Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 19 October 2018

[UPDATE] 'Tolong cari suspek langgar lari Wan Amirah'

KELUARGA mangsa langgar lari yang berlaku di depan Shaftsbury Square, Cyberjaya dekat sini, memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian yang menimpa Wan Amirah Wan Alias, 31, supaya tampil membuat laporan polis.

Sepupu mangsa, Faris Fazli, 32, berkata, sebagai orang yang rapat dengan arwah, dia memohon bantuan rakyat Malaysia supaya dapat bersama-sama membantu keluarganya untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, maklumat dan laporan polis yang dibuat itu nanti diharap dapat membantu mengesan individu yang terbabit dengan kejadian langgar lari itu untuk diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Saya memohon rakyat Malaysia yang ada maklumat, tampil ke hadapan atau buat laporan polis supaya individu yang terbabit dapat ditangkap dengan segera.

“Saya terlalu rapat dengan arwah, beza umur kami cuma setahun dan kami membesar bersama-sama. Terlalu banyak kenangan dengan dia. Dia seorang yang kelakar dan ‘nakal’. Semua orang menyayanginya,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya, Putrajaya, hari ini.

Seorang daripada rakan mangsa, Suhaili Yahaya berkata, kejadian yang menimpa rakannya itu adalah kehilangan besar kepada dirinya serta rakan lain di pejabat.

“Kami sudah merancang untuk pergi ke Janda Baik esok untuk bercuti bersama-sama rakan yang lain tetapi tidak menyangka kejadian ini menimpa Amirah,” katanya.

Menurut Suhaili, berdasarkan maklumat daripada pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian, suspek sebelum itu marah kerana keretanya dihalang untuk di pakir di situ sebelum beredar dan melanggar beberapa kenderaan lain dan Amirah.

“Difahamkan, Amirah baru pulang dari kerja dan singgah di bangunan kedai Shaftsbury Square, Cyberjaya berkemungkinan untuk membeli makan malam untuk dirinya dan keluarga.

“Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

“Dia dah cuba elak, tetapi tetap dilanggar sehingga diseret dan berada di bawah kereta. Pengawal keselamatan di lokasi terbabit memaklumkan, melalui percakapan dan fizikal suspek, ia berkemungkinan datang dari Timur Tengah,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, semua elemen sudah digerakkan bagi mengesan suspek yang memandu kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 yang dipercayai terbabit dengan kejadian berkenaan.

a man standing in front of a store: JENAZAH mangsa langgar lari, Wan Amirah Wan Alias, 31, dibawa keluar dari Hospital Putrajaya untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur untuk dikebumikan. FOTO Noor Atiqah Sulaiman 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SUMBER : MSN NEWS

 **Harap pelaku dapat hukuman yg setimpal..


11 comments:

  1. x kan ke mana laa org asing tu... malaysia ni kecik je...sy hrp sgt dia tertangkap!!!

    ReplyDelete
  2. nieyl selalu pergi situ...
    situ klu nak parking depan kedai tu mmg susah,sbb lot x byk..kena park dlm parking bertingkat...Keciannya..takut pulak nieyl nak g sana sorang²

    ReplyDelete
  3. Allahu akhbar.semoga keluarga tabah. Dan si pelaku segera di tangkap...

    ReplyDelete
  4. Ini yang viral dalam CCTV haritu kan? Allah.. Moga Allah jumpakan dgn org yg bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  5. Semoga ucak yea cepat ditangkap, terbeliang ati nangga empuan yea dilanggar, ingatnya selamat, paduhal sgkut kt kereta ea. Al fatihah

    ReplyDelete
  6. orang yang langgar tu dah kena tangkap kan. semoga hukuman yang setimpal terlaksana untuk menuntut bela ke atas arwah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...