Assalamualaikum n selamat pagi semua.. Waaa.. Dasyatttt betul tajuk berita kat atas tu.. heHe. Seorang pelanggan pusat refleksologi bersama tukang urut wanita warga Indonesia berusia 20-an berlari dengan hanya bertuala selepas premis urut terbabit terbakar petang semalam. Dalam kejadian kira2 jam 2 petang itu, pusat refleksologi itu yang beroperasi tanpa permit terbakar kira2 70 peratus dipercayai akibat letupan berpunca dari wayar elektrik yang bermula di bahagian dapur di tingkat sama. Saksi kejadian, seorang penjual kerongsang di kaki lima bangunan itu, Mokcik Umi Kalsom Mohd Noor, 50, berkata dia terkejut selepas ternampak kira-kira 15 orang termasuk seorang lelaki dan wanita yang hanya bertuala kelam-kabut berlari turun dari pusat refleksologi berkenaan. Menurut Mokcik Umi, pasangan itu mungkin berurut dan tidak sempat mengenakan pakaian mereka selepas bahagian dapur pusat itu terbakar. Waa,.. xkan laa kedua2 diorang pakai tuala.. secara logiknya yg diurut je pakai tuala kot.
http://ejulz.blogspot.com