Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Monday, 24 October 2011

Kecewa kekalahan pertama Manchester United..

Salam semua..

Malam tadi lepak kat mamak dgn kwn..  Rmh dh xde astro lagi.. Nak pasang rasanya x mampu sbb skrang ni duk sorang2 je.. bila dah duduk sorang2, sewa rumah pun byr sorang2 la.. huHu.. memang masak laa.. skang ni ejulz tgh crik org nak sewa bilik sewa.. utk lelaki bujang je k.. kalo pompuan bujang tu, ejulz kene fikir masak2 laa k.. :P kalo ada kawan2 yg nak crik bilik sewa kat area Putrajaya gtau k..

ehh, siap buat iklan bilik untuk disewa pulak.. heHe.. ok, mlm td tgk match Man Utd vs Man City.. kuat gak city ni.. huH! keputusan berkesudahan 6-1.. gara2 J.Evans kene buang padang, benteng pertahanan jadi goyah.. mudah sangat kene bolos.. adussshhh!.. Niat di hati nak tengok match ni kat rumah PM.. ye laa, kan PM ada invite frens fb n twitter ke kediamannya utk tgk match ni.. Ejulz pun ada gak g register.. skali xde jemputan.. saboo je laa.. :(

ape2 pun all the best Manchester United!!!

Wednesday, 19 October 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 8

Salam..

Lama dah x share word2 bahasa Sarawak dalam ni.. Last buat entry pasal bahasa Sarawak ni kalo x silap bulan Mac lepas.. lama tu.. heHe. Ok, kali ni ejulz nak share ayat ni:


Agak2 word mane yang korang x faham? heHe.. mesti laa 'POLAH' kan? huHu

oK, 'POLAH' sebenarnya bermaksud, BUAT..


simple kan bahasa Sarawak..? hehe..

ok, tu saje utk hari ni.. kalo nak tanya jgn segan2 k.. :)

Thursday, 13 October 2011

Sayangi dan didik anak2..


Ni gambar masa bday alysha yang ke-2.. Alysha ni anak pompuan bro_monday..

Malu plak rasanya bila dtg sorang2.. yang lain suma dtg dgn family.. ejulz sorang je sorang2.. heHe..

tq bro_monday di atas makanan yang sedap2.. :)

wpun majlis sebegini tidak diwajibkan, namun sebagai ibu bapa yg berkemampuan adalah digalakkan sebagai tanda kasih dan sayang kepada anak2.. Sebagai ibu bapa haruslah sentiasa ingat bahawa anak2 adalah anugerah Allah dan perlu dididik sebaik yang mungkin.. Anak2 ibarat kain yang putih. terpulanglah kepada ibu bapa nak mencorakkannya..

masih ingat lagi ejulz dgn kes bapa yg sanggup meliwat anak sendiri apabila tidak mendapat layanan drpd isteri yg sedang berpantang.. itulah akibatnya sekiranya tidak ditanam perasaan kasih dan sayang kepada anak2..

Wednesday, 5 October 2011

Mamat yang "BENGONG"

Malam tadi seperti minggu2 sblm ni, ejulz bersama kawan2 bermain futsal.. Selepas main PS3 kepunyaan encik Asrul (member rumah yang bakal ke gerbang perkahwinan minggu ni), ejulz dan member ejulz terus ke kompleks futsal.. kitorang naik motor je pun.. hehe.. sampai kat kompleks futsal ejulz pun check la henpon ejulz yang kian uzur ni.. heHe. ejulz tgk ada 2 miskol.. xtau no sape.. kebiasaannya mmg ejulz x layan no2 yg x dikenali ni.. tp mlm td tiba terasa nak call, takut family ejulz ada tuka no ke ape.. tiba2 dgr dia cakap macam main2 je.. sambil lewa.. bila ejulz dgr camtu ejulz pun letak la phone.. kompom bukan family ejulz.. kemudian dia call balik..

mamat BENGONG : apa pasal kamu telefon sama saya?!! (dengan nada marah)
ejulz : xde.. tadi saya tgk u ada call.. jadi saya call balik laa.. mungkin u salah nombor kot.
mamat BENGONG : mana ada saya call sama kamu!! kamu call sama saya!!

adehh.. masa ni Tuhan je tau perasaan ejulz.. kita cakap baik2, tiba2 dia marah kita pulak.. dah la x ngaku dia ada miskol.. adehh.. then,

ejulz : ok laa.. ok laa.. saya salah.. sory salah nombor..

last2, ejulz pulak yg mintak maaf.. ejulz sebenarnya malas nak layan org2 camni.. dah la x ngaku dia ada termiskol ke.. xpun check la dulu henpon tu mungkin ada org lain pinjam phone dia ke.. pastu nak marah2 orang adeh.. malas nak layan.. dah la ejulz nak main futsal.. kalo ejulz x ngalah mlm td x main futsal la jawabnya asyik bertekak.. haHa

Monday, 3 October 2011

Puasa sunat isnin dan khamis

Malam tadi tiba2 teringat zaman sekolah dulu2.. masa tu ejulz duk kat sekolah berasrama.. rindu masa sahur kat sekolah.. masa berbuka ramai2.. rindu sangat masa tu.. teringat ejulz satu masa tu.. lepas dengar ceramah sblm duduk SPM.. masa tu bulan puasa.. lepas dgr ceramah tu makin semangat bersukan pada waktu petang.. semua budak2 yang tengok kata ejulz ngan member2 ejulz gila main tgh bulan2 puasa.. tapi kitorang x heran pun diorang kata camtu.. masa sekolah dulu pun ejulz selalu amalkan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.. kitorang main pada waktu bulan puasa sebab penceramah tu kata "bila kita bersukan, baru la sihat.. bila sihat baru boleh study.." haHa.. teringat lagi kata2 tu.. kitorang pun salu jugak amal berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.. Nak cuba amal lagi la skang ni.. blh ke x blh tahan.. heHe.. dah lupe tentang puasa ni.. ejulz pun godek la kat google mlm tadi.. heHe.. baca laa utk perkongsian bersama..

Fadhilat puasa pada hari Isnin dan Khamis


 
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

 
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

 
Hari diwajibkan berpuasa
  • Puasa di bulan Ramadhan

 
Hari dimakruhkan berpuasa
  • Puasa Orang Yang Sakit Bersangatan
  • Puasa Orang Yang Sangat Tua
  • Puasa Wanita Yang Hamil
  • Puasa Orang Yang Musafir
  • Puasa Pada Hari 'Arafah Bagi Orang Yang Mengerjakan Haji
  • Puasa Pada Hari Sabtu Sahaja (Ditunggalkan)
  • Puasa Pada Hari Jumaat Sahaja (Ditunggalkan)
  • Puasa Asalnya Sunnat Dikerjakan Oleh Orang Yang Menanggung Puasa Qadha
  • Puasa Sepanjang Tahun (Sepanjang Masa)

 
Hari diharamkan berpuasa
  • Tanggal 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)
  • 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)Hari-Hari Tasyriq: 11, 12 Dan 13 Zulhijjah
  • Hari Syak Mungkin Hari Mula Berpuasa (30 Sya'aban)
  • Selepas 15 Sya'aban Jika Bukan Puasa Qadha Atau Nazar Atau Tiada Hubungan Dengan Puasa Pada Hari Sebelumnya, Atau Bukan Hari Yang Biasa Berpuasa
  • Puasa Sunnat Bagi Wanita Tanpa Izin Suami (Jika Suami Bermukim Yakni Tak Musafir Atau Berpergian Jauh)

 
Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm  

 

 
Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis

 
Soalan:
Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis boleh menghindarkan dari berbagai penyakit, boleh kah tuan guru jelaskan disini bagaimanakah niat puasa tersebut?
Mohd Isa , Keramat Wangsa

 
Jawapan:
Niat adalah sesuatu yang datang dari lubuk hati yang paling dalam. Memadailah kita memiliki hasrat di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara, maka itu merupakan niat. Namun kadang kala sesetengah orang lebih senang menegaskan niat yang ada di dalam hatinya itu dengan menyebutkan sekali lafaz niatnya. Jika dengan melafazkan niat tersebut lebih menyenangkan dan mengukuhkan lagi hasrat tadi maka lebih baik melafazkan niat setiap kali ingin memulai ibadah tertentu.

 
Lafaz niat puasa sunat sama dengan lafaz niat ibadah-ibadah yang lain. Jika ingin mengerjakan puasa sunat Isnin, memadailah dengan mengucapkan lafaz niat seperti ini: "Sahaja aku puasa sunat Isnin pada esok hari kerana Allah Taala".

 
DN 054 Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain (Ibadah Puasa)

 
Sumber : https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=85&Itemid=147#5

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...