Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 21 February 2020

Hukum Melakukan Amalan yang Tidak Dilakukan oleh Rasulullah SAW

Daripada Anas RA, beliau berkata: “Tidak ada orang yang lebih dicintai oleh para sahabat selain daripada Rasulullah SAW. Jika mereka melihat baginda (datang), mereka tidak akan bangun kerana mereka tahu bahawa baginda membenci perbuatan tersebut.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No.2754 dan Ahmad, No. 11895, 13132, berkata at-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih gharib.”)

Matan Hadith:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ .قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
]التخريج: سنن الترمذي , كتاب الأدب , باب ما جاء في كراهية قيام الرجل للرجل , حديث رقم 2754 , عن أنس بن مالك رضي الله عنه.[
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Para sahabat RA adalah ikutan terbaik dalam mencintai dan menyanjungi Nabi SAW. Mereka merupakan teladan yang terbaik dalam mengenal dan beramal dengan sunnah baginda SAW. Para sahabat RA akan mempraktikkan semua amalan yang disukai oleh Nabi SAW dan meninggalkan semua amalan yang dibenci oleh baginda SAW walaupun amalan tersebut bercanggah dengan kesukaan atau kebencian mereka. 
  2. Sebagai seorang pemimpin, Nabi SAW telah menunjukkan suri teladan yang terbaik. Contohnya, para sahabat RA meninggalkan perbuatan berdiri untuk menghormati baginda SAW kerana mereka mengetahui bahawa baginda SAW membenci perbuatan tersebut. Jika baginda tidak membenci perbuatan tersebut pasti mereka akan berdiri untuk baginda. Perlu difahami bahawa baginda SAW membenci perbuatan tersebut kerana sifat tawadhu‘ baginda, bukan kerana perbuatan tersebut haram. Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya 'Syarah Sahih Muslim' (6/313): “Dianjurkan memuliakan seseorang yang memiliki kelebihan dan menyambut mereka dengan cara berdiri ketika mereka tiba. Inilah yang dijadikan hujah oleh jumhur ulama untuk menyatakan sunat berdiri bagi memuliakan seseorang. Al-Qadhi berkata: “Ia bukanlah termasuk dalam kategori berdiri yang ditegah, tetapi tegahan adalah ditujukan kepada mereka yang mengarahkan orang lain berdiri untuknya sedangkan dia dalam keadaan duduk dan keadaan berdiri itu sepanjang masa dia duduk." Saya (An Nawawi) berpendapat, bangun berdiri untuk menyambut kedatangan seorang yang memiliki kelebihan adalah mustahab (sunat). Bahkan anjuran tersebut turut dinyatakan dalam beberapa hadith, manakala larangan mengenainya tidak dinyatakan dengan jelas."
  3. Justeru, kita tidak boleh memahami maksud hadith daripada zahirnya sahaja atau hanya daripada satu hadith untuk beramal atau meninggalkan sesuatu perkara bahkan setiap Muslim hendaklah meneladani serta menerima tunjuk ajar para ulama yang muktabar kerana mereka lebih banyak memahami hadith sama ada ianya sunnah ataupun tidak, dan apakah hukum disebaliknya.
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Jami’ at-Tarmizi
  2. Kitab Musnad Ahmad
  3. Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi
  4. Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami’ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
  5. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari
  6. Kitab Syarh wa Al-Ibanah ‘Ala Usuli Al-Sunnah wa Al-Diyanah Li Al-‘Akbari
  7. Kitab Al-Anwar fi Syamail An-Nabiyyi Al-Mukhtar Li Al-Baghawi

29 comments:

  1. Salam Jumaat...terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  2. syukran berkongsi hadis..oo..selalunya kita akan berdiri & bersalam dgn pemimpin yg datang..lepas ni boleh duduk je..

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH PERKONGSIAN BERMANFAAT TKSH

    ReplyDelete
  4. terima kasih tuan kerana berkongsi =)

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk peringatannya..

    ReplyDelete
  6. thank you so much for sharing this.

    ReplyDelete
  7. semoga semua amalan kita mengikut syariat .aamiin

    ReplyDelete
  8. Salam Ahad, TK atas perkongsi menarik ini

    ReplyDelete
  9. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...