Showing posts with label Buah hati papa. Show all posts
Showing posts with label Buah hati papa. Show all posts

Monday, 11 March 2019

Rahsia Kejayaan

"Kejayaan #sebenarnya diri kita pada hari ini adalah berkat doa Ibu & Ayah. Ibu & Ayah kita je yang tak putus-putus nak melihat kita berjaya. Ucapkan "Terima Kasih Ibu & Ayah.."
 


Papa doakan Insyirah berjaya di dunia & akhirat. Amin..



Wednesday, 23 January 2019

Kasih anak papa

 


 Maafkan papa & mama sayang.. Dalam sehari berapa jam jak dapat main ngan baby In.. Agik2 papa yang keja jauh tok.. sejam perjalanan ke tempat keja.. sejam pegi, sejam balit.. ermmm..


**Maaf yer sahabat2 blogger semua. Ejulz x dpt nak bw kat blog korang buat masa ni.. sibuk sangat minggu ni.. Terima kasih sebab masih sudi singgah di blog ejulz yg x seberapa ni.. 







Tuesday, 4 December 2018

Rezeki anak

Ejulz masih bercuti. Cuti panjang kali ni. Inilah cuti yg paling panjang ejulz pernah ambil sepanjang perkhidmatan ejulz. Walaupun cuti macam tak cuti (yg dah ada pengalaman jaga anak kecil faham la yer. Hehe), tapi ejulz tetap syukur sebab dipermudahkan untuk minta cuti kali ni untuk bantu wife ejulz dalam tempoh berpantang. Biasanya memang susah nak dapat cuti panjang. Penat? Jujur ejulz katakan memang penat. Tapi bila tengok keadaan dan pengorbanan isteri melahirkan zuriat kami, memang tak dapat ejulz nak samakan penat ejulz dengan pengorbanannya. Pengorbanannya tidak ternilai. 

Alhamdulillah murah rezeki pwincess ejulz. Terima kasih kepada keluarga, sahabat2, dan kenalan yang mendoakan kami. Terima kasih juga kerana sudi bagi hadiah kepada pwincess kami.. 😊






Ni hadiah yg dapat semasa di kampung sekarang ni. Hadiah masa kat Kuching tak sempat nak ambik gambar.. 😁 Alhamdulillah. Papa doakan pwincess papa sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi anak solehah. Amin

**Lama dah tak update. Semestinya merundum teruk ranking alexa ejylz.. hehe. Maaf, ejulz belum berkesempatan nak bw blog korang. Insyaallah ejulz akan bw blog korang bila free nanti. Jangan lupa tinggalkan jejak k.



Friday, 2 November 2018

02.11.2018 Hari Istimewa

Alhamdulillah syukur. 02.11.2018 buat pertama kalinya bergelar ayah. Tiada kata yg dapat menggambarkan perasaan ejulz saat ini. Terima kasih buat sahabat2 yang mendoakan ejulz. Ejulz juga sentiasa mendoakan sahabat2 yang dikurniakan zuriat akan merasai kegembiraan seperti ini suatu hari nanti. Doakan kesihatan isteri dan anak ejulz k sahabat2 semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik sahabat semua.


Giveaway Kerajaan Kelapa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua..     Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya..  Klik banner kat atas untuk join...