Perjalanan balik dari melihat demo tembakan pagi tadi, kami singgah di hentian Seremban untuk menunaikan solat zohor. Dengan berpakaian tentera, memang menjadi perhatian orang ramai. Masa nak buka kasut depan surau, ada seorang pakcik yang berumur dlm lingkungan 70-an bersalam dengan ejulz. Semasa bersalam dia senyum mesra dan sempat mendoakan keselamatan ejulz. Ejulz dapat rasakan yang pakcik tu mendoakan keselamatan askar2 keseluruhannya. Dari raut wajahnya seolah2 dia ingin berterima kasih kepada tentera2 kerana menjaga keamanan negara. Walaupun ejulz bukanlah tentera tetap, tapi ejulz dapat rasakan yang pakcik tu betul2 menghargai peranan tentera. Mungkin disebabkan faktor umur dan pengalaman pakcik tu sebelum ni.
Penat.. Nak baring2 jap.. hehe ^_^