"Lumrah kehidupan, tiada senja yang abadi dan tiada
malam yang tidak diakhiri terbitnya fajar. Setiap ujian pasti ada
penghujungnya."
Showing posts with label MotiVaSi. Show all posts
Showing posts with label MotiVaSi. Show all posts
Monday, 20 July 2026
Lumrah kehidupan
Monday, 13 July 2026
Fokus Pada Tanggungjawab Sendiri
"Orang yang benar-benar bekerja keras tidak sibuk menghitung kerja orang lain, tetapi fokus menyelesaikan tanggungjawabnya sendiri."
Wednesday, 5 February 2020
TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB tidak bermaksud memberi kemewahan tapi cukuplah sekiranya tahu erti tanggungjawab dan berusaha ke arahnya. Bukan hanya berpeluk tubuh menunggu 'rezeki' turun dari langit..
Wednesday, 27 March 2019
REZEKI lambat atau cepat
"REZEKI tak pernah datang LAMBAT ataupun CEPAT. Rezeki datang TEPAT pada masanya.."
**Semoga dimurahkan rezeki sahabat2 semua.. Amin
Tuesday, 19 March 2019
Kenangan Hanyalah Kenangan
"KENANGAN manis mahupun pahit sudah tidak bermakna apa-apa. Hanya sekadar untuk ingatan. Apa yang penting adalah MASA HADAPAN. Teruskan USAHA untuk mencapai KEJAYAAN.." - ejulz
***********************************************************************
Kenangan hanyalah kenangan. Kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Namun kita sudah tidak dapat mengubah kenangan silam. Apa yang dapat hanyalah belajar dari pengalaman tersebut.
Namun apa yang penting hari ini adalah mengorak langkah untuk meneruskan kehidupan dan memelihara 'amanah' yang diberikan hari ini. 'Amanah' yang akan dijaga hingga akhir hayat. Semoga 'amanah' yang ejulz jaga akan sentiasa terpelihara walaupun dengan serba kekurangan dan dalam kesederhanaan. Ejulz berharap 'amanah' yang dijaga akan bahagia hingga akhir hayat.
"Tiada yang lebih bermakna selain melihat orang kita sayang bahagia disamping kita"
Tuesday, 12 March 2019
Susah atau Senang. Lebih baik Sederhana.
"Kesusahan hari ini tidak bererti kita tidak boleh hidup senang pada masa hadapan. Kesenangan hari ini tidak menjamin kita tidak akan hidup susah di masa hadapan. Belajarlah hidup dalam kesederhanaan.."
Hidup mewah macam mana pun takkan rasa cukup kalau tidak ada rasa SYUKUR..
Hidup susah macam mana pun akan rasa cukup kalau ada rasa SYUKUR..
Monday, 11 March 2019
Rahsia Kejayaan
"Kejayaan #sebenarnya diri kita pada hari ini adalah berkat doa Ibu & Ayah. Ibu & Ayah kita je yang tak putus-putus nak melihat kita berjaya. Ucapkan "Terima Kasih Ibu & Ayah.."
Papa doakan Insyirah berjaya di dunia & akhirat. Amin..
Wednesday, 6 March 2019
Beranikah kita melakukan PERUBAHAN???
"Jangan takut untuk melakukan perubahan. Kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang baik, tapi pasti akan mendapat hasil yang lebih baik.."
Kita biasanya terlalu selesa dengan cara kehidupan kita pada hari ini. Padahal kita mampu untuk membuat yang lebih baik. Untuk membuat yang lebih baik, kita perlu melakukan perubahan. Berani berubah, Insyaallah kehidupan lebih baik. Berubah ke arah yang lebih baik tau.. Bukan sebaliknya.. ^_^
Wednesday, 30 January 2019
Tuesday, 29 January 2019
Persekitaran Kerja Yang Positif
Semestinya sebagai seorang pekerja kita perlukan persekitaran kerja yang positif. Tidak kiralah apa pun pekerjaan kita, persekitaran kerja yang positif amat diperlukan. Bagaimana persekitaran kerja yang positif? Dan bagaimana pula persekitaran kerja yang negatif?
Persekitaran Kerja Yang Positif
1. Bos yang baik
Bos yang baik bukan sahaja baik dari tutur katanya. Tapi termasuk juga bos yang memahami permasalahan pegawai bawahannya. Dan pandai mengagihkan kerja kepada pegawai bawahan dengan adil dan saksama.
2. Rakan sekerja yang baik
Rakan sekerja juga menyumbang faktor persekitaran kerja yang positif. Kita memerlukan rakan sekerja yang boleh dibawa bekerjasama. Jika kita ada masalah mereka boleh tolong. Dan sekiranya mereka mempunyai masalah kita juga boleh tolong mereka.
3. Persekitaran kerja yang bersih
Persekitaran kerja yang bersih juga amat penting bagi kita semua. Sekiranya tempat kerja kita bersih dan selesa, motivasi kerja pun meningkat.
4. Kelengkapan mencukupi
Dengan adanya kelengkapan kerja yang mencukupi, kerja boleh dilaksanakan dan disiapkan dengan cepat. Bos pun suka kalau kerja dapat disiapkan dengan cepat. Betul tak?
Persekitaran Kerja Yang Negatif
1. Bos yang tidak adil
Bos yang tidak adil? Agak-agak korang mesti tahu macam mana bos jenis macam ni. Bos yang 'pilih bulu'. Si 'A' dia bagi banyak kerja tapi tak pernah dapat penghargaan. Si 'B' pula yang ada kaitan persaudaraan kalau kerap tak ada di pejabat pula dia senyapkan sahaja. Bos macam ni memang menyakitkan hati.
2. Rakan sekerja 'pengular'
Kalau jumpa rakan sekerja yang 'kaki ular' ni memang menyakitkan hati. Mana tidaknya, kalau dia tidak ada di pejabat, bos pula jenis yang tidak adil, kitalah yang terpaksa membuat kerja dia yang selalu menghilangkan diri di pejabat.
3. Persekitaran kerja yang tidak sihat
Contoh persekitaran kerja yang tidak sihat adalah pejabat yang bebas merokok. Sangat menyakitkan bagi mereka yang tidak merokok. Nak bernafas pun susah, macam mana nak bekerja dengan keadaan sebegini?
4. Kelengkapan tidak mencukupi
Ini satu lagi masalah yang sukar untuk diatasi. Kalau kelengkapan pejabat tidak mencukupi, kerja pun susah nak disiapkan. Sebagai contoh komputer tidak disediakan. Jadi terpaksalah menunggu pegawai lain siapkan kerja mereka dahulu. Kalau tak ada bekalan ink printer lain pula masalahnya. Terpaksa guna kewangan sendiri. Bila dah menggunakan kewangan sendiri ni lagilah menambahkan rasa tekanan pada pekerja.
5. Ada kroni @ geng2 bawang
Kroni @ geng2 bawang ni sememangnya amat berleluasa sekarang ni. Bukan sahaja makcik2, pakcik2 bawang pun wujud sekarang ni. Sebagai contoh, Si 'A' bukan kroni dan si 'B' adalah kroni geng2 bawang. Sekiranya si 'A' buat sedikit kesilapan, kecoh satu pejabat. Sekiranya si 'B' pula buat satu kesalahan yang besar, disenyapkan sahaja. Memang menyakitkan lebih2 lagi kalau bos masuk dalam kroni ni.
Wednesday, 16 January 2019
Wednesday, 9 January 2019
Wednesday, 2 January 2019
Jagalah kedua ibu bapa
"Kalau dahulu ibu bapa bersusah payah memberi segalanya kepada kita, sesudah dewasa jagalah mereka.."
Masihkah kita ingat?
Masihkah kita ingat sewaktu kita dilahirkan, siapakah insan yang paling gembira di muka bumi ini? Ibu dan bapa kita.
Masihkah kita ingat, siapa yang memerah keringat untuk menyediakan keperluan harian kita dari kecil lagi? Sedia susu, pampers, pakaian, makan minum, pendidikan dan lain2 lagi.. Ibu dan bapa kita.
Masihkah kita ingat, siapa yang selalu ada semasa senang dan susah kita? Ibu dan bapa kita.
Hari ini kita telah dewasa. Sudah masa kita bekerja dan membantu mereka. Meringankan beban dan keringat yang pernah mereka sumbangkan untuk membesarkan kita. Namun ada lagi yang masih mengharapkan WANG RINGGIT dari orang tuanya. Malah lebih memalukan mengharapkan orang tuanya untuk memberi nafkah kepada anak mereka.
Ejulz tahu bukan senang nak mencari kerja sekarang ni. Lebih2 lagi orang seperti ejulz yang tidak berpelajaran tinggi. Tapi bagi ejulz itu bukan satu alasan untuk kita duduk goyang kaki di rumah dan mengharapkan wang ringgit orang tua kita. Kesian.. Dah lama mereka menyara kita hinggalah kita habis sekolah. Dah berkahwin dan beranak pinak pun takkan la masih nak mengharapkan mereka.
Kalau tidak mampu memberi kemewahan kepada mereka, cukuplah dengan tidak menyusahkan mereka lagi. Berbelanjalah ikut kemampuan.. Yang mampu bekerja, bekerjalah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak2.. Janganlah kerja 2 hari lepastu berhenti.. Dapat kerja lain lagi 2 hari lepastu berhenti..
#Peringatan buat ejulz sendiri
Masihkah kita ingat, siapa yang selalu ada semasa senang dan susah kita? Ibu dan bapa kita.
Hari ini kita telah dewasa. Sudah masa kita bekerja dan membantu mereka. Meringankan beban dan keringat yang pernah mereka sumbangkan untuk membesarkan kita. Namun ada lagi yang masih mengharapkan WANG RINGGIT dari orang tuanya. Malah lebih memalukan mengharapkan orang tuanya untuk memberi nafkah kepada anak mereka.
Ejulz tahu bukan senang nak mencari kerja sekarang ni. Lebih2 lagi orang seperti ejulz yang tidak berpelajaran tinggi. Tapi bagi ejulz itu bukan satu alasan untuk kita duduk goyang kaki di rumah dan mengharapkan wang ringgit orang tua kita. Kesian.. Dah lama mereka menyara kita hinggalah kita habis sekolah. Dah berkahwin dan beranak pinak pun takkan la masih nak mengharapkan mereka.
Kalau tidak mampu memberi kemewahan kepada mereka, cukuplah dengan tidak menyusahkan mereka lagi. Berbelanjalah ikut kemampuan.. Yang mampu bekerja, bekerjalah untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak2.. Janganlah kerja 2 hari lepastu berhenti.. Dapat kerja lain lagi 2 hari lepastu berhenti..
#Peringatan buat ejulz sendiri
**Gambar dari sumber GOOGLE.. Tiada kena mengena dengan artikel ini.. Hanya untuk menunjukkan pengorbanan seorang ayah dan kasih anak kepada ibunya..
Wednesday, 26 December 2018
Wednesday, 19 December 2018
KENANGAN & MASA HADAPAN
"KENANGAN memang sukar untuk dilupakan, tapi yang lebih penting adalah MASA HADAPAN.."
Like page ---> Ketawa Bersama, Menangis Bersama
Wednesday, 24 October 2018
HORMATI, JAGA DAN DOAKAN
"Hidup ini hanya sementara. HORMATI dan JAGALAH kedua ibu bapa kita. DOAKAN kesejahteraan mereka. Bukankah kita juga mengharapkan anak-anak kita juga akan menghormati, menjaga dan sentiasa mendoakan kita suatu hari nanti..?"
Jasa ibu bapa sememangnya takkan dapat dibalas sampai hujung nyawa kita. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa marilah kita sama-sama menjaga mereka sebaik mungkin sepertimana mereka menjaga kita dengan belaian kasih sayang. Bagi yang telah ditinggalkan kedua ibu bapa, berdoalah untuk mereka kerana doa anak yang soleh/solehah adalah HARTA yang paling bermakna buat mereka di 'sana'..
Wednesday, 10 October 2018
Kaitan BAHAGIA dan SYUKUR
"Rahsia KEBAHAGIAAN adalah hadapi kehidupan dengan penuh rasa SYUKUR.."
Di dunia ini kita dilahirkan dari latar belakang kehidupan yang berbeza. Ada yang dilahirkan dari keluarga yang berada atau mewah. Ada yang dilahirkan dari keluarga yang serba kekurangan. Ada yang dilahirkan sihat. Ada juga yang dilahirkan kurang sihat. Ada yang dilahirkan dan mendapat belaian kasih sayang yang secukupnya, ada juga yang tidak.
Ada yang kaya tapi tak rasa bahagia..
Ada yang sihat tapi tak rasa bahagia..
Ada yang dah ada isteri/suami yang cantik/tampan tapi tak rasa bahagia..
Ada yang dah ada anak-anak yang comel tapi tak rasa bahagia..
Sebab apa? Sebab tak ada rasa SYUKUR..
Bila ada rasa syukur,
hidup miskin pun akan rasa bahagia..
tidak sihat pun akan rasa bahagia.. (penyakit penghapus dosa)
Ada pasangan rasa bahagia.. (menjadi pelengkap hidup. tidak mencari yang lain)
Ada anak-anak comel rasa bahagia. Inilah harta untuk kehidupan di 'sana' nanti.. (doa anak-anak soleh/solehah)
**Insyaallah, jom kita nikmati kehidupan kita hari ini dengan penuh rasa SYUKUR.. ^_^
Wednesday, 26 September 2018
KEKUATAN vs SEMANGAT
"KEKUATAN tidak datang dari fizikal yang gagah, tetapi ia datang dari SEMANGAT yang tidak kenal erti mengalah.."
Wednesday, 19 September 2018
AMANAH
"Jangan sesekali memandang rendah pada AMANAH yang diberikan. Sesungguhnya AMANAH adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul.."
Sebagai contoh, ketua kita memberi amanah supaya tidak mendedahkan password emel beliau kepada orang lain. Sekiranya rakan sekerja meminta password berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak mendedahkannya melainkan dengan arahan ketua kita sendiri.
Ejulz rasa ini adalah perkara yang perlu difahami oleh semua orang. Namun ada juga yang masih tidak memahami perkara yang semudah ini.
Back to basic.. Sekecil mana pun amanah yang diberikan harus dijaga dengan sebaiknya.. Letakkan diri pada orang yang diberikan amanah.. Barulah kita faham situasi berkenaan..
Wednesday, 12 September 2018
TUA vs MUDA
Tiada yang TUA, tiada juga yang muda.
Umur mematangkan kita. Mungkin masa kecil2 dulu, apabila dimarahi orang tua kita akan berfikir mereka tidak sayangkan kita. Berbeza bila usia semakin meningkat dewasa, barulah kita tahu mereka marah sebab mereka menyayangi kita.
Hormatilah orang yang lebih tua daripada kita terutamanya kedua ibu bapa kita. Insyaallah jika kita menghormati orang yang lebih dewasa daripada kita, kita juga akan dihormati oleh mereka yang lebih muda daripada kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kenapa macam x dapat komen?
Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?
-
Kali ini ejulz nak buat satu segmen bertajuk “SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja Partime Dari EJULZ” Tujuan utama ejulz mengadakan se...
-
Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & wafacw 1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja; 2. Buat satu entri bertajuk ...
-
Sejarah 2008 berulang?!! ape yg berulang? heHe.. xde apa pun, cuma ejulz arini sampai ofis seawal 7.15 pagi.. Kalau dulu2 (2008) memang dah ...


















