Sunday 30 January 2011

Hujan Oh Hujan!!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? lama x dengar cerita.. 3 hari ejulz x bukak blog. Bz sangat2.. x penah pulak bz sampai macam ni.. sekarang ni pun tgh pinjam pc libry buat entry ni.. heHe.

Ejulz baru je lepas kelas tadi.. nak balik terus hujan la pulak.. tu menggatal tangan pergi libry update "Kampung Kameq" ni.. heHe..

Hari ni ada kelas PAD190 n BEL311.. Lecturer PAD best sgt2. Nama dia dirahsiakan.. mungkin boleh panggil Mr.W kot.. heHe. dia ajar mudah nak faham laa. mana xnyer, dia papar slide then terangkan dlm bahasa melayu.. siap bagi contoh lagi.. heHe.. ai likez!! heHe

Masuk kelas BEL pulak.. ALAMAK!! muka lecturer memang la comey tapi strict sgt.. Nama dia pun dirahsiakan.. Panggil Miss D je laa ek..  Dia suruh kitorang budak kelas ni panggil dia miss je.. Padahal dia dah kawin.. xnak nampak tua katanya.. heHe. Ape2 je la, janji exam ejulz lulus. heHe. Dia suruh kitorang buat term paper. Payah sungguh nak carik tajuk yg dia suka ni.. Ejulz dah buat, tapi kene reject dah tadi.. huHu. Padan muka ko ejulz!! heHe.. marah diri sendiri pulak..

Erm.. ok la.. Ejulz rasa nak redah je hujan ni.. kalau nak tunggu berenti ntah sampai pagi esok kot.. Terpaksalah meredah dengan motor LC kesayangan ejulz tu.. k, bye. Salam.

Wednesday 26 January 2011

KEJORA DAN BINTANG.. LAYAN KE X?

Waaa... Kejora dan bintang. Bes ke x?


sebelum ni layan gak cerita-cerita Indon ni.. sebelum ni layan cerita Bukan Milikku, Cinta Kirana, Benci Bilang Cinta n banyak lagi la.. sebelum tu suka jugak tengok cerita Assalamualaikum Cinta.. entah tahun bila cerita tu dulu. Sebenarnya malas nak tengok sinetron ni lagi. Tapi bila dah xde ape nak ditengok petang tadi, layan jugak la cerita Kejora dan Bintang. Sekali tengok macam best la pulak.. heHe..


10 Gangguan syaitan ketika solat

Antara gangguan itu adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang menganggu tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.



Tuesday 25 January 2011

::coNteSt kaMi pOsE cuMey::

Arini dah 25/01/2011 ke? terlupa pulak ejulz dgn contest yg bro_monday tag aritu..

ni contest dari Amni. Nak tau terjah je blog dia k..


gambar yang ejulz nak pertaruhkan:
-
-
-
-

teng tetenggggg:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

comel ke budak kaca mata tu? haHa

yang pasti,gambar kat bawah ni memang comel.. heHe

-


comel kan?

kalau nak ikutkan syarat2 tu memang ejulz x boleh menang laa.. hiHi.. seBab gambar budak kaca mata tu x comel pun.. haHahaHa

kenapa nak join contest ni? saje nak tunjuk anak2 buah ku yang comey.. heHe

kali ni nak tag:


semua yg comel2 ejulz tag ni.. heHe

Monday 24 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 5

Assalamualaikum..

hYe kengKawan.. apa kabar semua? lama x buat entry "Mari belajar bahasa Sarawak"..

ok, arini ejulz nak kongsi word "LAWA".. lawa dalam bahasa sarawak x sama dgn maksud lawa yg selalu kita gunakan.. yg kita tahu lawa bermaksud cantik, hensem, dll.. tapi dalam bahasa sarawak lain maksudnya.. hiHi


Dalam bahasa sarawak LAWA bermaksud SOMBONG, BERLAGAK dan perkataan2 lain yang sama waktu dengannya.. hiHi..

terjemahan ayat yg digunakan oleh si baju kuning kat atas:

"lawa biak ompuan ya eh!"
=
"sombongnya/berlagaknya budak perempuan tu!"

Jadi, kal0 ade terdengar org gune word "lawa" tu jangan la perasan lebih ek.. hiHi

sekian sahaja sesi pembelajaran kita arini.. heHe

p/s: kal0 ade nak tanya, tanya je k.. insyaallah ejulz boleh ajar.. bahasa sarawak je laa.. kal0 bahasa omputih tu, ejulz xleh laa.. hiHi

Saturday 22 January 2011

Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat


Assalamualaikum,

hYe freNz,

tHankz to bro_monday n adikMiera coZ sudi tag ejulz..

kali ni nak join segmen JT..

1. Buat entri bertajuk "Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat".
[doNe]

2. Letak header blog Jejaka Terhangat.
[doNe...]

3. Linkkan kepada entri ni.
[doNe...]

4. Letakkan blog Jejaka Terhangat ke dalam bloglist blog korang.
[doNe...]

5. Kat entri tersebut, bagi 2 point yang special pasal blog korang dan,
[ape yg special pasal "KaMPuNg KaMeQ"? ejulz pun xtau ape yg special kat KK ni.. korang nilai laa sendiri ek.. ejulz buat KK ni bertujuan utk kongsi ape2 maklumat. xKisah laa tips ke, isu semasa ke, info ilmiah ke, macam2 lagi laa...][doNe..]

6. 2 point yang best pasal blog Jejaka Terhangat.
[ape yg hangat pasal blog bro JT? blog ni sangat hangat..sehangat2 badan ejulz yg lepas pegi gym ni, hangat lagi blog bro JT.. haHa...n antara entry yg panas lam blog bro JT adalah "Kenapa Aku Terketar Bila Tengok Perempuan Seksi?"haHa...('',)][doNe..]

7. Tag 2 orang bloggers yang berminat nak masuk bloglist Jejaka Terhangat (pastikan diorang tau).

8. Lastly, letakkan link entri ni kat entry bro JT.
[klik banner kat atas k..][doNe..]

Friday 14 January 2011

Cara pakai sandal (kasut) dengan betul

ade org kate kal0 tgh xde idea jgn buat entri.. ejulz memang tgh ketandusan idea ni.. 2 hari dah x menconteng "kampung kameq" nih.. heHe

arini ejulz nak share ape yg ejulz dah update kat blog biro agama..

cara memakai sandal (kasut)


hadis berkenaan menerangkan tatacara hidup Rasulullah s.a.w yang boleh dijadikan ikutan dan teladan..

selaku ketua biro agama, memang ejulz rasa x layak.. dah la ilmu agama ejulz ni cetek sangat.. ilmu belum penuh di dada.. tapi disebabkan amanah yang telah diberikan kepada ejulz, ejulz cuba buat yg terbaik.. wpun nampak senang tapi nak buat sesuatu program tu bukan mudah.. harap2 idea datang malam ni, sebab nak buat aktiviti untuk biro agama..

x sabar nak tunggu AGM tahun 2011 bulan 6 nanti.. nak bersara laa pegang biro agama ni .. x larat laa..

Wednesday 12 January 2011

KISAH BENAR: ANAK2 AKHIR ZAMAN!

Salam Ramadhan,sekali lagi dihidangkan kisah benar kepada kawan-kawan, diharap ibu bapa khususnya mencorak anak sebaik-baiknya.ingatlah tiada yang mustahil diakhir zaman ini dan jadilah cerita benar ini sebagai pengajaran hidup bagi yang belum berkahwin ataupun yang sudah berkahwin,sesungguhnya anak itu adalah rezeki dan permata hidup sebuah keluarga,didiklah dengan didikan agama yang sempurna.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu "(Luqman:14)

MUJIB (bukan nama sebenar) semakin gusar. Anak gadisnya, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa Mujib menghentikannya daripada sekolah. Puas dia menegur dan memarahi anaknya itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerjanya memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.

Walaupun jauh di sudut hatinya Mujib tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi dia sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.

Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, Mujib mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadisnya itu.

Dia akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isterinya, Mujib tercium bau wangi. Ketika itu dia melihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi berpesta.

Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak keluar berjalan-jalan bersama teman lelakinya.

Apalagi mengamuksakanlah Mujib!

Dimakinya Julie semahu-mahunya.

Nasib baiklah isterinya cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung Mujib.

"Sejak itulah dia memasang dendam terhadap saya,'' kata Mujib kepada penulis.

Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.

Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya. Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.

Pun begitu Mujib dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu Mujib hanya tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.

Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.

Tiba-tiba Mujib terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

"Abah, masuk kejap dalam bilik,'' kata Julie.

Mujib yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.

Alangkah terperanjat Mujib sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuannya itu hanya memakai coli dan seluar ketat berwarna hitam.

Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.

Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.

"Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman saya ketika itu terlalu lemah, saya tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

Yang menghairankan saya, sewaktu tengah `bersama' tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang saya sudah jauh terpesong.

"Saya yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian saya.

Dalam erti kata lain "kejadian" itu berlaku tidak sampai tiga minit,'' katanya.

Menurut Mujib, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan' yang terhenti itu disambung semula.

Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.

Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.

"Akhirnya baru saya tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan saya, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya."

"Julie yang memang berdendam dengan saya merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.

Pun begitu saya yang paling bersalah dalam hal ini, saya sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,'' kata Mujib.

Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan. Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimana pun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.

Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.

"Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi."

"Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri."

Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata:

"Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai...saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.


p/s sama-sama kita renungkan

SUMBER: EMEL


Tuesday 11 January 2011

Diari Kesyukuran???

Diari kesyukuran?? ape tu? yang ejulz tahu diari harian. xKisah laa diari sendiri ke diari bos.. almaklumlah jadi PA ni kene rapat ngan diari bos.. ape yg bos buat semua catat..  bengkel? kursus? perbincangan?meeting situ? meeting sini? cuti pun catat jugak.. haHa. tapi kal0 nak buat diari sendiri tu berat sikit laa.. almaklum laa ejulz ni pun bukan rajin sangat.. dulu2 ade laa buat diari bajet harian.. berkesan? memang berkesan ejulz cakap kat k0rang.. korang boleh berjimat dan kontrol perbelanjaan harian korang.. bila dah catat hari2 tu korang boleh agak berapa jumlah belanja sehari.. bila rasa harini dah terlebih gune, esok cuba kurangkan.. camtu la cara ejulz dulu.. dah lama x amalkan.. ni nak amalkan balik laa.. bende baik bagus diamal. betul x?

tapi bukan diari bajet yg ejulz  nak share kat sini.. ejulz nak kongsi diari kesyukuran yg ejulz baca kat iMotivasi.. di situ empunya iMotivasi kongsi 4 langkah bagaimana membina diari kesyukuran.

salah satu langkah die adalah.:

 Tulis 100 perkara yang Anda syukuri hari ini. untuk permulaan hari pertama 10 perkara. Hari kedua 20 perkara.

ejulz syukur sangat hari ni;
- diberi peluang hidup di muka bumi Allah ini lepas dimatikan sementara aka tido..
- selamat. hampir2 nak excident dgn bas kat Sg. Besi..
- dapat sarapan makanan makcik thai.. maksud ejulz x kebulur laa.. hiHi
- dapat menang main carrom masa rehat tadi..
- dapat bos yang baik hati.. wpun org kata dia garang.. tapi ngn ejulz dia xpenah marah..
- sebab x dapat panggilan "panas" arini.. heHe

lepas kita catat, cuba kita hayati setiap patah perkataan yg ditulis.. mungkin dgn cara ni akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah s.w.t dan mensyukuri nikmat yg Dia berikan.. insyaallah..

lain2 tu rajin2 la baca iMotivasi k..



salam, dari ejulz..  

Monday 10 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 4

hye kengkawan..

assalamualaikum...


"JANGAN"

cuba k0rang teka "Jangan" dalam bahasa sarawak ape?
-
-
-
-
-
-
tettttttt..
masa dah tamat.. huHu

ok, "Jangan" dalam bahasa sarawak adalah "Iboh"


ejulz bagi contoh ayat:

contoh 1;

"Jangan bising dalam kelas"[Bahasa Melayu Baku]
"Iboh bisin dalam kelas"[Bahasa Melayu Sarawak]


contoh 2;



"Jangan makan nasi basi tu"[Bahasa Melayu Baku]
"Iboh makan nasik basik ya"[Bahasa Melayu Sarawak]

p/s: harap2 k0rang faham ek.. kal0 x faham iboh malu2 tanye k.. :)

Contest Jelingan Manja..

thankz miera coz tag ejulz..



apa syarat die?? baca nih..
1. Buat entri pasal contest nie. copy je tajuk kat atas. ( done! )

2. Follow blog cikBulan.Kalo rajin follow blog nie sekali PrettyLensStore. ( done! )

3. Copy banner kat atas tue sekali dengan backlink. ( done! )

4. Gambar contest anda. ikut tajuk tema ok? tp ejulz pun xtau laa ejulz ikut tema ke x.. heeheee. ( done! )

5.Gambar sendiri,i mean owner blog yg bertanding.Tak mo gambo orang lain. Tak kisah seorang or beramai-ramai. ( done! )

6.Sila tag kawan2 anda tak kisah la berape orang pun. Atleast seorang. ( done! )

7.Komen entri nie sekali dengan link korang. ( done! )



Ok, dibawah nih adalah gambar yang ejulz pertaruhkan. haHaa~!!

dah macam auuuuuuwwwwwwwwww!! haHa.. adey..
xtau la tu jelingan manje ke jelingan x puas ati.. haHa


ok, ejulz nak tag:




aNdai ku turut rasa haTi..

andai ku turut rasa hati..
telah jauh ku bawa diri
tapi kemaafan ku lahir dari hati
mengatasi..
SEJARAH MUNGKIN BERULANG..

haHa.. teringat zaman femes rambut belah tengah dulu2..
kal0 nak ikutkan rasa hati memang nak balik masa sekolah2 dlu.. x banyak yg nak kene pikir..  memang rutin harian, bangun pagi terus mandi.. pas mandi g surau semayang subuh.. pas subuh g sarapan.. pas sarapan balik hostel jap kemas barang sekolah.. pastu g sekolah.. pas abis sekolah g surau, semayang zohor..pastu balik hostel ambik "trey"(bekas untuk ambik makanan.. ejaan ntah btul ke tak.. lupe plak ejulz.. hehe) then, terus g makan tengahari.. pas makan tengahari balik hostel mandi n cuci baju.. lepas abis cuci baju rehat kejap.. tido la.. zzZZZ.. heHe.. lepas zzZZZ.. badan yg rasa lemau2 tu dipaksa pegi study petang.. waaa.. memang lemau la jawabnye.. heHe.. lepas study petang g surau semayang asar.. pas asar ni laa yang paling best.. masa riadah.. ape g, ejulz sebagai exco majlis perwakilan pelajar biro sukan menjalankan tugas untuk memastikan ajk biro mengagihkan alatan sukan yang hendak dipinjam.. macam2 la ada.. congkak, carrom, bola sepak, bola tampar, bola jaring, bola takraw dan macam2 lagi jenis bola laa..  x terkecuali permainan chest @ catur.. basikal pun ade.. tapi kene bayar laa.. heHe.. penat jugak ejulz masa tu.. urus peralatan sukan.. nak handle pertandingan lagi.. antara pertandingan yg ejulz n ahli biro sukan pernah buat adalah pertandingan layang-layang dan pertandingan bola sepak antara blok asrama.. memang best la bila di kenang kisah2 lepas.. heHe..
lepas riadah balik hostel mandi manda untuk ke surau maghrib berjemaah.. sebelum tu makan petang dulu..lepas maghrib dengar tazkirah dari ustaz.. then, lepas Isya' pegi study malam.. lepas study malam balik hostel menidurkan diri.. tapi sebelum tido tu g makan malam dulu laa.. hiHi.. roti pun roti laa.. heHe

memang banyak kenangan yg best2.. rasa nak balik zaman dulu2.. x payah pikir banyak benda.. pegi sekolah buat aktiviti harian n dapat duit poket dari bapak.. sekarang nak pikir makan free? jangan harap laa.. nak pikir dapat duit poket senang2 je? jgn harap laa.. kene keje baru dpt duit.. banyak lagi laa beza dulu dgn sekarang..


WAAA!! NAK BALIK ZAMAN DULU2.. HUAAAA!!!

p/s: nasihat buat adik2.. jadikan kehidupan sebagai pelajar adik2 bermakna utk dijadikan kenangan & ingatan.. :)

Sunday 9 January 2011

PENTING!! UNTUK FOLLOWER EJULZ..

hAA! ejulz ada hal penting nak bagitau kengkawan ejulz ni..
bukan ape, ejulz suke nak follow n bw follower ejulz.. tp kebanyakannya diorang punya profile xde link nak pegi ke blog diorang.. mungkin ramai dah tau cara nak settingkan link tu kat profile kot.. tapi ejulz nak share jugak mungkin ade yang xtau lagi.. sebab ejulz pun baru tau dari bro_monday..

ejulz biasanya buka blog follower melalui list follower

klik follower dari dashboard

tunjuk senarai follower

sekiranya ada link macam kat atas ok.. mudah ejulz nak terjah blog

tapi kalo camni, xde link susah ejulz nak terjah..

so, ejulz nak share cara2 nak menampakkan link kat profil macam gambar no.3 kat atas.. heHe

first, follow mana2 blogger..

sebelum tekan follow, klik "more option"..

lepas tu akan keluar paparan "add link/remove link".. klik add link

last sekali letakkan url dan maklumat berkenaan

p/s: harap kengkawan semua boleh setting camtu ek.. boleh la ejulz selalu bw.. :)

0O.. Just 4 sHaring. sHaring is Luving..O0



Saturday 8 January 2011

Mama Cyda 1st GiveAway

thankz to bro_monday 4 GA dari mama CyDa...


SYARAT²
1. Terbuka kepada semua blogger yg berada di Malaysia sahaja dan mesti jadik follower Mama.
2. Buat entry bertajuk "Mama Cyda 1st GiveAway". Letakkan gambar kat atas tu dan jangan lupa letak sekali kat Side Bar dan link kan ke entry ini.
3. Letak link blog ini kat BlogList korang. Bukan apa, senang nak update apa2 nanti.
4. Tag tiga orang (lebih pun takpe) dan pastikan inform orang yang ditag itu.
5. Last sekali tinggalkan link korang kat komen ye.



so, dengan senang hati ejulz tag :-


Domain dan Hosting percuma daripada Mrnamie.com dan Weirdobytes


makseh beewhiteroses. menarik contest towk.. heHe

nak join? jom terjah blog MrNamie


hadiah menarik:

Tempat pertama
(Pakej3) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
2Gb webspace
20Gb bandwidth
Unlimited addon domains
Pengiklanan secara percuma di mrnamie.com dan semuabest.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM115

Tempat ke-2
(Pakej2) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
500mb webspace
5Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
Pengiklanan percuma di mrnamie.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM85

Tempat ke-3
(Pakej1) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
200mb webspace
2Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
kesemuanya bernilai RM55
 
insan bertuah yg bakal menang:

Thursday 6 January 2011

"GiveAway EdY : Awak Busuk!"

tHankz to anys 4 thiz GA.. :)


GiveAway ni dari blog The Beauty In Ugly...

nak tau syarat lebih lanjut hentak banner kat atas tu k..


Kalau nak tahu hadiah untuk "GiveAway Edy : Awak Busuk!" boleh click sini : HADIAH GIVEAWAY

nak tag:


Mari belajar bahasa Sarawak -Part 3

hye frenz,

assalamualaikum..

arini ejulz ada word bahasa sarawak utk k0rang smua..


arini ejulz nak share perkataan "tengok" dalam bahasa melayu sarawak..

tengok dalam bahasa melayu sarawak adalah "Diat"..

contoh ayat:

"Cuba awak tengok kat sane" [Bahasa Melayu Baku]
"Coba kitak diat sinun" [Bahasa Melayu Sarawak]

*kitak = awak
*sinun = sane

cukuplah untuk arini.. heHe

p/s: kal0 ade sebarang pertanyaan, tanya kat komen entry ni ek.. :)

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...