Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 28 September 2018

'Siapa suruh kau panggil lelaki rogol dia'

PENIAGA pakaian dalam talian didenda RM2,500 di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan mengugut dengan mahu memanggil lelaki merogol seorang wanita yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, bulan lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Nur Eznie Syarmimy Ab Aziz, 25, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan, sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut Nuraziera Awang, 20, dengan mengatakan akan memanggil lelaki untuk rogol mangsa dan meletakkan dadah supaya dia ditangkap polis.

Kesalahan dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Dusun Muda di Kota Bharu, pada 7 malam hingga 8.45 malam, 31 Ogos 2018.


a person wearing a hat 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di sebuah hotel, dia menerima ugutan daripada tertuduh yang akan memanggil lelaki merogolnya secara beramai-ramai dan meletakkan dadah untuk ditangkap polis.

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis.

Siasatan mendapati tertuduh mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.

Terdahulu, peguam Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guamnya.

“Anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya ketika siasatan dan mempunyai seorang anak masih kecil," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faizun Sulaiman memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

SUMBER : MSN NEWS

**Bila tengok kes ni, ada 2 perkara yang ejulz terfikir. Yang pertama sekiranya ini hanyalah salah faham si isteri, mungkin dia memang bersalah sebab mengugut tanpa usul periksa. Yang kedua, sekiranya mangsa memang mempunyai hubungan sulit dengan suami tertuduh, kesian tengok tertuduh yang cuba menyelamatkan keluarganya dari berpecah belah..

 

18 comments:

  1. cuma xtau kenapa mangsa tu berada dalam hotel..macam betoi je ade hubungan sulit..ehh xnak tuduh..nnti klo salah naya

    ReplyDelete
  2. no comment. jaohkanlah kami dr fitnah dunia ameen

    ReplyDelete
  3. Ntah lah kalau tak betul laki dia curang macam mana pulak dia boleh ugut pompuan tu kat hotel..jadi tanda tanya pulak hahaha

    ReplyDelete
  4. moga Allah pelihara kita daripada fitnah dunia ni..

    ReplyDelete
  5. astagfirullah..macam2 dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  6. Ish ish macam-macam jenis orang dalam dunia ni... minta dijauhkan la huhuu...

    Follower #2029

    ReplyDelete
  7. tapi silap nya juak mengugut kedak ya..last2 jadi kes polis..patut nya nunggu lok suami nya datang benar2 ke hotel ya, then nunggah pejabat agama jak..haa..habis cerita...eh, pandei2 jak kamek tok

    ReplyDelete
  8. kesian juga kat dia.. mungkin terlalu risau akan hubungan sulit suaminya.. haih,, kalau betul ada hubungan, please la.. suami orang kot,, boleh jadi macam2 tindakan luar kawalan dari isteri

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...