Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Wednesday, 28 February 2018

Senarai Pengomen Tegar FEB 2018

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang rajin singgah & komen entry blog ejulz yang x seberapa ni k..


Jom terjah blog diorang ni k.. ^_^




Siapakah bakal tersenarai dalam entry 'Pengomen Tegar MAC 2018' blog ejulz? kita tunggu dan lihat.. hehehe



Misteri Jenazah

Image result for misteri jenazah 

Cerita febret ejulz dan Si Lala setakat ni.. marathon tengok youtube.. hehehe

sape suka tengok cite ni? hehe

Tuesday, 27 February 2018

Budak berpakaian seragam sekolah merokok

Pagi tadi dalam rintis2 hujan seperti biasa ejulz 'merempit' ke tempat kerja.. Rempit 60-70 km/j je.. layan licin mmg x berani la bawa laju2.. hehehe

Nak dijadikan cerita, berhenti kat traffic light nampak la 2 orang budak sekolah hisap rokok atas motorsikal. Dah la x pakai helmet..  Antara persoalan yang bermain di minda ejulz:

1. Mak bapak diorang tahu x diorang ni merokok?
2. Duit beli rokok hasil titik peluh diorang sendiri ker duit mak bapak?
3. Kat sekolah sekarang ni cikgu2 boleh ambil tindakan x terhadap budak2 mcm ni? (Kalau dulu2 terhidu je bau rokok kat mulut mmg kene sebat la)
4. Pihak berkuasa seperti pihak polis @ lain2 boleh ambil tindakan x terhadap budak2 mcm ni? (Kalau dulu2 pernah dgr budak2 bermasalah macam ni kene tahan kat balai dan minta mak bapak ambil. Baru tahu perangai anak macam mana)

Ermmmm.. terlintas di fikiran ejulz bila tengok budak2 macam ni.. harap2 anak2 kita nanti xda la buat perangai macam ni.. Amin.. Sedih jugak tengok anak2 muda macam ni. Mak bapak susah payah cari duit untuk belanja anak2 ke sekolah, duit tu dia guna beli rokok.. sedih sangat..


Sunday, 25 February 2018

Tukar Nama Link Blog [25 FEB 2018]

Berkuatkuasa 25 FEB 2018 ejulz dah tukar link blog ejulz dari http://kampung-kameq.blogspot.my kepada http://ejulz.blogspot.my . Harap dengan bertukarnya link ni dapat memudahkan rakan2 blog semua mencari link blog ejulz.. hehe. Yang ada letak ejulz kat blog list tlg edit k.. tqq.. ^^

EJULZ

Blm ada masa nak design banner baru.. hehehe




Mee Udang Asajaya

Alhamdulillah berkesempatan menikmati kelazatan Mee Udang di Asajaya Cafeteria. Petang tadi balik dari rumah mentua singgah di Asajaya Cafeteria. Tercari-cari jugak kedai makan ni seperti yang diviral dalam fb.. Alhamdulillah jumpa jugak. hehe


Tu diaaaaaa.. Udang ada 3 ekor.. besar2 semuanya.. Sape2 teringin boleh la singgah di Asajaya Cafeteria di Pasar Asajaya, Samarahan. 1 pinggan RM25..


-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Haaaaa.. sampai ke telinga senyum Si Lala tgk udang ni.. hurmmm.. hasil pujukan rayu pada ejulz.. rabak poket.. hahaha


Alhamdulillah kenyang. Memang berbaloi.. Licinnnnn... hahaha





Saturday, 24 February 2018

23-25 Feb 2018

Hujung minggu ni ejulz balik kat kampung wife.. x dpt la nk BW dulu.. hehee.. ziarah mentua di kampung sebulan sekali.. ^_^

Hujung minggu depan kalau ada masa free Insyaallah ejulz nak 'menguber'.. hehee. Nak cari rezeki lbh untuk family.. ^_^

Sorry tau, x dpt nak BW dulu kat kpg ni.. En. Digi dah sms bagitau limit data dah nak habis.. hehe. Kalau kat rumah boleh la guna wifi.. hehee

Selamat berhujung minggu semua. Tq sudi singgah sini..




Thursday, 22 February 2018

A SFRNFZL Giveaway


Harini ejulz nak join GA ni.. 

Jom Join ramai2.. hehehe

Saya suka berblogging kerana dapat berkenalan dengan blogger2 yang mempunyai banyak latar belakang dan pengalaman yang tersendiri.. Melalui rakan2 blogger ni ejulz dapat banyak info.. info isu semasa.. info produk2 terkini.. infor tempat2 menarik.. dan banyak lagi.. hehe


Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger

Alhamdulillah.. Hadiah pertama untuk tahun 2018.. Harap dapat banyak hadiah dari rakan2 blogger tahun ni.. hehehe

Pokcikblogger nak bagi ni


Tak sabar nak tunggu minyak sampai.. hehe

Jom follow blog Pokcikblogger.. Klik SINI



Thursday, 15 February 2018

Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger


Kalau nak join boleh klik banner kat atas ni.. rugi x join.. ejulz join sebab ejulz ada masalah kulit jugak.. mudah2an kalau dapat minyak ni boleh membantu dengan kuasaNya.. amin


Apa lagi.. jom kita meriahkan GA ni.. ^_^







Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris

Image result for amalina bakri 2004

Siapa tidak kenal dengan NUR AMALINA CHE BAKRI anak kelahiran negeri Kelantan tapi menetap di Johor ni. Gadis cerdik yang cemerlang dalam SPM yang kini telah bergelar seorang doktor. 

Dr. Amalina baru-baru ini berkongsi tips2 untuk fasih berbahasa Inggeris. Beliau menyarankan agar pengguna twitter yang ingin mahir berbahasa inggeris agar add https://twitter.com/thealphafoxtrot di twitter kerana beliau adalah cikgu bahasa inggeris.

1. Perlu ada keyakinan dalam diri untuk berbahasa Inggeris di khalayak ramai

2. Berkomunikasi melalui media sosial untuk menghubungi rakan di luar negara. Antara teknik yang sangat bagus!

3. Tonton program TV dan filem Inggeris, dengar muzik dan praktik Bahasa Inggeris. Ianya sangat membantu!

4. Step terakhir adalah untuk kita berlatih dan terus berlatih! Dekatkan diri dengan rakan-rakan yang fasih dalam berbahasa Inggeris.



Image result for amalina bakri kejayaan

Image result for amalina bakri kejayaan

Semoga bermanfaat kepada kita semua.. Terima kasih Dr. Amalina..



Wednesday, 14 February 2018

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Jom kita ramai2 join GA ni..

Harap2 dapat la totebag ni untuk hadiah kat wife.. hehehe



Ampunkan Dosaku


Semoga diampunkan semua dosa-dosa kita..

Tuesday, 13 February 2018

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Partime UBER Driver

Kerja partime. Ikut masa sendiri..

*Buat partime hujung minggu blh dapat dlm RM150 - RM200.
*Buat fulltime seminggu blh dpt dlm RM500 - RM1000.

👉 Memiliki kereta (sendiri/keluarga/sewa) 🚘. Kereta 4 pintu dan mestilah tahun 2011 keatas 🚕
👉 Berumur 21 tahun keatas 😉
👉 Memiliki lesen penuh 😀
👉 Nama hendaklah ada dalam covernote insuran. 📄



Tiada yuran juga dikenakan kepada pemandu UBER, semuanya percuma. Daftar PERCUMA… Jom daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup..

Apa lagi? Jom daftar dari link di bawah sekarang..👇

Sebarang pertanyaan boleh whatsaap📞 016.8500.565 (Ejulz)👌

Nak tau mcm mana sistem uber beroperasi? Jom tgk video ni 👇


Jom layan video2 driver UBER seluruh negara: 




Thursday, 8 February 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI


Ejulz follower ke 292 blogger zati..

jom ramai2 meriahkan segmen ni.. :)

Kali ni ejulz nak tag:


dan 



PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal.

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan
- 2X ganda daripada amaun keseluruhan
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal
- 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview


2. AXA 200 Cancer Care

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
- Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
- Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
- Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
- Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
- Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
- Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda.

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

Thursday, 1 February 2018

Selamat pagi..


Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat blogger semua. Semoga dipermudahkan ibadah dan urusan kita hari ni. Semoga dimurahkan rezeki kita hari ni.. Dan yang paling penting semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya.

#doayangbaik2saja
#positif




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...