Saturday 29 August 2020

Cuzzy teman bermain teman bergaduh

 


Bila balik kampung inilah teman bermain dan dan teman bergaduh 🤣🤣🤣

Wednesday 26 August 2020

Preloved Giveaway by Raydah

 

 

Kali ini ejulz nak join & support giveaway dari sahabat blogger Raydah. 

Syaratnya mudah je.

Blog, FB Page, IG & Youtube dah lama follow n subscribe cuma twitter baru follow.

 Apa yang membuatkan ejulz selalu ke blog Raydah?

1. Support sahabat blogger

2. Tanda terima kasih sebab selalu singgah & komen di blog ejulz

3. Perkongsian yang menarik

 

Kalau nak join, klik banner kat atas tu k. :)

 

 



Keputusan Giveaway by ejulz & shirven

Sekali lagi cubaan untuk buat cabutan pemenang secara live di Instagram gagal.

 


Ejulz mohon maaf sangat2 k. Sekali lagi nak buat cabutan pemenang secara live tak menjadi. Senarai pemenang dah print & siap gunting, tapi masa nak live je tak kesampaian. Maaf banyak2 k. Jadi untuk pemilihan pemenang masih menggunakan random.org k. Insyaallah kalau ada kesempatan next giveaway akan buat cabutan pemenang secara live. Insyaallah.


Pemenang untuk giveaway by ejulz & shirven dimenangi oleh peserta nombor,

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

 

 SENARAI PESERTA

Tahniah ejulz ucapkan kepada pemenang yang bertuah. Terima kasih kepada semua sahabat2 blogger yang sudi memeriahkan giveaway kali ini. Insyaallah ada rezeki ejulz akan buat lagi giveaway untuk sahabat2 semua.


Kepada pemenang boleh wasap ejulz untuk tuntut hadiah k.


Wasap - https://bit.ly/3aZeslO




 


Wednesday 19 August 2020

Maaf cabutan pemenang lewat sedikit

Alhamdulillah seramai 32 penyertaan untuk Giveaway by ejulz & shirven. Terima kasih buat semua yang sudi join. Tanpa anda sahabat2 blogger ejulz, blog ni x bermakna.. cewaahhhhh.. hehe. Kepada yang tak sempat join, Insyaallah awal bulan September ejulz akan buat satu lagi giveaway. Join ramai2 nanti k. Mana tahu tiba rezeki anda pula.

Untuk cabutan pemenang kali ni, ejulz nak minta maaf sebab terlewat sedikit. Sibuk sikit minggu lepas dan minggu ni. Ada macam2 program. Insyaallah kalau xda aral melintang, kali ni ejulz nak buat cabutan pemenang secara live di Instagram. GA yang lepas hajat nak buat cabutan secara live tapi ada masalah sedikit dan ejulz tak berapa pakar tentang Instagram ni. hehe. Jadi kali ni kalau xda aral melintang nak buat cabutan secara live. Kalau tak berjaya, terpaksalah buat cara lama dengan menggunakan random.org. hehe

Sekali lagi terima kasih ejulz ucapkan. Rajin2 komen kat entry ejulz k. Ada kelapangan nanti ejulz terjah blog anda.


** Doakan ejulz agar dapat bertukar di tempat yang lebih dekat & tak banyak karenah kroni k. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin



Friday 14 August 2020

#KRONI

Dalam kamus Dewan Bahasa Pustaka (DBP), KRONI bermaksud kawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negatif atau yang melibatkan kepentingan peribadi.

Apabila dikaitkan dengan alam pekerjaan, budaya kroni ini boleh mewujudkan persekitaran yang tidak sihat. Ia bukan sahaja boleh membuatkan pekerja2 di kalangan kroni ini tidak efisien, malah boleh membuatkan pekerja yang berdedikasi menjadi hilang semangat untuk bekerja.

Ok, kali ni ejulz nak bagi sedikit gambaran tentang situasi budaya kroni ni. Anggap sahaja ini hanya cerita rekaan bagi menggambarkan situasi budaya kerja kroni ye. Tiada kena mengena kepada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tapi kalau ada yang terasa ejulz minta maaf ya..

Mia Adriana (bukan nama sebenar) seorang setiausaha telah melapor diri bertugas di sebuah jabatan beruniform. Di jabatan berkenaan kebanyakan pekerja adalah dari badan penguasa beruniform yang tergolongan dari pegawai dan anggota. Hanya dua orang sahaja dari kumpulan pelaksana iaitu Khuzairi (bukan nama sebenar) seorang kerani dan termasuklah Mia seorang setiausaha. Mia seorang pekerja yang berdedikasi. Melapor sahaja di jabatan berkenaan, dia banyak belajar dari pekerja2 yang berpengalaman dari golongan penguasa di sana. Oleh kerana Mia sudah mempelajari banyak hal tentang pengurusan pejabat jabatannya, akhirnya dia banyak mendapat tugasan dari bos dan semua anggota padahal kerja2 itu patut dilaksanakan oleh Khuzairi sebagai seorang kerani. Mia bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kelancaran tugas bosnya, malah mendapat tugasan dari pegawai bawahan bosnya dan juga anggota2 lain.

Khuzairi memang rapat dengan pegawai dan anggota di sana. Dan sikap tidak bertanggungjawabnya membuatkan semua pegawai dan anggota meletakkan beban tugas di bahu Mia.

Apa kaitan cerita ini dengan kroni?

Pejabat Mia ada mewujudkan group wasap untuk memudahkan penugasan. Pegawai yang rapat dengan Khuzairi ni biasanya akan memberi arahan kepada Khuzairi di dalam group berkenaan. Tu pun biasanya tak banyak. Dalam sebulan ada sekali atau dua kali sahaja. Dalam group tu semua anggota boleh tengok, termasuklah bos Mia. Berbanding dengan Mia, pegawai berkenaan akan wasap personel atau beri arahan secara direct sahaja lebih kerap berbanding Khuzairi. Di sini Mia dapat merasakan pegawai berkenaan hendak menunjukkan Khuzairi lebih banyak tugas dari Mia, sedangkan Mia lebih banyak dapat tugasan dari Khuzairi. Bila hal2 tugas pejabat, Mia yang dicari. Bila hal2 suka-suka seperti majlis jamuan dan lain2 yang menyeronokkan Khuzairi diutamakan. 

Inilah namanya KRONI.

Setelah 3 tahun berlalu, Mia agak tertekan dan memohon untuk pertukaran. Permohonan pertukaran bukan sahaja ditolak mentah2 malah alasan2 kebajikan yang diberikan semuanya ditepis bos Mia. Malah Mia turut dimaki dan dimarahi bosnya oleh kerana permohonan berkenaan.

Dan yang paling menyedihkan Mia bila mengetahui bos rupanya ada hubungan kekeluargaan dengan Khuzairi. Mia sedih bukan kerana hubungan itu, tapi dia sedih kerana atas hubungan itulah mungkin ketidakbertanggungjawaban Khuzairi terhadap tugasan tidak ditegur oleh bosnya. Malah Khuzairi dipertahankan oleh bosnya apabila Khuzairi ditegur oleh pentadbiran jabatan kerana permasalahan kehadiran di pejabat.

Inilah namanya KRONI.


Sekali lagi ejulz bagitau, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tapi kalau terasa ejulz mohon maaf. Sekian, kisah KRONI.





ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY

 

 

Salam perkenalan dari ejulz buat blogger Atie Zieya's. Jom kita meriahkan giveaway blogger Atie Zieya's ni. Klik banner kalau nak join ok :)




#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

 

 
Pertama sekali ejulz nak ucapkan tahniah buat blogger Nadia Jamhari sebab sudah mencapai follower seramai 100 followers. Bagi ejulz sendiri memerlukan tempoh masa yang lama untuk mengumpul follower ni. Mula berblog ni ejulz hanya fikir untuk menambah kenalan sahaja. Beberapa tips dari ejulz untuk menambah followers adalah:
1. Rajin Blog Walking (BW) di blog blogger lain. Rajin2lah komen.
2. Kena rajinkan diri join segmen/giveaway/contest dari blogger lain.

Setakat ni itu je tips dari yang ejulz amalkan. Kalau ada tips lain boleh kongsi kat ejulz k.
 
Kepada blogger2 lain jom support & join giveaway dari blogger Nadia Jamhari ni k. Klik banner jika nak join.


Giveaway by ejulz & shirven




Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & shirven

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan shirven;
4. Follow IG ejulz dan shirven;
5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama IG di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

SENARAI PESERTA

33. ANDA

Tuesday 11 August 2020

Siapa pernah terlibat kemalangan & claim insurans?

Ejulz kurang arif sikit berkenaan claim insurans ni. Bulan lepas wife terlibat dengan kemalangan. Yang terlibat sebuah motorsikal dan sebuah kereta. Semasa nak keluar simpang wife tak perasan ada sebuah motorsikal dalam keadaan laju. Jadi motorsikal tu mengelak dan terlanggar kereta ejulz dan motorsikal tu terkena lagi sebuah kereta (kereta M). Memang tidak dinafikan salah wife ejulz sebab tak perasan ada sebuah motorsikal dalam keadaan laju semasa dia keluar simpang. Jadi pasrahlah guna insurans untuk pampasan mereka.

Pemandu kereta M tiada nama dalam cover note insurans kereta milik isterinya. Jadi dia dikenakan oleh workshop bayaran 2F sebanyak RM400. Bayaran RM400 ni disebabkan nama dia tiada dalam cover note insurans sebagai pemandu kedua. Pemandu juga dikenakan bayaran betterment 40% daripada harga spare part original kerana kereta dia sudah  melebihi 10 tahun. 

Persoalannya kat sini, adakah ejulz perlu membayar RM400 dan betterment 40% dari harga spare part original pemandu tersebut? Sedangkan ejulz sudah menanggung kos kerosakan kereta dia dengan menggunakan insuran. NCD kereta ejulz semamangnya akan berkurang dan terpaksa membayar insuran dengan harga yg lebih tinggi pada masa akan datang.

Pemandu tersebut berkeras supaya ejulz bayar RM400 dan betterment 40 % tersebut. Jadi ejulz rujuk dan meminta nasihat daripada pegawai penyiasat trafik PDRM sama ada ejulz perlu membayar kepada pemandu tersebut ataupun tidak, sebab pegawai penyisat trafik tersebut pernah memaklumkan supaya tidak memberi duit kepada pihak yang terlibat kerana semuanya akan ditanggung oleh insurans. Apabila ejulz merujuk semula, dia memberi jawapan yang sama. Insurans dah bayar semua buat apa nak bayar lagi katanya.

Ejulz rujuk juga dengan pihak insurans. Pihak insurans memaklumkan bahawa RM400 dan betterment 40% tu memang pemandu tu perlu bayar menggunakan duit dia sendiri. Kemudian dia boleh minta workshop yang uruskan insurans claim semula dari insurans ejulz. 

Jadi tujuan ejulz nak up cerita ejulz ni adalah untuk bertanya kepada kepada yang pernah mengalami situasi yang sama siapakah yang perlu membayar RM400 dan betterment 40% tersebut? Dan peringatan buat diri sendiri dan anda semua supaya mengambil insurans untuk pemandu kedua jika kereta selalu digunakan oleh pasangan atau keluarga supaya tidak dikenakan bayaran RM400 untuk tuntutan insurans jika terlibat kemalangan.





Tuesday 4 August 2020

Appoinment Klinik 4 Ogos 2020

Hari ni ejulz bawa in pegi temujanji klinik. Ikutkan memang tak suka ke tempat2 macam ni. Tapi terpaksa juga la bawa sebab dah ada temujanji & nak check perkembangan kesihatan anak. 




Excited dia bila nak bawa keluar. Padahal nak ke klinik je pun. Kesian lama dah tak bawa jalan2. Dalam keadaan covid belum pulih sepenuhnya risau nak bawa family japan2. Semoga keadaan pulih dan selamat sepenuhnya daripada covid. 



Saturday 1 August 2020

Senarai Pengomen Tegar JUL 2020



Ejulz nak ucapkan terima kasih buat sahabat2 yang sudi singgah dan komen di blog ejulz yang tak seberapa ni.

SENARAI PENGOMEN TEGAR JUL 2020











Terima kasih sekali lagi ejulz ucapkan. Bagi menghargai top komentor kali ini, ejulz nak bagi hadiah topup/cash RM10 untuk kak PI. Wasap ejulz untuk tuntut hadiah ok. 




Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...