Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 7 September 2018

Tuntutan Menghubungkan Silaturrahim

Daripada ‘Abdullah bin 'Amru RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu digelar al-Wasil (penyambung silaturrahim) apabila dia bersifat al-Mukafi`i (orang yang menyambung silaturrahim jika saudaranya menyambungnya dan akan memutuskan apabila mereka memutuskannya), akan tetapi al-Wasil itu ialah seseorang yang apabila terputus silaturrahim, beliau segera menyambungkannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 5991, Abu Dawud, No: 1697, at-Tirmizi, No: 1908, Ahmad, No: 6496, lafaz hadith riwayat at-Tirmizi)

Matan Hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنَّ الْوَاصِلَ الَّذِي إِذَا انْقَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا
]التخريج: سنن الترمذي , كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في صلة الرحم , عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه , وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan. Hubungan silaturrahim yang baik dan bersifat al-Wasil akan mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam. Al-Wasil (penyambung silaturrahim) itu bukanlah orang yang mengharapkan balasan daripada saudaranya (jika saudaranya bersilaturrahim maka diapun akan membalas dengan bersilaturahim) tetapi al-Wasil ialah orang yang segera menyambung silaturrahim jika silaturahim dengan saudaranya terputus.
  2. Antara silaturrahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan, memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan sebagainya. Kesemua itu dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT jua bukan bertujuan untuk mendapatkan pujian serta habuan dunia.
  3. Seseorang Muslim hendaklah terus menghubungkan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat dan saudaranya yang lain meskipun mereka tidak menerima tindakannya itu dengan kebaikan. Islam mengajar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan penyebab terputus silaturrahim dan kebaikan.
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Sahih al-Bukhari
  2. Kitab Sunan Abu Dawud
  3. Kitab Jami’e at-Tirmizi
  4. Kitab Musnad Ahmad
  5. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
  6. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Lil Imam al-Nawawi

26 comments:

  1. InsyaÁllah...
    Media sosial ni kalau digunakan ke jalan kebaikan insyaÁllah..
    Semoga perkenalan di alam maya secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan...

    ReplyDelete
  2. selagi boleh selamatkan perhubungan saudara n sahabat kita selamatkanlah. kalau gaduh pun maafkan each other tapi lepas tu berjaga2 berkawan xpa.. janji hati clear =)

    ReplyDelete
  3. teringat seseorang yg pernah memutuskan silaturahim bilamna iparnya memilih utk kawen lain lps suaminya (adiknya) meninggal... tak lama kemudian dia pula meninggal dunia... harap mereka sempat berbaik sblm dia pergi

    ReplyDelete
  4. ERATKAN JALINAN UKHUWAH HINGGA MMBAWA KE JANNAH

    ReplyDelete
  5. Harap kita ini seorang pemaaf dan penyabar terhadap saudara kita

    ReplyDelete
  6. Silaturrahim janganlah diputuskan kerana ia perkara yang dimurkai olehNYA.

    ReplyDelete
  7. Give and take dalam perhubungan sesama manusia memainkan peranan penting dlm mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian Ejulz ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.
    Buat peringatan kita semua.

    ReplyDelete
  10. hubungkan silaturrahim antara cara tarik rezeki ^^

    ReplyDelete
  11. terima kasih kerana mengingatkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...