Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Thursday, 25 July 2019

#Rezeki 25 Julai 2019

Alhamdulillah. Rezeki hari ni.







Kali ni hantar ke stadium untuk murid2 di hari sukan sekolah.



Monday, 15 July 2019

Jemput join contest page ejulz


Jemput join contest page Aiskrim Legend Kuching ejulz k..

Klik link kat bawah ni..


Sunday, 14 July 2019

Akriviti hujung minggu



Aktiviti hujung minggu ni. 

Tak sampai 30 minit dah abis.. hehee

Friday, 12 July 2019

Aktiviti Riadah 12 JULAI 2019



Alhamdulillah berpeluang beriadah petang ni. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang berterusan. Amin

Thursday, 11 July 2019

Rezeki semalam

Semalam hadir majlis jasamu dikenang. Meraikan beberapa org pegawai yang berpencen dan bertukar keluar. Alhamdulillah no 2084 membawa tuah buat ejulz dalam cabutan bertuah. Dapatlah hamper satu. Hehe



Wednesday, 10 July 2019

Demi sesuap nasi

Alhamdulillah.. Tak berasa dah banyak aiskrim yg ejulz dah buat. Kecik2 dulu mak ejulz yg jual aiskrim ni. Yg beli kawan2 ejulz yg sama2 main bola kat sebelah rumah. Hehe

 #AiskrimLegendKuching

🍦 Cumi
🍦 Choki-choki
🍦 Bandung Cumi
🍦 Bandung Choki-choki
🍦 Asamboi
🍦 Anggur
🍦 Kacang Merah
🍦 Pandan susu

Terbaru ❤❤❤
🍦 Oreo
🍦 Milo

Maok order? Wasap 👇👇👇👇👇

http://www.wasap.my/60168500565

https://www.facebook.com/Aiskrim-Legend-Kuching-1971907269771039/

































Monday, 8 July 2019

TANGGUNGJAWAB

Assalam dan selamat pagi. Lama dah rasanya x update. Kalau update pun simple2 je. Tak mampu nak berceloteh panjang lebar. Jenuh nak taip guna phone. Hehee.

TANGGUNGJAWAB?

Tanggungjawab ni wajib ada pada semua orang. Baik lelaki ataupun wanita, pasti ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi bagi insan yang bergelar lelaki pasti berat tanggungjawab yang hendak dipikul. Seorang anak lelaki yang perlu menjaga kedua ibu bapanya. Seorang suami yang perlu menjaga isterinya. Seorang ayah yang perlu menjaga cahaya matanya. 

Perlu memastikan nafkah keperluan harian tanggungan mencukupi. Perlu mamastikan tempat tinggal, pakaian dan makan minum mencukupi. Kalau anak-anak dah besekolah, perlu memastikan keperluan pendidikan disediakan.

Ejulz pasti ramai yang sudah mempunyai kerja tetap pun ada yang membuat kerja partime untuk menambah pendapatan. Ejulz sendiri pun buat partime jual aiskrim. Tak ada la lumayan sangat hasilnya. Tapi alhamdulillah bolehlah buat tambah belanja beli pampers anak ☺

Nampak je macam senang. Buat aiskrim je pun. Tapi hakikatnya memerlukan komitmen masa dan tenaga. Pernah sekali dapat tempahan sehingga 400 pcs aiskrim. Sabtu dan ahad dari pagi hingga lewat malam buat aiskrim. Sabtu dan ahad tu satu hari dapat siapkan dalam 150 pcs. Dua hari dapatlah siapkan 300 pcs. Jadi masih ada 100 lagi untuk siapkan tempahan. Hari isnin selepas balik dari kerja, ejulz cuba siapkan tempahan. Selepas masa bekerja ejulz hanya mampu siapkan 50 pcs je. Tu pun hingga lewat malam. Dan hari selasa ejulz siapkan balance 50 pcs hingga lewat malam. Pagi pula terpaksa bangun awal sebab jarak ke tempat kerja jauh. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam perjalanan. Begitulah rutin harian ejulz. 

Semoga ada rezeki bekerja dekat dengan tempat tinggal satu hari nanti. 

Penat? Memang penat. Tapi bila fikirkan keluarga, penat tolak ke tepi. Yang penting segala keperluan keluarga dapat disediakan.

Panjang lebar pulak celoteh ejulz kali ni. Sakit jari tapi kat phone ni. Hehee.

**Ejulz doakan semoga sahabat yang membaca dan singgah di sini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin. 


Monday, 1 July 2019

Senarai Pengomen Tegar JUN 2019


Sejak ada masalah internet ni, dah lama tak aktif berblog. Terima kasih kepada yg tak jemu2 singgah di sini. Maaf sgt2 sebab x dpt nak bw setakat ni.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...