Monday 29 April 2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019

https://inspiringsharing.blogspot.com/2019/04/segmen-blogwalking-twj-april-2019.html 

Sebab perlu singgah di blog ejulz?

 Sebab ejulz hensem dan kacak. Selain tu entry2 ejulz menarik2 semuanya.. hahaha

takdalah. Tak ada sebab pun nak singgah di blog ejulz ni. Terima kasih kepada sahabat2 blogger yang sudi singgah di blog ejulz ni.. :)


Aiskrim Legend Kuching




Aktiviti hujung minggu..



Wednesday 24 April 2019

Descendants Of The Sun

Image result for descendant of the sun 

Siapa pernah layan drama korea ni angkat tangan.. hehe. Sejak wife ejulz bagi link iflix untuk tengok drama Nur 2, ejulz pun terlayan drama korea ni.. Memang best drama ni. 

Drama ni mengisahkan kisah cinta seorang tentera dan seorang doktor. Banyak konflik dan liku2 yang perlu ditempuhi sebagai seorang tentera dan sebagai seorang doktor.


Image result for descendant of the sun 

Jom layan..



















                 

Tuesday 16 April 2019

Segmen Bloglist Shuhaida #3

http://www.shuhaidasaad.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html?m=1 

Jom meriahkan segmen ni.. ^_^

 

Abam Kie's Birthday Giveaway

http://www.zukidin.com/2019/04/abam-kies-birthday-giveaway.html 

Jom meriahkan GA Abam Kie..

Di kesempatan ini ejulz nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Abam Kie..

* Semoga dipanjangkan usia *
* Semoga sihat selalu *
* Semoga sukses dalam kerjaya *
* Semoga dimurahkan rezeki *
* Semoga dipermudahkan segala urusan *
* Semoga sentiasa bahagia disisi keluarga *

 

 

Semoga ayah sihat selalu

Assalamualaikum sahabat2 blogger,

9 APR 2019 (Selasa) lepas ayah ejulz refer dari klinik ke hospital. Saspek sakit jantung. Petang 9 APR 2019 pergi ke emergency, sampai malam juga la menunggu keputusan. Daripada pemeriksaan doktor keadaan ayah ejulz stabil dan normal. Malam tu ingat dah boleh balik rumah & tak kena tahan wad. Tapi sebelum tu doktor tanya ayah ejulz macam mana boleh sampai ke hospital ni. (Ingin tahu apa masalah ayah ejulz). Ayah ejulz pun menerangkan kepada doktor yang pada tengah malam 8 APR 2019 dia rasa pedih ulu hati dan tidak selesa. Tapi malam tu dia hanya berehat dan tidur sahaja bagi menghilangkan rasa sakit. Bangun pada pagi keesokan harinya sakit beransur hilang. Tapi lebih kurang jam 10.00 pagi rasa tu datang lagi. Selain rasa pedih hulu hati dia juga berpeluh seluruh badan. Bila doktor dengar je simptom berpeluh, terus doktor kata kene tahan wad sebab takut ada masalah jantung walaupun hasil keputusan pemeriksaan doktor tadi keadaan ayah stabil dan ok.

Jadi malam tu kene la berehat di emergency sementara menunggu ada katil kosong di tingkat atas. Awal pagi 10 APR 2019 dalam jam 5.00 pagi barulah ayah di bawa naik ke tingkat atas. Alhamdulillah dapat bilik yang hanya ada 2 katil. Bolehlah ayah tidur dengan selesa tanpa bunyi bising. Pada 10 APR 2019 dalam tengahari macam tu ayah disuruh buat pemeriksaan scan jantung di tingkat bawah hospital. Alhamdulillah keputusan baik. Tiada masalah jantung. Dan pada hari tu juga semua doktor termasuk doktor pakar jantung berkumpul melihat keputusan. Melihat keputusan agak memuaskan, doktor pakar seperti memberi green light untuk ayah discharge pada hari tu. Tapi doktor yang sorang lagi seperti tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Bincang punya bincang akhirnya mereka ambil keputusan untuk tahan lagi kat wad.

Pada 11 APR 2019 ayah di bawa ke Institut Jantung Negeri (IJN) Sarawak yang dikatakan mempunyai peralatan yang canggih untuk pemeriksaan jantung. Dari hospital ke IJN menggunakan ambulans. Aritu ejulz tanya kat nurse lelaki yang bertugas sama ada saya sebagai ahli keluarga boleh menemani ayah saya ataupun tidak. Nurse tu seperti tidak membenarkan dengan alasan tengok keadaan ambulan dan bagitau yang ramai pesakit lain dan petugas nak pegi dan tak cukup tempat duduk. Bila dah sampai kat ambulan ejulz tengok tak ada pun pesakit lain yang masuk ambulan tu. Bila tanya sekali lagi boleh tak ahli keluarga ikut sekali untuk teman, pemandu ambulans pula seperti tidak membenarkan dengan alasan jika apa2 berlaku dalam perjalanan pihak hospital tidak akan bertanggungjawab ke atas ahli keluarga yg ikut sekali. Pada masa tu ejulz tahu ayah ejulz perlukan peneman sebagai penguat semangat dia. Ejulz bagitau xda masalah. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat. Dan lebih menggembirakan keputusan hasil pemeriksaan di IJN semuanya ok. Tiada masalah jantung.

Pada 12 APR 2019 masih menunggu keputusan doktor. Alhamdulillah dah boleh balik pada haritu. Tapi ayah ejulz terpaksa juga ambil 2 lagi ubat iaitu ubat jantung dan ubat cair darah. Pelik juga bila dengar ayah ejulz terpaksa makan ubat jantung padahal dia tiada masalah jantung hasil dari 2 kali pemeriksaan. Bila ditanya kepada doktor, doktor bagitau yang ayah ejulz ada sedikit je masalah jantung. Apa2 pun terpaksalah dengar nasihat doktor. Diorang lebih arif lagi berkenaan perubatan. Nak cerita bab ubat cair darah pula. Awal2 lagi doktor dah bagi 2 pilihan berkenaan ubat cair darah. Sama ada ubat warfarin atau NOAC.

Warfarin
- Terpaksa berpantang / kontrol makan
- Terpaksa buat pemeriksaan di klinik lebih kerap
- FREE

NOAC (Ubat terbaru)
- Tak perlu berpantang / kontrol makan
- Tidak kerap buat pemeriksaan di klinik
- RM300 setiap bulan

Doktor minta kami berbincang sekeluarga untuk pilih ubat apa. Mula2 ejulz dan kakak ejulz bercadang untuk berkongsi ambil ubat NOAC walaupun agak mahal sebab takut ayah ejulz tak dapat jaga pemakanan. Tapi bila ayah ejulz ramai ahli keluarga lain yang hanya ambil ubat warfarin yang free tu dan hanya jaga pemakanan dia pun memilih untuk ambil ubat yg free je. Dan yang paling menyakitkan hati bila dah buat keputusan untuk ambil ubat yg free, doktor seperti memaksa untuk mengambil ubat yang berharga RM300 tu. Setelah ayah ejulz berkeras bagitau yg dia tiada masalah untuk jaga pemakanan dan dia tiada masalah untuk ulang alik ke klinik barulah doktor tu mengalah. 

Alhamdulillah semalam (15 APR 2019) teman ayah buat pemeriksaan susulan di klinik dan keputusan ujian darah ayah stabil. Jadi doktor buat temujanji untuk sebulan akan datang. Semoga ayah sihat selalu..




Tuesday 9 April 2019

Book Giveaway by JJM & Friends

https://ikashoid.blogspot.com/2019/04/book-giveaway-by-jjm-friends.html?showComment=1554128627136 

Jom kita meriahkan GA sahabat kita ni.. Klik banner jika nak join k..

Banyak hadiah2 menarik ni..

 

 

 

 

 

Apa lagi? Join la cepat.. Mana tau rezeki korang.. :)

 


GETVASE.COM


Pernah dengar tentang GETVASE.COM?? 

GETVASE.COM merupakan sebuah organisasi soal selidik berbayar. Seperti organisasi soal selidik lain juga. Biasanya mereka buat secara manual. Ada pekerja yang buat soal selidik dan akan beri cenderahati kepada yang sudi menjawab soal selidik. Tapi GETVASE.COM ni menyediakan soal selidik secara online dan akan bagi reward RM0.20 - RM1.00 setiap satu soal selidik. Kumpul sikit2 Insyaallah jadi bukit. Biasanya jika ada soal selidik yang perlu dijawab mereka akan emel ke akaun emel yang berdaftar.

Nak cuba?


Daftar secara percuma..





Monday 8 April 2019

Majlis tahlil arwah pakcik



Beginilah suasana majlis di kampung. Simple je. Tak perlu kanopi. Buat dalam rumah je. 


Majlis tahlil arwah suami makcik ejulz yg pakai scaft putih tu. Kakak kepada ayah ejulz. Buat pertama kali Insyirah jejak kaki di kampung. Hehe

Tahlil juga turut disedekahkan kepada arwah atok dan nenek ejulz sebelah emak dan beberapa saudara terdekat yang lain. Semoga semua arwah tenang di sana dan bersama orang2 beriman.



Sunday 7 April 2019

Carrom online






Layan game carrom digital.. hehe

Sementara menunggu majlis tahlil arwah pakcik sempat lagi layan 1 game lawan anak sedara ๐Ÿ˜‚



Friday 5 April 2019

PV semalam dalam sejarah

Assalamualaikum & Selamat pagi sahabat2 blogger semua.. Semoga hari ini semuanya dalam keadaan sihat.



Alhamdulillah.. Terkejut bila cek PV pagi ni.. Tak pernah dapat setinggi ni.. Bagi blogger2 lain ini perkara biasa. Tapi bagi ejulz memang luar biasa.. Biasa dapat PV 100-2++ je sehari. Semalam 18,764. Syukur sangat2. Terima kasih sahabat2 yang support..



Tuesday 2 April 2019

Kek Cheese Milo


Bahan-bahan:

1. 500g cream cheese (ejulz guna Anchor)
2. 1 tin susu pekat (ejulz guna F&N) 
3. 1 paket biskut cheese (ejulz guna salt cheese)
4. Milo secukup rasa
5. Sedikit coklat rice
6. Sedikit air untuk membasahkan sedikit biskut cheese (ejulz suka guna dutchlady coklat)

Cara-cara:

1. Gaul 500g cream cheese dan 1 tin susu sehingga sebati.
2. Sediakan bekas. Ejulz suka guna bekas kecil seperti di atas tu.
3. Layer pertama masukkan campuran cream cheese dan susu yang telah sebati tadi. Kemudian letakkan milo beberapa sudi mengikut cita rasa anda. Kemudian masukkan biskut cheese yang telah dibasahi sedikit dengan dutchlady coklat. Ulang 3 bahan tadi sehingga bekas penuh.
4. Dah siap masukkan dalam peti sejuk. Dah sejuk bolehlah makan.. hehe

Senang kan???


Bagi yang berada di Kuching, kalau nak order boleh whatsapp 0168500565

Image result for salt cheese 
Biskut Saltcheese

Monday 1 April 2019

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...