Showing posts with label Belajar Bahasa ^_^. Show all posts
Showing posts with label Belajar Bahasa ^_^. Show all posts

Thursday, 2 August 2018

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 17






Bahasa Sarawak

Baju ijo : Ko marek berutang ngan aku singgit. Bila ko nak mayar?
Baju pepel : Singgit pun cokot..

Translate..

Baju hijau: Kau semalam berhutang dengan aku RM1. Bila kau nak bayar?
Baju purple : RM1 pun nak berkira..

Jadi cokot ni bermaksud berkira / kedekut..




Image result for kedekut 

Kalau ada pertanyaan bahasa Sarawak segan nak tanya kat sini boleh emel ejulz asrul_harfan@hotmail. ^_^ Insyaallah ejulz akan buat untuk sesi Mari belajar bahasa Sarawak untuk part yang seterusnya ^_^



Tuesday, 10 July 2018

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 16


Dialog seorang mak melihatnya menolong..

Mak : "Sigat (Rajin) nya (dia) tok (ni) nolong (tolong) mak (mak)" 



SIGAT dalam bahasa Sarawak bermaksud RAJIN.. hehe


Lain2 perkataan klik SINI.. 




Tuesday, 4 October 2016

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 15

Assalam dan salam sejahtera..

Lama dah rasanya ejulz dah tak kongsi bahasa Sarawak ni.. Nak baca yang lain2 boleh klik SINI k..


Kali ni ejulz nak kongsi perkataan  "JERIT"

Jerit dalam bahasa Sarawak adalah "NERAIS"



Harap bermanfaat kepada semua.. Tak dapat banyak, sikit pun ok kan? Sikit2 lama2 jadi bukit.. hehe.. Ada tengok cerita bibik-bibikku di TV3? Boleh faham x bahasa Sarawak dalam cerita tu? hehe..


Sudi2 la like page ejulz k ---> https://www.facebook.com/EjulzBlogshop/






Friday, 31 January 2014

Sunday, 26 January 2014

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 13

Salam dan selamat malam..

Lama rasanya ejulz x kongsi perkataan bahasa Sarawak.. Last sekali ejulz kongsi bahasa Sarawak ni pada 6 Disember 2011.. Walaupun kalah menentang Kelantan dlm perlawanan bola sepak semalam, tiba2 semangat nak kongsi bahasa Sarawak kembali.. hehe

Kali ni ejulz nak kongsi perkataan "GEREK".. Apa itu gerek?


*kitak = awak
*sik = tak
*kamek = saya


Perkataan2 lain yang pernah ejulz kongsi. Klik SINI..

Harap berguna kepada semua yang berminat belajar atau mengetahui bahasa Sarawak.. Jika ada persoalan pasal perkataan2 bahasa Sarawak tanya je k.. xyah malu2 ngan ejulz.. ^_^

Tolong klik iklan ejulz k.. nak kumpul duit kawen.. tapi bila xtau lagi.. hehe.. 



Tuesday, 6 December 2011

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 12

Salam semua..

kembali lagi kita ke sesi "Mari belajar bahasa Sarawak" yang ke 12.. heHe

ok, kalo aritu ejulz bagitau panggilan ayam dalam bahasa Sarawak.. ingat lagi x? kalo x ingat @ belum baca klik sini k..

kali ni ejulz nak berkongsi perkataan yang digunakan utk panggilan haiwan yang paling disayangi terutamanya oleh kaum hawa a.k.a pempuan.. heHe.. haiwan ape agaknya ek?

ok, kali ni ejulz nak kongsi nama haiwan ni.. jeng jeng jeng!! heHe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- KUCING -

kucing ni lambang kepada Bandaraya Kuching di Sarawak.. kebanyakan pelancong2 akan bergambar dekat patung2 kucing di Bandaraya Kuching..

siyesly, ejulz takut kucing sebenarnya.. heHe.. takut, geli,.. semua ada..heHe.. bukan takut ape.. takut tengok kuku dia yang tajam.. sebenarnya ejulz x reti nak bawak kucing.. takut tersalah pegang.. kalo tersalah pegang, nnti terkeluar pulak kuku dia yg tajam tu.. heHe..

ok, KUCING dalam bahasa Sarawak adalah >

"PUSAK"

heHe.. semoga dapat sedikit pengetahuan tentang bahasa Sarawak arini.. :)

Monday, 14 November 2011

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 11

oK, pada entry lepas ejulz kongsi perkataan ayam dalam bahasa sarawak.. ape dia ayam dalam bahasa sarawak? heHe.. ingat ke tak ni.. hehe.. kalo x ingat tengok entry bawah tu.. hehe

ayam dalam bahasa sarawak adalah MANOK..

oK, arini ejulz ada perkataan yg hampir sama dengan MANOK..

agak2 kalo perkataan MANOK dibuang huruf 'N', ape jadi ek? hehe

kalo huruf 'N' pada perkataan MANOK dibuang mesti laa jadi MAOK kan?..

ok, arini ejulz nak kongsi perkataan MAOK dalam bahasa sarawak..

MAOK adalah......

MAHU..

kadang2 org sarawak akan guna singkatan bagi perkataan MAOK.. singkatannya adalah MOK.. beza dia xde huruf 'A' je..


contoh ayat :

1. Mak, kamek mok makan manok panggang..
(Mak, saya mahu makan ayam panggang..)


ok, sekian saja sesi pembelajaran bahasa sarawak arini.. Rasa nak buat Segmen : Kuiz Bahasa Sarawak la pulak.. kompom ramai xnak join.. sebab susah sangat.. heHe



Thursday, 10 November 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 10

salam semua..

ada tengok rancangan Maharaja Lawak Mega x? boleh tahan laa otai2 buat lawak.. contohnya Jalil Hamid.. selamba je kan..


kalo cite pasal Jalil Hamid mesti akan terbayang ayam kan.. heHe


ok, kali ni ejulz nak kongsi AYAM dalam bahasa Sarawak.. Ayam dalam bahasa Sarawak adalah :

MANOK

Jom makan "MANOK" panggang.. heHe



Tuesday, 8 November 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 9

Ju!! kita ngira lam bahasa sarawak..
( Jom!! kita mengira dalam bahasa sarawak.. )

1 = satu

2 = duak

3 = tiga

4 = empat

5 = limak

6 = enam

7 = tujoh

8 = lapan

9 = sembilan

10 = sepuluh

11 = sebelas

12 = duak belas

...

..
...
...
...
..

p/s : sama je kan?? cuma dua & lima je tambah (k) kat belakang.. lain2 semua sama.. senang kan bahasa sarawak?? heHe

Wednesday, 19 October 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 8

Salam..

Lama dah x share word2 bahasa Sarawak dalam ni.. Last buat entry pasal bahasa Sarawak ni kalo x silap bulan Mac lepas.. lama tu.. heHe. Ok, kali ni ejulz nak share ayat ni:


Agak2 word mane yang korang x faham? heHe.. mesti laa 'POLAH' kan? huHu

oK, 'POLAH' sebenarnya bermaksud, BUAT..


simple kan bahasa Sarawak..? hehe..

ok, tu saje utk hari ni.. kalo nak tanya jgn segan2 k.. :)

Sunday, 20 March 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 7

Assalamualaikum..

Alhamdulillah keadaan ejulz beransur pulih arini.. Dan diharap k0rang jugak berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Kali ni ejulz nak share bahasa sarawak lagi.. Kali ni nak share word 2 dalam 1..

"KENAK"

Ape tu 'kenak'?

'kenak' boleh digunakan dalam 2 keadaan @ dengan kata lain ada 2 istilah..

Pertama,
"KENAK" = KENAPA

Kedua,
"KENAK" = KENA

Contoh ayat:

"Kenak nya nangis?"
Kenapa dia nangis?

"Motosikal ya kenak langgar kereta.."
Motosikal tu kena langgar kereta..


ok, tu saja utk kali ni.. semoga faham ek.. kalau x faham buat2 faham je laa.. huHu.. xde laa, kalau x faham tanya je k.. :)

Tuesday, 8 March 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi..

Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe

Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi.

So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh"..

KELAM KABUT = KAMBOH

Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh..


ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi


Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)

Monday, 24 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 5

Assalamualaikum..

hYe kengKawan.. apa kabar semua? lama x buat entry "Mari belajar bahasa Sarawak"..

ok, arini ejulz nak kongsi word "LAWA".. lawa dalam bahasa sarawak x sama dgn maksud lawa yg selalu kita gunakan.. yg kita tahu lawa bermaksud cantik, hensem, dll.. tapi dalam bahasa sarawak lain maksudnya.. hiHi


Dalam bahasa sarawak LAWA bermaksud SOMBONG, BERLAGAK dan perkataan2 lain yang sama waktu dengannya.. hiHi..

terjemahan ayat yg digunakan oleh si baju kuning kat atas:

"lawa biak ompuan ya eh!"
=
"sombongnya/berlagaknya budak perempuan tu!"

Jadi, kal0 ade terdengar org gune word "lawa" tu jangan la perasan lebih ek.. hiHi

sekian sahaja sesi pembelajaran kita arini.. heHe

p/s: kal0 ade nak tanya, tanya je k.. insyaallah ejulz boleh ajar.. bahasa sarawak je laa.. kal0 bahasa omputih tu, ejulz xleh laa.. hiHi

Monday, 10 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 4

hye kengkawan..

assalamualaikum...


"JANGAN"

cuba k0rang teka "Jangan" dalam bahasa sarawak ape?
-
-
-
-
-
-
tettttttt..
masa dah tamat.. huHu

ok, "Jangan" dalam bahasa sarawak adalah "Iboh"


ejulz bagi contoh ayat:

contoh 1;

"Jangan bising dalam kelas"[Bahasa Melayu Baku]
"Iboh bisin dalam kelas"[Bahasa Melayu Sarawak]


contoh 2;



"Jangan makan nasi basi tu"[Bahasa Melayu Baku]
"Iboh makan nasik basik ya"[Bahasa Melayu Sarawak]

p/s: harap2 k0rang faham ek.. kal0 x faham iboh malu2 tanye k.. :)

Thursday, 6 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 3

hye frenz,

assalamualaikum..

arini ejulz ada word bahasa sarawak utk k0rang smua..


arini ejulz nak share perkataan "tengok" dalam bahasa melayu sarawak..

tengok dalam bahasa melayu sarawak adalah "Diat"..

contoh ayat:

"Cuba awak tengok kat sane" [Bahasa Melayu Baku]
"Coba kitak diat sinun" [Bahasa Melayu Sarawak]

*kitak = awak
*sinun = sane

cukuplah untuk arini.. heHe

p/s: kal0 ade sebarang pertanyaan, tanya kat komen entry ni ek.. :)

Sunday, 2 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 2

nampaknya dah ada yg bertanya pasal bahasa Sarawak.. alhamdulillah ada jugak kengkawan di kalangan blogger ni berminat nak tahu pasal bahasa Sarawak.

terlebih dahulu ejulz nak bagitau sebenarnya bahasa melayu Sarawak ni lebih kurang je dengan bahasa melayu baku. Cuma ada beberapa perkataan yang betul2 berbeza dengan melayu baku.. Sepertimana kita tahu, Bumi Kenyalang pernah dijajah suatu ketika dahulu dalam jangka masa yang panjang. So, pengaruh bahasa Inggeris dengan rakyat Sarawak sangat kuat.. Insyaallah, nanti ejulz akan bagi contoh perkataan Inggeris yang dijadikan @ selalu digunakan orang Sarawak sehingga menjadi bahasa Sarawak.


ok. ejulz cuba jawab ALFALORA MOHD MUSTAFA dulu..

"APA KHABAR"?? ok. seperti yg ejulz katakan awal2 tadi, bahasa melayu Sarawak lebih kurang je dengan bahasa melayu baku.. Orang Sarawak pun guna perkataan "apa khabar" seperti biasa. sama saje dengan bahasa melayu baku. ok, ejulz cuba bagi contoh ayat yang membezakan bahasa melayu Sarawak dengan bahasa melayu baku.

"Alfalora, awak apa khabar?" [Bahasa Melayu Baku]
"Alfalora, kitak pa khabar?" [Bahasa Melayu Sarawak]

*kitak bermaksud awak.

fatyn pulak tanya perkataan "bye".. untuk makluman fatyn, seperti yang ejulz kata tadi sesetengah bahasa Sarawak ada kaitan dengan pengaruh penjajah Inggeris pada masa dulu. sebenarnya org Sarawak guna perkataan "bye" @"babai" bagi ucapan selamat tinggal. ejulz bagi contoh ayat:

"selamat tinggal fatin" [Bahasa Melayu Baku]
"bye fatin" [Bahasa Melayu Sarawak]

p/s: lebih kurang je kan bahasa melayu baku dengan bahasa melayu Sarawak.. senang je kan bahasa Sarawak.. 

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 1

Salam kengkawan,

arini ejulz nak kongsi sikit pasal bahasa sarawak.. ejulz nak buat entri kongsi bahasa sarawak sebab ramai kawan2 ejulz tanya n ingin nak belajar bahasa sarawak.. kat ofis pun ade gak kawan yang nak belajar bahasa sarawak.. adeii! dengar die cube cakap rasa nak gelak tp x sampai hati.. haHa

ok, for basic ejulz nak share word "kamek" @ "kameq"..


p/s: kal0 ade ape2 nak tanya maksud lam bahasa sarawak.. tanye je ejulz k.. ejulz akan buat entri special utk k0rang.. :)

Friday, 31 December 2010

Bahasa Jepun

Selamat Menyambut Tahun Baru.. Mesti k0rang sibuk bersama keluarga.. xpun dgn boyfren@girlfren k0rang.. ape2 pun selamat bergembira menyambut tahun baru.. kepada yg keluar dgn pakwe makwe tu jaga2 la batas k0rang ek.. faham2 je laa..

ejulz rasa boring pulak kali ni.. duk rumah je.. nak kuar ari ujan.. gpun member2 ejulz semuanya dh keje jauh2.. ape2 pun ejulz rasa nak belajar bahasa jepun la mlm ni..

Mari belajar bahasa jepun.. ^_^

0O..Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI..O0
0O..Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA..O0
0O..Yang bisu - KIETA TADASORA..O0
0O..Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA..O0
0O..Yang suka layan blues - APO NADIKATO..O0
0O..Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI..O0
0O..Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA..O0
0O..Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI..O0
0O..Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI heheh ..O0
0O..Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA..O0

0O..Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA..O0
0O..Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI..O0
0O..Yang suka merempit - SAJA CARIMATI..O0
0O..Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI..O0
0O..Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI..O0


haHa.. Jangan marah.. huHu ^_*

Giveaway Kerajaan Kelapa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua..     Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya..  Klik banner kat atas untuk join...