek lelaki berdasarkan rakaman video penganiayaan seekor kucing yang dimasukkan dalam mesin pengering kedai dobi layan diri, dekat Taman Gombak Ria, Selasa lalu.

Sehubungan itu, polis memohon bantuan orang ramai mengesan tiga suspek berkenaan bagi menyelesaikan kes itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata tiga lelaki berkenaan dipercayai berusia lingkungan sekitar 30 tahun hingga 40 tahun dicari bagi membantu menyelesaikan kes yang disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Katanya, menerusi rakaman kamera litar tertutup di premis itu, polis berjaya memperoleh gambar ketiga-tiga lelaki terbabit dan sedang mengesan mereka bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Menerusi rakaman CCTV, polis berjaya mendapatkan foto ketiga-tiga lelaki berkenaan.

“Orang ramai yang melihat atau mengetahui lokasi ketiga-tiga lelaki itu diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Samsor berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk menyelesaikan kes itu dan segala maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Najmi di talian 017-9291359 atau menghubungi terus mana-mana balai polis berdekatan.

Selasa lalu, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, dua lelaki didapati melakukan kezaliman dengan membunuh seekor kucing terbiar yang sedang bunting dengan meletakkan dalam mesin pengering pakaian sedang berputar.

Perbuatan kejam dua lelaki berkenaan bagaimanapun berjaya dirakam oleh CCTV premis berkenaan dan tular di media sosial.

Bangkai haiwan itu ditemui seorang pelanggan lain pada jam 10.30 pagi apabila mahu menggunakan mesin pengering berkenaan.

Sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib haiwan kemudian membuat laporan polis menerusi rakaman yang diperoleh.


**Tengok muka macam bukan orang kita je.. hehe.. Haram jadah orang camni.. kalau dobi dah tak buka 24 jam memang jadi punca menyusahkan rakyat 1 Malaysia..




 

25 comments:

  1. Itulah Mrs. A pun rasa bukan orang Malaysia muka macam foreigner.
    Eiiii.... lah hai geramnya tengok manusia kejam tu

    ReplyDelete
  2. kejamnya dorang ni bunuh kucing :(

    ReplyDelete
  3. Sangat kejam dan melampau perbuatan mereka..
    Harap sangat si pelaku dapat hukum setimpal.

    ReplyDelete
  4. nanti kita masukkan mereka ke dlm mesin basuh jugak. biar rasa!

    ReplyDelete
  5. umur dah 30-40 tahun masih lagi tak boleh fikir guna akal.. harap cepat-cepat lah kena tangkap ya..

    ReplyDelete
  6. tiga orang kah? dalam gambar ya duak orang jak..yang video pun duak jak..sapa sorang gik owhhh

    ReplyDelete
  7. nANTI KALAU DAH DAPAT, MASUKKAN MEREKA NI BALIK DALAM MESIN TU, GERAM PULAK KITAAA....

    Haaa kan dah huruf besau hakak ko hahahaha

    ReplyDelete
  8. ada sudah ditangkap kan. gila punya manusia

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
  9. Aku rasa mau msk cdak duak tok dalam enjin ea 40 hari 40 mlm! Wot ngarey2! ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก

    ReplyDelete
  10. shu takut kucing, tapi bila tengok keadaan ni, sangat marah rasanya pada orang2 ni. janganlah siksa binatang tu tak bersalah.

    ReplyDelete
  11. yang tak boleh blah tu sbb die boleh gelak gelak lagi pas buat mcm tu..sedih gila wei

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...