Dahulu kehadiran Si Gule menjadi penyeri hidup Afan. Perkenalan dengannya membuatkan Afan begitu bahagia. Sanggup susah bersama, senang bersama. Merancang untuk 'mengikat' perhubungan dalam masa terdekat. Penerimaan keluarganya juga membuatkan Afan nekad untuk membahagiakannya. Sehinggalah kehadiran orang ketiga. Kebahagiaan hilang sekelip mata. Tanpa salah dan silap hati telah didua. Bagaikan hilang punca, hidup seperti tak bermakna. Di dalam kesedihan, Si Lala muncul memberi semangat dan motivasi. Dalam nasihatnya, Afan dapat rasakan dia menaruh harapan padanya. Tapi Afan berterus terang padanya yang di hati Afan masih ada Si Gule. Afan tidak mahu memberi harapan palsu padanya, lebih2 lagi mengecewakan orang yang baik pada Afan. Memberi nasihat dan motivasi. Sentiasa ada mendengar rintihan hati yang tenat disakiti. Sehinggalah suatu hari, kasih sayang Afan pada Si Gule disalah erti. Afan yang terlalu mengambil berat akan Si Gule dikatakan mengganggu kehidupan Si Gule
http://ejulz.blogspot.com