Thursday 31 December 2020

Azam Tahun Baru?

Tak berasa dah di penghujung 2020. Wawasan 2020 yang tidak kesampaian. Dulu masa kecik2 fikir tahun 2020 ada kereta terbang. hehehe. Tapi duit yang banyak terbang. Yang lebih menyedihkan pertama kali tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan lain2 perayaan disebabkan musibah yang melanda seluruh dunia iaitu Covid19. Mari sama-sama kita doakan agar virus ini akan musnah dalam masa terdekat ni. Semoga kita semua dilindungi dari segala penyakit dan musibah. 

Azam baru? Sejujurnya ejulz tak tahu apa azam ejulz untuk 2021. Ejulz cuma ada beberapa harapan. Harapan yang pertama adalah berharap agar virus covid19 terhapus. Harapan yang kedua ejulz terpaksa rahsiakan. Insyaallah ejulz akan ceritakan di masa yang sesuai. Harapan yang ketiga adalah berharap agar ejulz dapat bertukar di tempat kerja yang lebih dekat supaya memudahkan urusan ejulz terutama urusan ke klinik dan urusan anak ke taska bermula tahun depan. Harapan yang keempat adalah berharap agar ejulz boleh aktif berblog di tahun depan. Kalau boleh tiap2 hari nak update entry dan bw. hehehe

Mohon semua doakan agar harapan ini dimakbulkan dan dipermudahkan. Insyaallah.




Tuesday 29 December 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

 Jom kita support GA sahabat blogger kita ni..

 

 

Tujuan ejulz join ni tak lain tak bukan untuk memeriahkan GA yang dianjurkan. Bukan senang nak menganjurkan sesebuah segmen/contest/GA ni. Nampak mudah tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Belum bab hadiah lagi, ada yang susah payah cari sponsor, ada juga yang menggunakan duit sendiri semata2 untuk memeriahkan dunia blogger ni. Ejulz tabik kepada anda yang selalu membuat contest/segmen/GA ni. Ejulz akan join jika berkesempatan. Ejulz minta maaf jika ada sahabat2 yang menganjurkan segmen/contest dan ejulz tidak sempat join. Kadang2 ejulz pun terlepas pandang. Lebih2 lagi masa tak aktif blog.


Jangan lupa join GA ni. Klik banner kat atas tu. Semoga ada rezeki kita semua.




Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

 


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Keputusan Giveaway by ejulz & faizzahamir

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua. Terlebih dahulu ejulz ingin memohon maaf kerana kurang aktif dengan blog sekarang ni. Insyaallah ada kelapangan ejulz akan aktif semula, selalu buat entry dan blogwalking di blog anda semua. Insyaallah.


Ok. Sekarang ejulz nak umumkan pemenang bagi GA yang ejulz buat pada awal Dis 2020 lepas. Sebanyak 27 penyertaan untuk kali ini. Ejulz ingin ucapkan terima kasih kepada yang sudi join GA ejulz kali ini. Terima kasih juga buat sponsor2 yang sudi sponsor untuk GA2 yang ejulz anjurkan. Semoga dengan GA, Contest dan Segmen sebegini dapat memeriahkan lagi media blogger.


Tanpa membuang masa, ejulz ingin umumkan pemenang untuk kali ini.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


 

Daripada 27 peserta, peserta no. 3 yang bertuah untuk kali ini. Siapakah peserta no.3? Jom kita tengok senarai peserta pada link di bawah.

SENARAI PESERTA

Sekali lagi ejulz ingin ucapkan terima kasih buat semua yang memeriahkan GA yang ejulz anjurkan. Insyaallah ada rezeki, akan ada lagi GA, Contest atau Segmen di masa akan datang. 

 Kepada pemenang boleh wasap ejulz ---> https://bit.ly/3aZeslO

 

 



Tuesday 15 December 2020

Giveaway by ejulz & faizzahamir



Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & faizzahamir

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & faizzahamir". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan faizzahamir;
4. Follow youtube ejulz dan faizzahamir;
5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 25 DISEMBER 2020


SENARAI PESERTA

 
TAMAT
 
 
 

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...