Iklan

My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger My Blogger

Thursday, 4 October 2018

Tak sangka masuk surat khabar ^_^

 Aidil (enam kiri) bergambar bersama qari dan qariah yang mengambil bahagian. Turut kelihatan Sabu (lima kiri) dan Nurul Shafinaz (lima kanan). 
Cari ejulz kat mana? hehe

KUCHING: Inspektor Nurul Shafinaz Halim daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Sarjan Sabu Sli yang bertugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching akan mewakili Zon Selatan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kontinjen Sarawak.

Dalam ujian saringan peringkat Zon Selatan yang berlangsung di Dewan Minda Sekolah Latihan Kontinjen Sarawak semalam, enam qari dan lima qariah mengambil bahagian. 

Kali ini IPD Padawan dipilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan.

Keputusan penuh menyaksikan Sub Inspektor Abdul Rabu Hamdan daripada IPD Kuching muncul naib johan bagi kategori qari manakala Kostabel Mohd Firdaus Md Daud daripada IPD Serian di tempat ketiga.

Manakala Koperal Rosnani Abdul Rahman daripada IPD Kota Samarahan memenangi tempat kedua bagi kategori qariah dan Azlilawati Wahi daripada IPD Serian di tempat ketiga.

Difahamkan antara objektif penganjuran tilawah itu ialah menarik minat warga Polis Diraja Malaysia (PRDM) menguasai al-Quran. 

Pada masa sama, ia sebagai wadah ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim khususnya dalam kalangan warga PDRM.

“Johan kategori qari dan qariah bagi Zon Selatan akan bertanding di peringkat kontinjen Sarawak yang akan ditetapkan tarikhnya kelak,” katanya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan selaku pengerusi penganjur dan Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad serta ketua-ketua jabatan dari Zon Selatan.

SUMBER : UTUSAN BORNEO

*** Semalam (3 OKT 2018) ejulz join tilawah al-quran.. Sememangnya semua peserta bukan tandingan ejulz. Ejulz xda la pandai sangat bertaranum ni. Dah banyak kali bagitau ustad kat ofis ejulz supaya cari wakil lain tapi dia nak ejulz jugak pergi sebab dah xda pilihan lain. Kali ni dah 2 kali mewakili pejabat ejulz. Alhamdulillah ada juga pengalaman walaupun x pandai sangat. 




33 comments:

  1. Alhamdullilah... Tuan admin lebih bagus... tahniah dari saya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah Ejulz..

    ReplyDelete
  3. Tepi sekali di sebelah kiri kot? Hihi..tahniah kerana turut bertanding ya tuan blog :)

    ReplyDelete
  4. Good job ejulz. Nok ney dirik koo?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....
    Pengalaman tu yg mahal

    ReplyDelete
  6. ehemmm tambah glamer gituuu😊

    ReplyDelete
  7. Wah, alhamdulillah, tahniah ye!

    Hye! Jemput join giveaway, TQ :)
    https://greennnpandacraft.blogspot.com/2018/10/gpc-kawaii-octopus-giveaway.html

    ReplyDelete
  8. tahniah. glamer...
    ini pemangkin utk lebih berjaya dan maju ke depan ye, ejulz.

    ReplyDelete
  9. tahniah, semoga maju jaya k...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...