Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Tuesday, 2 October 2018

Nak lari ke mana...

TINDAKAN wanita tukang urut bersembunyi di dalam kebinet sinki apabila anggota imigresen melakukan pemeriksaan di sebuah premis refleksologi Taman Pekan Baru, Sungai Petani, malam tadi. - Foto ihsan JIM Kedah 

ALOR SETAR: Tindakan dua wanita tukang urut bersembunyi di dalam kabinet gagal apabila anggota imigresen yang melakukan pemeriksaan di sebuah premis refleksologi Taman Pekan Baru, Sungai Petani malam tadi, dapat mengesan mereka.

Wanita warga Thai dan Indonesia itu antara 12 tukang urut berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan Jabatan Imigresen Kedah di dua premis berasingan di Sungai Petani dan Alor Setar.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin, berkata dalam Op Mega 3.0 bermula jam 7 malam itu, pihaknya turut menahan tukang urut warga Filipina dan seorang pelanggan lelaki warga Vietnam.

“Ketika pemeriksaan di premis di Sungai Petani, kita mengesan dua wanita bersembunyi di dalam kabinet sinki bagi mengelak ditahan, manakala dua lagi tukang urut sedang leka mengurut pelanggan.

“Serbuan di sebuah premis di Alor Setar pula dilakukan ketika semua pekerja warga asing sedang mengurut pelanggan dan mereka semua didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, pelanggan lelaki yang ditahan pula didapati melakukan kesalahan menetap lebih masa di negara ini.

Zuhair berkata, kedua-dua premis terbabit juga disyaki menawarkan perkhidmatan seks termasuk urutan ‘body to body’ (B2B) melalui aplikasi WeChat kepada pelanggannya.

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis kerana kesalahan menggaji warga asing yang melakukan kesalahan.

“Kesemua warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala dua lelaki warga tempatan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Semua warga asing kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

SUMBER : MSN NEWS

** Teringat ejulz masa kerja kat Putrajaya dalam 7-8 tahun lepas. Masa tu ejulz terlibat dengan kemalangan jalan raya. Jatuh Motorsikal. hehe.. Tak tahan sangat menahan sakit kaki. Masa tu susah sangat nak cari orang kampung yg pandai urut. Nak cari kedai urut pun takut salah masuk kedai.. hahaa.. Nasib baik jumpa jugak kedai yg betul. haha



37 comments:

  1. lorhhhh....situ pun jadi nak sorok ya...
    buat la keje yg elok sini...alahai...

    ReplyDelete
  2. Bila ketakutan dan mahu menyelamatkan diri....semuanya boleh..macam-macam...terjun lombong pun sanggup kalau dah terdesak ni...

    ReplyDelete
  3. dia igt dia boleh lari ke? haha

    ReplyDelete
  4. p/s

    https://aniesandyou.blogspot.com/2018/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    ReplyDelete
  5. Tangkap pelanggan2 tu sekali, selagi ada permintaan maka ada laa 'pengusahanya'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee.. yg ni ejulz paling takut kalau tersalah masuk kedai.. hehe

      Delete
  6. hahaha die igt orang tak bukak ke kabinet tu hahah

    ReplyDelete
  7. huhu aduhai kenapa la macam ni >.<

    ReplyDelete
  8. nsb baik takde kuasa jd semut, klu tak mau semua tukar jd semut hehehe...
    depa ni jnji selamat semua nk sembunyi yek

    ReplyDelete
  9. kikiki... macam mana la depa terfikir nak menyerok dalam kabinet tu... kalau ada mesin basuh mau jugak dema masuk dalam tu...

    ReplyDelete
  10. Nya ingat nya gerinang boleh tapok kat kabinet ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  11. seram dengar banyak sangat warga asing kat negara kita ..

    ReplyDelete
  12. macam2 cara kalau nak melepaskan diri tu :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...