Ramai yang salah mentafsir erti sebenar kerjasama.
Sering kali ia dipuji, dilaungkan, malah dijadikan alasan dalam organisasi namun hakikatnya disalah guna tanpa sedar.
Ya, kerjasama itu penting. Ia nadi yang menghidupkan sesebuah organisasi, menyatukan langkah, dan menggerakkan kejayaan. Tetapi kerjasama yang hilang batas, bukan lagi kekuatan, ia menjadi beban yang mematahkan.
Bayangkan sebuah rumah. Berdiri megah bukan kerana satu bahagian, tetapi kerana setiap komponen memainkan peranannya.
Tiang berdiri teguh, memikul beban tanpa keluhan.
Dinding membina ruang, melindungi dari luar yang tidak diundang.
Atap pula setia menaungi, menangkis panas dan hujan demi keselesaan di dalamnya.
Namun… andai tiang dipaksa menjadi atap,
atau atap dipaksa memikul beban seperti tiang, rumah itu tidak lagi seimbang.
Retak mula muncul, perlahan… sebelum akhirnya runtuh tanpa amaran.
Begitulah juga sebuah organisasi.
Kerjasama bukan bermaksud mengalihkan tanggungjawab hingga yang hakiki terabai.
Ia bukan tentang siapa yang paling banyak memikul, tetapi tentang siapa yang paling memahami peranannya.
Kerjasama yang sebenar lahir apabila setiap individu menjalankan amanahnya dengan jujur, dan menghulurkan bantuan bukan kerana terpaksa, tetapi kerana sedar. Kekuatan bersama terletak pada keseimbangan, bukan pengorbanan sebelah pihak.
Kerana hakikatnya…
kerjasama yang tulus itu saling menguatkan,
bukan saling menindih.
Kerja sama2 tapi kadang2 manfaatnya tidak setara.
ReplyDeletebetul
DeleteKerjasama dalam memainkan peranan masing masing ...
ReplyDeletebetul
DeleteKalau saling menindih tu bukan kerjasama tapi itu digunakan bersama huhuhu
ReplyDeletebetul
Deletekalau takda main peranan dua hala bukan kerja sama kan ejulz
ReplyDeletelama tak jalan kat blog ejulz