Tuesday 30 October 2018

Apa yang membuatkan pekerja bawahan kemurungan?



*Dapat banyak arahan
*Belum habis satu kerja dah dapat arahan baru 
*Tak ada printer colour, pegi kedai print (guna duit sendiri)
*Kertas warna tak ada, pegi beli  (guna duit sendiri)
*Plastik cover tak ada, pegi beli (guna duit sendiri)
*Bila nak hantar tugasan kepada pegawai yang berkenaan, pegawai tu tak ada kat tempat dia
*Sementara menunggu pegawai berkenaan, buat dahulu tugasan lain
*Last2 kita yg bertungkus-lumus buat kerja tanpa berkira guna duit sendiri kena maki bos sebab belum hantar tugasan kepada pegawai yang tak ada di tempatnya.


Korang rasa?







Monday 29 October 2018

Birthday anak sedara ejulz

Paksu nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-5 buat Hasif.. Umi dia sambut bday dia kat kelas..








Comel2 rakan sekelas Hasif..




Semoga Hasif jadi anak soleh. Berjaya dalam akademik. Berjaya dunia dan akhirat.. Amin

Sunday 28 October 2018

Jadi Bodyguard Datin Seri S

28 OKT 2018 - Menemani Datin Seri S shopping. Hehe.. Teman mak ejulz beli tudung arini. 















Ingatkan shopping tudung je. Bila dah lalu kat bahagian bag, haaa tu dia.. haha. Nasib baik handbag bijan tak ada. Hehe





"BAHAGIAKAN orang yang menyayangi kita. Insyaallah kita juga akan bahagia.."



Ayam blackpapper tak menjadi

Arini gigihkan diri masak ayam blackpapper dengan bantuan wife.. Tak berapa nak menjadi. Mungkin sos lada hitam perlu letak banyak sikit kot.



Apa2 pun tetap laku keras. Anak2 sesara semua suka makan. Siap tambah 2 kali. Hehe



Saturday 27 October 2018

Hasil Shopping Hari Ini

Hasil shopping shopee arini.. Jadi budak2.. tak sedar diri dah tua.. hehehe^_^






HDMI to VGA Video Converter with audio. Aritu beli kat kedai yang jenis xda audio.. RM5+.++. Yang ni hanya RM17.50 je..

Image result for 1080p hdmi to vga converter

PS3 Controller. Tadi survey kat kedai game paling murah RM88 satu. Beli kat shopee RM73.09 dapat beli dua controller..
Image result for ps3 controller

Jom shopping di Shopee.. 



Wednesday 24 October 2018

Baked Potato Cheese

Baked Potato Cheese (Beef) Terbaik dari ladang. Selain beef, chicken pun ada. Hanya RM6. Beli sekali mesti nak lagi. ๐Ÿ˜ Wife beli kat kawan dia..







#bakedpotatocheese #bakedpotato #sedap #nyaman #kuching #blogger #review #bloggermalaysia #bloggersarawak #bloggerkuching #kuchingblogger #sarawakbloggers #malaysiablogger


Alhamdulillah selesai Job Ke-2

Alhamdulillah. Walaupun tak sehebat sahabat2 blogger lain, ejulz tetap bersyukur dengan kepercayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan.



Kalau ada job lagi boleh emel ejulz ke asrul_harfan@hotmail.com k..

HORMATI, JAGA DAN DOAKAN


"Hidup ini hanya sementara. HORMATI dan JAGALAH kedua ibu bapa kita. DOAKAN kesejahteraan mereka. Bukankah kita juga mengharapkan anak-anak kita juga akan menghormati, menjaga dan sentiasa mendoakan kita suatu hari nanti..?" 


Jasa ibu bapa sememangnya takkan dapat dibalas sampai hujung nyawa kita. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa marilah kita sama-sama menjaga mereka sebaik mungkin sepertimana mereka menjaga kita dengan belaian kasih sayang. Bagi yang telah ditinggalkan kedua ibu bapa, berdoalah untuk mereka kerana doa anak yang soleh/solehah adalah HARTA yang paling bermakna buat mereka di 'sana'..






Tuesday 23 October 2018

Alkisah Mee Udang


Wife ada sebut teringin nak makan mee udang.. Kebetulan arini ziarah makcik (isteri kepada arwah abang ayah) meninggal semalam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Selesai pengebumian, ejulz nak ajak wife pergi ke gerai makan yang femes dengan mee udang di Samarahan tapi diorang kata takda stok udang. Ejulz search kat facebook kalau ada tempat lain yang ada jual. Terjumpa satu post mee udang dari Qaseh Sumayyah Cafe. Bila ejulz hubungi diorang pun tiada stok udang besar/galah. Yang ada cuma udang biasa. Terus cari cafe tu. Bila dah sampai, ejulz terus buat pesanan.

Ejulz : Air laici buah 2. 1 kurang manis.

Cashier : Ok. Makan?

Ejulz : Mee udang ada?

Cashier : Udang besar takda stok.

Ejulz : Udang biasa @ kecil pun takpa. Asalkan mee udang je.

Cashier : Orang rumah mengidam ker? (Sambil tersenyum)

Ejulz : Ya (senyum jugak)

Cashier : (menjerit kat tukang masak) Mee udang satu. Ada orang mengidam. Buat special..

Ejulz : (hanya mampu tersenyum. Malu dah ramai pelanggan)


Masa ejulz dan wife makan kat sana tadi, memang ramai pelanggan berbaris. Mana tak nya, nasi campur hanya RM6.90 sepinggan tak kira berapa banyak ambil. Memang terbaik kedai makan ni..

#kedai makan #restoren #murah #sedap







Monday 22 October 2018

Kalau sudi meh add & follow ejulz ^_^

Assalam / Salam Sejahtera & Selamat petang sahabat2 blogger sekalian. Jemput add & follow laman sosial ejulz k. Tu pun kalau sudi.. hehe


FACEBOOK



FB PAGE

 FB GROUP



INSTAGRAM (IG)




TWITTER



YOUTUBE

klik icon/logo di atas kalau nak join k.. ^_^

Terima kasih kepada yang sudi add/follow. 











Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...