Thursday, 24 May 2018

Situasi staff yang nak mohon pertukaran tempat kerja

Image result for bos dan staff 

Staff yang mempunyai masalah peribadi mencuba memohon kelulusan untuk pertukaran tempat kerja. Staff yang menjaga isteri berpantang kerana terlibat dengan musibah keguguran kandungan menyebabkan dia bertegas untuk ditukarkan tempat kerja yang lebih dekat bagi menjaga isteri yang tengah bersedih dengan musibah yang menimpa selain beberapa masalah lain yang dihadapinya.

Staff membawa surat permohonan menghadap bos.

Staff : Selamat pagi tuan.
Bos : Ya, ada apa?
Staff : Saya nak mohon jasa baik tuan sokong permohonan pertukaran saya.
Bos : Mana boleh tukar!!! (Dengan nada marah dan belum membaca surat dan sebab2 pertukaran)

Staff amat terkilan. Bukan kerana tidak diluluskan tapi kerana bos sudah memberi jawapan sebelum melihat masalah2 yang dihadapinya.

Bos : !@#%%%$$%^$^^#&

Setelah habis membebel baru bos baca surat permohonan staff tersebut.

Antara sebab memohon yang diajukan oleh staff berkenaan adalah masalah keluarga. Menjaga kedua orang tua yang sering ulang alik ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Bos : Berapa umur ibu dan ayah?

Staff : Ayah 69,  ibu 64 tuan.

Bos : Ibu dan ayah saya lagi tua dari tu.

Selain tu, staff juga memaklumkan yang isterinya baru sahaja keguguran kandungan dan memerlukan pengawasan kesihatan (berpantang) dan pengawasan emosi. Yer la, siapa tak sedih kehilangan bakal insan yg disayang. Lebih2 lagi kandungan yang pertama.

Bos : Berapa bulan kandungan ni?

Staff : Dalam 2 bulan tuan.

Bos : Dulu isteri saya 8 bulan kandungan gugur.

Antara lain alasan yang diberikan adalah masalah kewangan. Dengan harga minyak yang melambung naik pada masa itu, staff merasa agak tertekan dengan masalah perbelanjaan harian. Dengan bekerja di tempat yang dekat mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan beban staff tersebut dalam perbelanjaan minyak kenderaan.

Bos : Alahhhh!! Awak pandai2 la jimat.

Satu persatu alasan yang diberikan ditepis oleh bos bagi mengelakkan staff bertukar tempat kerja. Dan alasan terakhir yang diberikan adalah menunggu giliran mengambil masa yang lama. Mungkin bertahun-tahun kerana menunggu kekosongan jawatan di tempat yang dipohon.

Bos : Ingat saya bodoh ker!!! Saya berapa lama dah berkhidmat!!!

Staff tertunduk kaku dan kembali di tempatnya dengan rasa sedih disebabkan bebanan yang dihadapi dan permohonan yang tidak diluluskan.


#Kalau jadi bos ni, kenalah tahu masalah2 yang dihadapi staf dan cubalah sedaya upaya membantu dari segi kebajikan kepada mereka.





5 comments:

  1. Menyampah dengan perangai bos macam nie.. Pernah jumpa.. Rasa macam nak hempuk je kepala dia.. Atleats bagilah jawapan yang boleh menenangkan hati staf tu..

    ReplyDelete
  2. Pernah alami situasi ni, bila ingat balik rasa sedih pulak. Bila bos tak suka, buat macammana pun tak suka jugak. First time buat tender tapi tak perasan tarikh dah expired. Siap masuk weekend nak siapkan tender. Bila nak hantar check dah expired. Dia punya bising tu siap mengumpat2..nasib badan..

    ReplyDelete
  3. taksukanya boss mcm ni, alhamdulillah bos sha skrg baik

    ReplyDelete
  4. bos kena duduk kat kerusi anak buah.
    jgn selamanya dongak ke atas.
    faham.
    prihatin.

    ReplyDelete

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...