Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Friday, 28 February 2020

Jauhi Tiyarah (Firasat Buruk)

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)

Matan Hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الطِّيَرَةُ مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ
]التخريج: سنن الترمذي ,كتاب السير عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في الطيرة , رقم حديث 1614 , وقَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَحَابِسٍ التَّمِيمِيِّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَسَعْدٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[
 
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Menurut ahli bahasa, perkataan "tatayyur” atau “tiyarah" diambil daripada kebiasaan orang jahiliyah apabila ingin melakukan sesuatu akan mengherdik burung dan melihat sama ada ianya terbang ke arah kanan atau kiri. Jika ia terbang ke arah kanan bererti petanda kebaikan, namun jika ke arah kiri bererti petanda kesialan.
  2. Walau bagaimanapun, ada pendapat yang membezakan makna di antara "tatayyur" dan "tiyarah". Tatayyur adalah bersangka buruk yang muncul dalam hati, manakala tiyarah pula adalah tindakan yang diambil berdasarkan sangkaan tersebut. Kebiasaannya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kerana merasa gusar dan takut kepada tiyarah (firasat buruk).
  3. Tiyarah akan berlaku disebabkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Ia termasuk perbuatan syirik yang menafikan kesempurnaan aqidah. Rasulullah SAW mengingatkan umat baginda bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu petanda atas tiyarah (firasat buruk) atau menjadikannya penyebab perasaan takut dan khuatir untuk melakukan sesuatu. Pesanan Baginda SAW agar memohon petunjuk dengan melakukan solat sunat hajat dalam setiap perkara dan bertawakal kepada Allah SWT akan menyebabkan hati menjadi tenang serta jiwa menjadi tenteram.
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Jami‘e At-Tirmizi
  2. Kitab Sunan Abu Dawud
  3. Kitab Sunan Ibn Majah
  4. Kitab Musnad Ahmad
  5. Kitab Fathu Al-Bariy Syarh Sahih Al-Bukhari Li Ibn Hajar Al-Asqolani
  6. Kitab Tuhfah Al-Ahwazi bisyarhi Jami‘e At-Tirmizi Li Al-Mubarakfuri
  7. Kitab ‘Auni Al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Dawud Li Al-‘Alamah Aabadi
  8. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari
  9. Kitab Ma‘ariju Al-Qabul bisyarhi Sulami Al-Wusul Ila ‘Ilm Al-Usul Lil Al-Hakami
 

29 comments:

  1. Semoga kita dijauhkan dari sifat ini.

    ReplyDelete
  2. moga dijauhkan dari kita, yang pentingnya kita kene sentiasa husnuzon dengan apa jua

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ni. semoga kita sentiasa diredhai oleh Allah Taala. aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat ilmu baru hari ni! :)

    ReplyDelete
  5. sentiasa bersangka baik dengan Allah.maka baiklah jadinya..kan ejulz

    ReplyDelete
  6. semua yg berlaku adalah qada' qadar Allah..

    selalu org cakap kalau mata belah kiri berkenyit-kenyit, petanda tk baik, nak nangis..contoh tiyarah..

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing. I learn more from u today, ejulz...

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang menarik !

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian, sangat bermanafaat.

    ReplyDelete
  10. jauhi firasat buruk.. apa yg berlaku dlm hidup sudah tertulis. sebagai islam ingat begitu

    ReplyDelete
  11. semoga kita tidak bersangka buruk
    terima kasih berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  12. bersangka buruk tu amalan yang harus dijauhi..setiap apa dalam hati kita Allah tahu..semoga kita terhindar. Aamin

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah
    bagus lah perkongsian nih
    sebab dalam hati selalu jadi tatayyur...
    alhamdulillah tak jadi tiyarah lagi

    ReplyDelete
  14. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...