Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Friday, 17 July 2020

Remaja maut akibat makan tupai tanah



Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat wabak bubonik di barat Mongolia.

Remaja itu dijangkiti wabak berkenaan selepas memburu dan memakan marmot, kata Dorj Narangerel, jurucakap Kementerian Kesihatan Mongolia.

Dia meninggal dunia pada Ahad.

Marmot adalah tupai tanah besar yang sering dikaitkan dengan kemunculan pelbagai wabak di rantau itu.

Ujian mengesahkan remaja itu dijangkiti wabak bubonik dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kesihatan dan melaksanakan perintah kuarantin di daerah Tugrug, Mongolia.

Kuarantin bermula pada Ahad lalu hingga Sabtu ini.

Pihak berkuasa juga telah mengenal pasti dan mengasingkan 15 individu yang merupakan kontak remaja tersebut.

Setakat ini, kesemua mereka tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Wabak bubonik menyebabkan kesakitan dan pembengkakkan nodul limfa, dengan simptom seperti demam dan batuk.

Mongolia mencatatkan 692 kes wabak bubonik dari 1928 hingga 2018. Dari jumlah itu, 513 meninggal dunia.

Awal bulan ini, dua individu didapati positif wabak tersebut di wilayah khovd, memaksa amaran dikeluarkan di negara jiran, Rusia.

Minggu lalu, seekor tupai di Colorado, Amerika Syarikat didapati positif wabak itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan bubonik sebagai 'wabak lama yang muncul kembali'. -AFP

Sumber : Utusan Sarawak



Bayang-Bayang di Balik Gah

  Kamal masih ingat betapa bangganya dia apabila melangkah masuk ke Wisma Bandar Raya pada hari pertamanya. Menjadi sebahagian daripada Syar...