Friday 27 November 2020

Faith Fleur


 

Anda ada masalah di bawah?
 
✅ Rambut gugur
✅ Kelemumur
✅ Rambut nipis
✅ Botak
✅ Rambut bercabang
✅ Rambut kering
 
Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah di atas, jom atasi sekarang!
 
#Faithfleurbyctymary
#Blessyourhair
#HairTrustedBrand
#saletwentypercentoff
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berminat iklankan produk/perkhidmatan anda ? Klik kotak iklan di atas

Keputusan Giveaway by ejulz & radhia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua. Ejulz ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat2 yang tidak jemu2 singgah, komen dan support GA ejulz. Ejulz mohon maaf kerana kebelakangan ni jarang sangat update blog.


Peserta yang bertuah pada kali ini adalah :

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Terima kasih buat semua 21 peserta yang join kali ini..


Siapakah peserta bertuah no 20 tu?

Jom tengok SENARAI PESERTA


Kepada pemenang boleh wasap ejulz -->
https://bit.ly/3aZeslO

 

Tahniah buat pemenang GA kali ini. Yang tak bertuah kali ini, belum tentu tidak bertuah pada akan datang. Jemput join GA ejulz akan datang jika ada nanti ok. Terima kasih banyak2 di atas support sahabat2 semua..

 

 

 

Giveaway Never Grow Up

Ok. Hari ni ejulz berpeluang join GA yang dianjurkan oleh sahabat blogger kita ni blogger Safirulamar.


Video yang menyuit hati ejulz adalah video ni :

“Making People Annoying” Never Grow Up Episode 24


 

Ejulz tertarik dengan video ini kerana selain daripada kita melihat gelagat atau reaksi yang ditunjukkan oleh mereka yang kene prank, kita juga boleh melihat betapa bersabarnya masyarakat kita walaupun berhadapan dengan orang seperti ini.  


Banyak lagi video2 yang anda boleh tengok dalam channel youtube Never Grow Up.


Kalau anda nak join GA ni bolek klik SINI..





 







Elakkan Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Renovasi Rumah

 

Tidak dapat dinafikan bahawa renovasi rumah merupakan perkara yang amat menyeronokkan. Hal ini kerana anda boleh menikmati rumah yang cantik dan selesa lepas ubah suai.

Namun demikian, pengubahsuaian rumah boleh menyebabkan anda menanggung kos yang terlalu tinggi jika anda tidak merancang dengan betul.

Terdapat banyak kesilapan umum yang sentiasa dilakukan, tidak kira sama ada mereka memilih untuk mengubah suai secara diri sendiri atau mengupah profesional.  Mari kita lihat kesilapan yang kerap dilakukan agar anda dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama.


Bajet

Pastikan anda mempunyai anggaran bajet untuk setiap projek pengubahsuaian agar anda tidak berbelanja lebih daripada sepatutnya. Anda juga diingati untuk memastikan bahawa bajet yang ditentukan adalah realistik. Anggaran anda harus sesuai dengan jangkaan anda untuk projek ubahsuai bilik air, bilik tidur atau dapur anda. 

Perancangan

Renovasi rumah tanpa rancangan dianggap adalah seperti memandu ke destinasi tanpa mengikut peta pada kali pertama. Anda mungkin dapat memenuhi jangkaan anda pada akhirnya, tetapi proses tersebut perlu mengambil masa yang lama, kos yang tinggi dan anda mungkin mengalami kekecewaan. Oleh itu, rancangan yang teliti amat penting kerana dapat melancarkan proses pengubahsuaian rumah.

DIY

Walaupun terdapat tugasan yang dapat dilakukan sendiri, namun, terdapat sesetengah tugasan khas yang memerlukan profesional seperti kerja baiki bumbung bocor. Anda mungkin tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk projek tertentu kecuali jikalau anda merupakan seorang tukang paip, juru elektrik atau kontraktor rumah. Oleh itu, anda diingati supaya tidak mengambil projek yang memerlukan kemahiran yang anda tidak mempunyai. Sebaliknya, hubungilah pakar renovasi untuk membantu dalam projek pengubahsuaian rumah anda.


Tidak Mengetahui Bagaimana Ruang Berfungsi

Mempunyai bilik yang cantik di rumah anda merupakan perkara yang amat bangga, namun fungsi bilik-bilik juga merupakan perkara yang sangat penting. Anda perlu mengambil tahu bagaimana anda akan menggunakan ruang sebelum anda mulakan kerja pengubahsuaian supaya anda dapat memaksimumkan fungsi rumah anda. Pastikan anda memikirkan fungsinya sebelum berfikir tentang cara untuk mencantikkan bilik anda. 

Terlalu Bergaya

Pengubahsuaian rumah mengikuti tren reka bentuk popular dapat memberi manfaat selagi tren tersebut berfungsi dengan kediaman anda. Tren yang dipilih harus sesuai dengan gaya seni bina dan juga suasana yang anda ingin hasilkan. Anda juga diingati supaya mempertimbangkan nilai penjualan semula rumah kerana terdapat tren yang tidak bertahan lama.

Memilih Kontraktor Pengubahsuaian

Kontraktor rumah akan menjadi faktor yang penting bagi pengubahsuaian untuk berjaya. Oleh itu, anda perlu memastikan untuk memilih kontraktor rumah murah yang sesuai untuk tugasan tersebut. Pastikan anda membuat penyelidikan sebelum mengupah kontraktor. Anda boleh merujuk kepada ulasan dalam talian yang diberi oleh pelanggan sebelumnya untuk mengetahui kemahiran dan piawai syarikat kontraktor tersebut.

Tidak melakukan Kerja Persiapan

Persiapan amat penting bagi memastikan tugasan dijalankan dengan betul. Sekiranya anda tidak mempunyai asas yang sempurna untuk menjalankan sesuatu tugasan, maka proses pengubahsuaian rumah tidak akan dijalankan dengan lancar. Pastikan anda meluangkan masa untuk merancang dan membuat persiapan sebelum menjalankan pengubahsuaian rumah.

Pengubahsuaian dapat membantu anda untuk memiliki rumah impian jika dilakukan dengan baik.

Jika anda memerlukan bantuan untuk projek renovasi rumah anda, sila hubungi syarikat Tukang UbahSuai yang merupakan syarikat kontraktor rumah di Selangor dan Kuala Lumpur yang berpengalaman dan boleh dipercayai.

Mereka dapat membantu anda untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan semasa renovasi rumah dan memastikan proses ubahsuai rumah anda dijalankan dengan lancar dan bebas daripada tekanan. 

 



 

 

Tuesday 24 November 2020

Giveaway by ejulz & radhia



Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & radhia

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & radhia". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan radhia;
4. Follow IG ejulz dan radhia;
5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 25 NOVEMBER 2020


SENARAI PESERTA

22. ANDA

Monday 2 November 2020

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...