Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Wednesday, 13 March 2019

Raja bunian dan jin `masuk' mahkamah

a person standing in a room: Suspek dikatakan tidak bercadang untuk turun takhta jin dan bunian biarpun ditahan pihak JHEAT 

LELAKI yang ditahan selepas dipercayai melakukan amalan aneh dan bercanggah dengan ajaran Islam di kawasan Hutan Rimba Bukit Bauk, baru-baru ini, akan dihadapkan ke mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 28 Julai kelak.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Zulhaiza Ismail, berkata suspek akan didakwa mengikut Seksyen 6(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Menurutnya, keterangan daripada suspek sudah diambil mengikut peruntukan di bawah Seksyen 23. 

“Suspek dibebaskan dengan jaminan Ketua Pegawai Penguatkuasa JHEAT semalam dan kertas siasatan sudah dibuka. 

“Pihak kami sedang mengumpul segala maklumat berkaitan sebelum dikemukakan kepada pihak pendakwaan,” katanya, hari ini. 

Beliau berkata, mengikut peruntukan seksyen itu, jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Lelaki berusia 34 tahun berasal dari Dungun itu ditahan kira-kira 4.15 petang Ahad oleh sepasukan anggota polis yang menerima laporan berhubung perbuatannya yang mencurigakan. 

Suspek yang menjadikan surau di kawasan Bukit Bauk terbabit sebagai tempat pertapaannya itu turut mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ oleh kerajaan jin sejak dua bulan lalu. 

Polis turut merampas sebuah sofa, kayu mimbar, dua batu nesan dan payung yang terdapat di dalam surau terbabit. 

Perbuatan pelik suspek itu menyebabkan orang ramai bimbang untuk berhenti solat di surau berkenaan. 

Sementara itu suspek dikatakan tidak bercadang untuk turun takhta biarpun ditahan pihak JHEAT.

Malahan lelaki itu mendakwa akan berbincang dengan pembesar dari kalangan jin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meletak jawatan.

Suspek yang ditemui di pejabat JHEAT di Kuala Terengganu mendakwa dia mewakili seluruh warga jin di alam ini.

Dakwanya lagi, pelantikan dia sebagai raja bunian juga mendapat perkenan empat sahabat Rasulullah yang didakwa ditemui secara jaga ketika berada di surau di Bukit Bauk.

SUMBER : MSN NEWS

**Teringat raja bomoh Malaysia. Rindu dengan buah kelapa dia.. haha.. 



16 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...