BANGKOK: Seorang usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht
(RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang
boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.
Anont
Rotthong dari selatan wilayah Chumphon, Thailand menulis di akaun
Facebook untuk mencari pasangan anaknya, Kansita Rotthong, 26, selain
mahu lelaki itu meneruskan perniagaan duriannya.
“Mereka yang tahu bagaimana untuk membeli dan memilih durian dari kebun buah boleh memperisterikan anak saya.
“Saya
tidak meminta satu sen pun sebaliknya saya akan memberinya wang tunai
10 juta baht, 10 kereta, sebuah rumah, dua pasar durian dan anak
perempuan yang memiliki berpendidikan tinggi dari Universiti Assumption
dan Universiti Sun Yat-sen, China,” tulisnya kelmarin.
Menurutnya, dia sebenarnya ingin bersara dan menyerahkan perniagaannya yang turut mengeksport durian kepada bakal menantu.
Sementara
itu, Kansita berkata, dia tidak sangka dengan tindakan bapanya itu yang
pada mulanya disangkakan sebagai gurauan semata-mata.
“Saya ingat dia bergurau namun bapa benar-benar serius ingin mencari
bakal menantu. Saya dan adik beradik lain menghormati keputusannya,”
katanya.
________________________________________________________________
**Terbaek marketing strategi ni. hehehehe
hehee
ReplyDeleteberminat ker? haha
Deletewahhh mmg untung nih, tp mesti syarat2 lain tuh... bkn apa, tkt dpt kt kaki penipu naya je
ReplyDeletetau xpe.. hehe
Deleteanak dpt duit dpt durian pun dpt
ReplyDelete:)
DeleteWahhh untunglah siapa yang bertuah tu tapiii risau juga karang ada yang mengambil kesempatan
ReplyDeletebetul tu.. mau ada yg nak kawen sbb duit je.. haha
Deletegituhh...anak yang taat kepada orang tua...ekekeke
ReplyDeletehahaha..
Deleteberuntunglah , dapat anak dan dapat bisnes.
ReplyDeletehaha.. untung.
DeleteAda terbaca juga tadi
ReplyDelete:)
Deleteperghh betul2 durian runtuh ni
ReplyDelete:)
Deleteperghh gila best
ReplyDelete:)
DeleteAmboii kemain depa noh. Radio kat Malaysia pon kecoh pasal ni. Tapi ramai yang gila durian dia je.
ReplyDelete:)
DeleteKrsian bapa dia kemaruk sgt nak menantu tu
ReplyDelete:)
DeleteWow..bahaya ayah dia buat offer macam ni. Nanti dah kawen, laki dia kikis duit lepastu tinggalkan anak dia. Naya..naya..
ReplyDelete:)
Deleteharapnya adalah lelaki yg ikhlas nak kawen and nak expand lg business bapak mentua.
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
:)
Deletepakcik ni sampai dah tak larat nak angkat call
ReplyDelete:)
Deletehuyoh dasyat..
ReplyDelete:)
Delete