POLIS meminta dua lelaki yang aksi mereka dirakam dalam video tular
kes pukul dan baling objek kepada pekerja stesen minyak di Sungkai, 6
Oktober lalu, supaya menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Tapah,
Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata, susulan video
berdurasi 42 saat itu menjadi tular , polis meminta kedua-dua saksi
berkenaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu tampil membantu
siasatan.
"Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi
berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu
Pejabat Polis Daerah Tapah, Asisten Superintendan Ong Chin Yong di
talian 012-2013048," katanya dalam satu kenyataan di Sungkai, hari ini.
Klip
video dipercayai dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis
stesen minyak itu tular sejak kelmarin, menunjukkan mangsa dibawa keluar
oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam
stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh dan dibaling
objek.
Menurut laporan polis yang turut tular mangsa berusia 24
tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, dekat sini, mendakwa,
seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam
bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu
diisi menyebabkan dia diberikan RON95.
Berdasarkan laporan itu,
lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah
meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan
menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling
air tin ke arah mangsa.
Setakat ini kes dilkasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
kerana mendatangkan kecederaan dan polis dalam proses melengkapkan
kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan
lanjut.
SUMBER : MSN NEWS
Ya Allah takutnyaaa...
ReplyDeletemmg la klu g isi minyak..klu x bagitahu minyak apa..mmg ron95 melainkan la klu ckp ron97..
betul tu..
Deletepadahal salah kecik je, ha ambik sekarang dah jadi kes polis
ReplyDeletetu la pasal..
DeleteHai,
ReplyDeletejemput join segmen saya!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/update-segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html
Insyaallah :)
DeleteSedih kerana kes-kes sebegini...walhal ianya tidak perlu diperbesarkan hingga bertelagah..
ReplyDeletebetul tu..
DeleteOrg makin sik berakal, ngikut peeel marah aja2
ReplyDeleteya laa..
DeleteYa Allah.. Malaysia ain't a safe place anymore..
ReplyDeletesemoga kita dilindungiNya
DeleteMasalah baran yang perlu ditangani dengan serius π π π
ReplyDeletebetul tu..
DeleteAlamak ganasnya..macam2 berlaku ..bagaikan nyawa tak bernilai..Semoga kita bloggers di mana2 selamat ancaman orang2 jahat ya..aamiin
ReplyDeleteamin..
Deletesy rs ni jenis yg x boleh silap sikit. baran. x pun tgh high dadah
ReplyDeletextau la.. bnyk geng memang berani..
DeleteBoleh je kan cakap baik2 π
ReplyDeletebetul tu..
Deletealamak.. selalu cashier xkan tanya nak ron95 ke ron97. kita pengguna kena inform sbb tu kegunaan kereta kita sendiri.
ReplyDeletetapi shu pernah ke petrol pam yang cashier dia tanya nak kuning ke hijau. tp kan, kesian cashier tu nak kena tanya setiap orang. apa kata kita yang bagitau cashier tu sendiri.