Skip to main content

Alkisah Mee Udang


Wife ada sebut teringin nak makan mee udang.. Kebetulan arini ziarah makcik (isteri kepada arwah abang ayah) meninggal semalam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Selesai pengebumian, ejulz nak ajak wife pergi ke gerai makan yang femes dengan mee udang di Samarahan tapi diorang kata takda stok udang. Ejulz search kat facebook kalau ada tempat lain yang ada jual. Terjumpa satu post mee udang dari Qaseh Sumayyah Cafe. Bila ejulz hubungi diorang pun tiada stok udang besar/galah. Yang ada cuma udang biasa. Terus cari cafe tu. Bila dah sampai, ejulz terus buat pesanan.

Ejulz : Air laici buah 2. 1 kurang manis.

Cashier : Ok. Makan?

Ejulz : Mee udang ada?

Cashier : Udang besar takda stok.

Ejulz : Udang biasa @ kecil pun takpa. Asalkan mee udang je.

Cashier : Orang rumah mengidam ker? (Sambil tersenyum)

Ejulz : Ya (senyum jugak)

Cashier : (menjerit kat tukang masak) Mee udang satu. Ada orang mengidam. Buat special..

Ejulz : (hanya mampu tersenyum. Malu dah ramai pelanggan)


Masa ejulz dan wife makan kat sana tadi, memang ramai pelanggan berbaris. Mana tak nya, nasi campur hanya RM6.90 sepinggan tak kira berapa banyak ambil. Memang terbaik kedai makan ni..

#kedai makan #restoren #murah #sedap







Comments

  1. Alhamdulillah...rezeki mengidam..syukur.

    ReplyDelete
  2. Wahh sedapnya mee udang. Lapar semula tengok mee udang ni

    ReplyDelete
  3. mmg rezeki sampai ke restoren tu ya... dpt lak mee udang special tuh...

    takziah bt arwah pakciknya yg meninggaldunia... moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki org ngidam..hihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Rezeki ibu mengandung..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, rezeki orang mengidam ^^

    ReplyDelete
  7. Kecik besar sikpa, asal nyaman 😘😘😘

    ReplyDelete
  8. awas, org resdung hanya mampu tgk je hahaha

    ReplyDelete
  9. sedapnya mi udang. saya kalau pergi sungai dua, peng wajib mkn mee udang

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki ibu dan anak dapat makan mee udang. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahasa Bidayuh Serian Sarawak

Bidayuh Serian Punya Bahasa ⇩  • saya ⇨ aku • awak ⇨ amu • cantek/hensem ⇨ timengen/hensem • ya ⇨ aye • jangan ⇨ aba • tiada ⇨ anyap • taknak ⇨ agak • menyampah/geli ⇨ sidod • tahu ⇨ puan • kalau ⇨ wang • berlagak ⇨ sumbong • mana ⇨ gapih • sini ⇨ gatik • sana ⇨ ga-ih • mahu ⇨ irak • sekarang ⇨ itin • budak ⇨ anak inya • muda ⇨ ungod • pukul ⇨ paluk • jatuh⇨ jatuk • baring ⇨ nguleng • kacau ⇨ ngaco • paksa ⇨ maksa • makan⇨ maan • ngegeh ⇨ sundel • kucing ⇨ singau • anjing ⇨ kasung • nanti ⇨ matik • jalan2 ⇨ panu2 • sibuk ⇨ gago *Pelikk kan ? Tpi itulah bahasa kami BIDAYUH SERIAN SARAWAKIANS Copy & Paste. Ejulz sendiri pun x pandai bahasa bidayuh. Hehe. Kalau la mahir semua bahasa. Hehe

Akhirnya tewas 21-27/3/2022

Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan untuk melindungi keluarga, sekelip mata terkena juga. Walaupun tidak tahu dari mana dan bagaimana boleh terkena, tapi kadang-kadang kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling yang sambil lewa. Dan mungkin untuk peringatan diri juga. Kecewa dengan sikap segelintir orang sekeliling? Terlebih dahulu ejulz mohon maaf andai apa yang ejulz katakan akan mengguris hati sahabat2 di sini yang merokok. Tapi inilah kenyataannya. Bukan ejulz melarang atau tidak membenarkan mereka yang merokok untuk merokok. Tapi kalau merokok di tempat yang tidak sepatutnya memang menyusahkan pihak lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak merokok. Korang bayangkanlah bagaimana suasana pejabat dimana pekerja merokok di dalam pejabat seperti tidak ada salah langsung. Yang guna vape apatah lagi. Alkisah bermula pada 20 Mac 2022 dimana kakak ejulz yang sepatutnya

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi.. Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi. So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh".. KELAM KABUT = KAMBOH Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh.. ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)