Thursday, 22 October 2026

Bicara hati

 Kadang-kadang, apa yang kita lakukan tidak semestinya terlihat di mata orang lain.

Ada kerja yang kita selesaikan dalam diam, ada tanggungjawab yang kita pikul tanpa diminta, malah ada urusan yang bukan bahagian kita pun, kita cuba bantu selagi termampu.

Kita tidak pernah mengharapkan pujian untuk setiap perkara. Cukuplah sekadar ada yang memahami bahawa setiap orang mempunyai beban dan perjuangan masing-masing.

Kerana tidak semua yang kelihatan tenang itu tidak terbeban, dan tidak semua yang kurang bercerita itu kurang bekerja.

Semoga hati terus ikhlas, walaupun usaha tidak selalu terlihat dan pengorbanan tidak selalu dihargai.

Wednesday, 21 October 2026

Kata nak aktif, tapi dah sebulan lebih menyepi..

 Salam semua..

Pejam celik pejam celik, rupanya dah sebulan lebih blog ni menyepi. Last update haritu pun 5 September lepas. Fuh, cepat betul masa berlalu!

Pertama sekali, Ejulz nak minta maaf sangat sebab 'hilang' kebelakangan ni. Memang tersangat sibuk! Mana nak jadi urusetia untuk lawatan kerja pegawai atasan dari HQ lagi, lepas tu sambung pulak jadi urusetia pertandingan sukan. Itu belum campur dengan kerja hakiki yang memang tengah melambak dekat pejabat.

Paling 'sedap', bila kena buat kerja yang sepatutnya orang lain buat... Bertimpa-timpa rasa, sampai nak bernafas pun tak sempat!

Jujur Ejulz cakap, kadang-kadang bebanan macam ni memang memberi tekanan yang cukup berat pada diri. Ada masa dan ketika, sampai ada tahap rasa nak berhenti kerja je. Tapi bila mengenangkan keluarga, Ejulz tetap kuatkan semangat demi mereka.

Kadang-kadang tak tahu kat mana lagi nak meluah perasaan... Kat ruang blog ni je lah yang mampu Ejulz luahkan segalanya. Lagipun kat sini tiada kenalan sebenar seperti bos atau rakan sekerja, jadi rasa lebih selamat dan tenang nak bercerita apa yang ada dalam hati.

Alhamdulillah, harini ada ruang dan kelapangan sikit nak jenguk blog & sapa korang semua. Korang pulak apa khabar?

Bicara hati

 Kadang-kadang, apa yang kita lakukan tidak semestinya terlihat di mata orang lain. Ada kerja yang kita selesaikan dalam diam, ada tanggungj...