Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta. Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujur. Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata : "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak." Ada juga yang berkata : "Tidak ada kesempatan untuk mereka berjaya sebab menaranya terlalu tinggi". Katak-katak kecil mulai jatuh satu persatu kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak dan berkata : "Terlalu susah!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!". Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi ada satu yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tingg
http://ejulz.blogspot.com