Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 5 October 2018

Pesanan Untuk Musafir

Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir : “Datanglah  kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan: 
 
أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Bermaksud: “Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 3443, Abu Dawud, No. Hadith : 2600, Ibnu Majah, No. Hadith : 2826, Ahmad, No. Hadith : 4296, 4550).
Matan Hadith:

عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
]التخريج: جامع الترمذي , كِتَاب الدَّعَوَاتِ , بَاب مَا يَقُولُ إِذَا وَدَّعَ إِنْسَانًا , حديث رقم 3443 , عن سالم بن عبد الله بن عمر الخطاب , قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ[
 
Pengajaran Hadith :
 
1. Musafir adalah perjalanan seseorang hamba daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kesukaran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.  Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat dan umat Baginda SAW mengenai sunnah semasa bermusafir agar setiap kesusahan dan kesukaran yang dihadapi tidak terlepas daripada mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
 
2. Antara sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya sebagaimana doa di atas. Terdapat juga dalam hadith yang lain doa berikut:
 
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
Bermaksud : “Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

3. Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.  Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada beliau untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.
 
Sumber Rujukan : 
1-Kitab Jami’ at-Tarmizi
2-Kitab Sunan Abu Dawud
3-Kitab Sunan Ibn Majah
4-Kitab Musnad Ahmad
5-Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
6-Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari
7-Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Lil Imam al-Nawawi

19 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ini... Teman kerap juga bermusafir... harap dapat beramal dengan perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik, terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. krn itu doa org musafir ni mustajab kan?

    ReplyDelete
  4. sangat informative . Oh btw, nadia sudah follow awak. =).. Thank you for follow me too =)

    ReplyDelete
  5. ada kenal dengan kawan yang suka bermusafir ni..mudah je urusan beliau

    ReplyDelete
  6. bermusafir selalunya utk menuntut ilmu, mencari rezeki, menimba pengalaman baru.. org yg sangat cekal..

    ReplyDelete
  7. ilmu baru ni ^^ baru taw ada doa yang boleh kita ucapkan pada orang musafir,, :) tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...