Saturday 30 June 2018

Friday 29 June 2018

Terakhir Untuk Selamanya - Khaty Tuah


Novel terbaru dari kenalan sahabat blogger. Dapatkan di pasaran ^_^

Jom terjah blog beliau.. 😊

Klik SINI


Belgium menang tanpa bintang


Tanpa Eden Hazard & Lukaku, Belgium mampu memenangi perlawanan menentang England.



Thursday 28 June 2018

Mereka yang tak terlihat


Mengisahkan seorang gadis yang boleh melihat roh dan makhluk halus. Seram dan sedih.. huhu

Menangis tengok ending cerita ni.. ^_^

Halalkan Hati Yang Ku Curi


Dah tamat cerita Halalkan Hati Yang Ku Curi.. Ejulz setuju dengan cara nenda tu ajar cucu dia. Walaupun dia begitu sayangkan cucunya, tapi dia tidak taburkan kemewahan kepada cucunya. Dia ajar cucunya erti kesusahan..



Indok Chanteq Kuching

Butik Indok Chanteq Kuching merupakan butik berkonsepkan vendor. Menjual pelbagai jenis barangan. Antara barang yang dijual adalah tudung. Harga memang harga mampu milik. Murah sangat2. 





Nak tau apa lagi yang ada di Indoq Chanteq Kuching ? Jom terjah page fb Indok Chanteq Kuching..


----------------------------------------------------------

Berminat untuk mengiklankan produk anda di sini?

Emel : asrul_harfan@hotmail.com 


Alhamdulillah 5 sponsor utama telah dijumpai

Senarai sponsor :

Terima kasih diucapkan kepada semua sponsor2 kerana sudi memeriahkan segmen yang bakal ejulz anjur nanti..

Semoga anda semua dimurahkan rezeki..


Senarai hadiah? Tunggu k.. Nanti ejulz umum.. ^_^


Korang semua jemputlah memeriahkan segmen ejulz nanti k.. ^_^

Nak cari sponsor Segmen


Alhamdulillah.. Tahun ni dah mula aktif semula dlm blog ni.. heHe 

Setakat harini dah 136 jumlah entry yang terhasil untuk tahun ni. Ada la peningkatan sikit berbanding tahun 2015, 2016 dan 2017. heHe. Azam tahun ni nak pecah rekod entry tahun 2013 sebanyak 371 entry. heHe


Rindu pulak rasanya nak buat Segmen @ Giveaway.. Hehee.. Ada yang nak sponsor x? ^_^

Tengah cari idea untuk next segmen ejulz. ^_^ Kalau ramai sponsor sudi untuk memeriahkan segmen ejulz ni, Insyaallah ejulz akan teruskan ^_^ Bagi sponsor yang mempunyai bisnes sendiri ejulz akan letak link web/page fb perniagaan anda di kotak iklan blog ejulz secara percuma selama 2 bulan minimum.

Malunyer minta sponsor kat orang.. heHe.. Ejulz buat muka tebal jap.. ^_^



Semoga dimurahkan rezeki orang yer ^^ 

Konsep segmen ejulz kali ni adalah "Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME"

Kenapa ejulz buat konsep ini untuk segmen kali ni?
1. Membantu peniaga / rakan2 blogger yang berniaga secara fulltime / partime untuk mempromosikan jualan mereka;
2. Membantu rakan2 blogger yang masih mencari kerja PARTIME dalam segmen ni;
3. Membantu peniaga2 yang menjadi sponsor segmen ni mencari agen2 jualan sekiranya memerlukan sekaligus mempromosikan jualan mereka.

Selain itu, Insyaallah segmen ini juga sedikit sebanyak dapat menambah follower rakan2 blogger dan follower pages / web perniagaan anda. Insyaallah


Kepada yang sudi jadi sponsor ejulz bolehlah hantar maklumat seperti berikut ke emel asrul_harfan@hotmail.com :

1. Nama :
2. Link (blog/ web perniagaan) :
3. Page FB :
4. Link Instagram :
5. No phone :
6. Hadiah (sertakan gambar sekiranya ada) :

Untuk segmen kali ni, ejulz hadkan sebanyak 5 orang sponsor yang terawal sahaja.

Senarai sponsor :
4. 
5.







Jom Ke Sunway Hotel Resort dan Spa

Berkonsepkan santai sambil menginap, Sunway Resort Hotel & Spa menanti korang semua. Hotel ni mempunyai akses terus ke Taman Tema Sunway Lagoon dan Mega Shopping Mall. Ia juga ada tempat letak kenderaan secara percuma dan sebuah kolam renang luaran. Bayaran secara Union Pay pun diterima kat sini. 

Sunway Resort Hotel & Spa jugak salah satu daripada hotel bintang 5 yang paling ikonik di Kuala Lumpur. Terletak di dalam destinasi bersepadu Sunway City, hotel ini terhubung dengan baik ke Sunway Pyramid Mall dan taman tema Sunway Lagoon serta dalam akses mudah berjalan kaki ke pelbagai kemudahan lain menjadikan Sunway Resort Hotel & Spa pilihan yang ideal untuk masa lapang dan pelancong perniagaan. Berteraskan dengan hanya 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 25 minit ke pusat bandar Kuala Lumpur. Penginapan yang sedia ader bilik-bilik berstatus 5-bintang di Sunway Resort City (SRC) di Hotel Sunway Resort ini menawarkan pemandangan Sunway Lagoon. Ia ader jugak TV satelit skrin rata, bar mini dan bilik mandi bermarmar berserta tab mandi. Ubat gigi, berus gigi dan peralatan mandian disediakan. 

Traveller macam korang jugak boleh menikmati latihan penuh di pusat kecergasan yang serba lengkap. Kemudahan rekreasi termasuklah kolam renang berlandskap, percuma, spa Bali dan pusat kecergasanSebagai alternatif, perjalanan sehari boleh dianjurkan di meja tempahan lawatan Sunway. Rawatan menenangkan menanti di spa terinspirasi Bali selepas satu hari aktiviti.



Sunway Resort Hotel dan Spa ni juga menawarkan akses ke Bus Rapid Transit (BRT). Kalau korang nak tahu bas elektrik ini bergerak ke Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dan USJ7. Sunway Resort Hotel & Spa berjarak 25 minit pemanduan dari Kuala Lumpur City Centre dan 35 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pendek kata takdelah jauh mana. 

Suasana yang indah dan damai, dengan perkhidmatan yang mesra yang bermula ketika u’olls  melangkah masuk. Akses mudah ke Sunway Pyramid Shopping Mall dan taman tema Sunway Lagoon serta koleksi bilik dan suite untuk menjadikan penginapan korang sebagai pengalaman yang tidak dapat korang dilupakan.

Korang jugak tak perlu risau sebab perkhidmatan ulang-alik, Pengangkutan ulang-alik lapangan terbang (caj tambahan), Perkhidmatan ulang-alik (caj tambahan), Kawasan merokok yang ditetapkan, Penyaman udara, Bukan merokok di seluruh, Kedai-kedai (di lokasi), Sewa kereta, Peti simpanan keselamatan, Lif, Suite pengantin, Bilik keluarga, Kemudahan untuk tetamu kurang upaya, dan Servis bilik jugak disediakan.Tempat persidangan dan acara termasuk bilik nada besar bebas tiang dan pusat konvensyen yang besar, Wi-Fi percuma di semua bilik tamu dan kawasan awam, lebih 170 buah restoran dan kedai-kedai makan memenuhi setiap keinginan yang dibayangkan, Terletak bersebelahan dengan Sunway Pyramid Mall dan taman tema Sunway Lagoon (pintu masuk luncur pantai). Sunway Resort Hotel & Spa merupakan sebahagian daripada kumpulan hotel tiga di Sunway City. 


Di Sunway Resort Hotel & Spa, mudah dan senang untuk melayani kehendak korang. Perkhidmatan di Meja depan atau concierge sekiranya korang memerlukan bantuan dengan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan di resort ini.Untuk perjalanan dan pengangkutan makanan serta minuman pula, Pemindahan Lapangan Terbang, Lounge Lobi, Agensi Pelancongan atau Meja Lawatan, Restoran, Bar dan Kafe, Perkhidmatan Teksi serta Limosin, Perkhidmatan Bilik (24 jam).Pusat Beli-belah seperti Sunway Pyramid, Florist, Kaunter Pertukaran Asing, Kedai cenderamata, Shopping Arcade tersedia untuk para pengunjung.

Resort CafΓ© ni menawarkan rawatan pancaindera, mengambil inspirasi dari ruang makanan Asia yang penuh dengan sarang aktiviti dan aroma, menjadikannya kanvas sejati budaya Malaysia dan citarasa Asia. Pengalaman makan disajikan oleh lima Chef yang berpergian dengan kepelbagaian keperibadian dengan gaya, membawa bersama rasa yang paling tulen dari hidangan popular.


Yang paling penting korang boleh happy-happy tanpa henti di salah satu taman tema air terbaik di Malaysia ni! Dinamakan sebagai Waters of Africa, Taman Air merupakan rumah kepada The Vuvuzela, perjalanan air terbesar di dunia, Waterplexx 5D, pengalaman sinematik interaktif muktamad, FlowRider, simulator melayari pertama Malaysia dan banyak tarikan hebat lainnya. 

Kalau korang tidak pernah mencuba lagi Flying Fox sebelum ini, korang bolehlah try sendiri. Service Flying fox ini jugak merupakan aktiviti penerbangan terbang paling lama di Malaysia, yang meliputi 206 meter di seluruh Sunway Lagoon. Pada perjalanan korang turun dari bukit, korang akan menyusuri gunung berapi dan di atas Surf Beach di mana korang dapat melihat perenang dan orang-orang di kayak, perahu angsa dan perahu pedal. Korang jugak disarankan supaya berhati-hati untuk pendaratan yang basah!

Untuk sesi makan malam, majlis perkahwinan dan pelancaran hebat semuanya di Ballroom Grand Lagoon ini. Dengan ruang tamu yang elegan yang menghadap ke pemandangan matahari terbenam Sunway Resort City dan dalaman megah yang mempunyai siling tinggi dalam susun atur bebas tiang, mudah untuk melihat mengapa ia dianggap sebagai salah satu ballroom terbesar dan paling disukai untuk acara berprestij di Kuala Lumpur.

Ballroom Grand Lagoon yang boleh menempatkan sehingga 2,000 tetamu. Ruangan tarian bebas tiang boleh dibahagikan kepada tiga dewan berasingan, dengan ballroom pusat (Ballroom II) dilengkapi dengan peringkat diperpanjang yang disokong oleh bingkai tirai automatik.

Pada hari raya 2018 ni , korang bolehla tempah kat Traveloka online. Jadi, korang tunggu ape lagi jomlah ke Sunway Resort Hotel dan Spa ni. Awesome beb!
 

 



Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...