Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 28 September 2018

Wanita cemas disamun, kereta dilarikan di Putrajaya

PENJAWAT awam wanita berdepan detik cemas apabila disamun lelaki bersenjatakan pisau di tempat letak kereta di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Larai, Presint 6, Putrajaya, malam tadi.

Dalam kejadian 10.37 malam itu, mangsa berusia 37 tahun diacu pisau oleh suspek ketika ingin menaiki lif ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, suspek bukan sahaja melarikan beg tangan mangsa, malah turut melarikan kereta Nissan Almera milik mangsa.

Beliau berkata, kejadian itu turut disedari orang awam dan penduduk sekitar sebelum bertindak mengejar suspek dengan kenderaan.

“Bagaimanapun, kereta dipandu suspek hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Persiaran Timur menghala ke Kajang-Puchong.

“Suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Kami masih giat mengesan suspek dan suspek kali terakhir dilihat ketika melarikan diri di kawasan hutan berhampiran Persiaran Timur,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, suspek memakai topi berwarna gelap serta berbaju T berwarna kelabu gelap dengan ketinggian lebih kurang 180 sentimeter dan berkulit gelap.

Katanya, pihaknya sudah meminta bantuan Unit K9 Sepang, namun suspek masih gagal dikesan sehingga kini.

KERETA mangsa yang dilarikan suspek ditemui dalam keadaan rosak teruk selepas terbabas dan terbalik. FOTO ihsan pembaca. 

“Hasil analisis forensik di kenderaan berkenaan berjaya mengesan lapan cap jari di bahagian dalam pintu pemandu dan penumpang di sebelah kiri.

“Semakan di hospital dan klinik berhampiran dibuat dan setakat ini dapati tiada individu yang dirawat pada malam kejadian.

“Kami akan mengeluarkan fotofit suspek dalam tempoh terdekat untuk diedarkan,” katanya.

SUMBER : MSN NEWS

**Teringat masa kerja kat Putrajaya 5 Tahun yang lepas. Pernah juga la hilang rim motorsikat depan belakang semasa ejulz balik kampung. Ada guard pun boleh hilang.. Padahal ejulz parking motorsikal berhampiran dengan meja guard selalu duduk berjaga.





22 comments:

  1. allah bahaya nya. nak balik ke rumah pun boleh jadi mangsa. semoga mangsa bersabar dan kuatkan semangat akibat insiden ni

    ReplyDelete
  2. keadaan sekarang perlu lebih berhati2 kan, semoga diberi kekuatan kepada mangsa

    ReplyDelete
  3. mungkin suspek ni dah aim lama doh kat mangsa. cuma tunggu masa nak serang je. bahaya tul skrg. penjenayah ada di mana2.

    ReplyDelete
  4. Aduh bahaya. Skrg ekonomi sik bgus, org desperate nak duit, sgup laku apa saja. Mun dpt, baik mpuan or lelaki elakkan bjln sorg2

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang dah makin bahaya..mana2 pun dah susah rasa selamat walau di rumah sendiri

    ReplyDelete
  6. Besar ngat cita2 perompak tu nak curi kereta Nissan orang tapi tak reti bawa, terbabas kereta tu dibuatnya....isk isk. Mana2 pun tak selamat, baik waktu siang mahupun malam....berhati-hatilah sentiasa :(

    Follower #2029

    ReplyDelete
  7. uishh seram eh..macam dalam cerita kat tv dah ya..harap2 dapat ditangkap

    ReplyDelete
  8. tak berani nk bawa kereta mlm2..

    ReplyDelete
  9. tu yg takut bila drive sorang2 pd waktu mlm...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...