Showing posts with label MasaKan oRang BujaNg. Show all posts
Showing posts with label MasaKan oRang BujaNg. Show all posts

Tuesday, 2 April 2019

Kek Cheese Milo


Bahan-bahan:

1. 500g cream cheese (ejulz guna Anchor)
2. 1 tin susu pekat (ejulz guna F&N) 
3. 1 paket biskut cheese (ejulz guna salt cheese)
4. Milo secukup rasa
5. Sedikit coklat rice
6. Sedikit air untuk membasahkan sedikit biskut cheese (ejulz suka guna dutchlady coklat)

Cara-cara:

1. Gaul 500g cream cheese dan 1 tin susu sehingga sebati.
2. Sediakan bekas. Ejulz suka guna bekas kecil seperti di atas tu.
3. Layer pertama masukkan campuran cream cheese dan susu yang telah sebati tadi. Kemudian letakkan milo beberapa sudi mengikut cita rasa anda. Kemudian masukkan biskut cheese yang telah dibasahi sedikit dengan dutchlady coklat. Ulang 3 bahan tadi sehingga bekas penuh.
4. Dah siap masukkan dalam peti sejuk. Dah sejuk bolehlah makan.. hehe

Senang kan???


Bagi yang berada di Kuching, kalau nak order boleh whatsapp 0168500565

Image result for salt cheese 
Biskut Saltcheese

Saturday, 7 September 2013

Kek Cheese Oreo

Alhamdulillah.. semua bahan nak buat kek cheese oreo dah cukup.. hehe

Antara bahan yang diperlukan :

- Cream Cheese Anchor
- Susu Dutch Lady
- Biskut Saltcheese
- Oreo
- Susu tin








Dan antara yang penting, kene ada:


Haaa.. mixer.. sanggup beli semata2 nak buat kek cheese ni.. hehe

Cara buat senang je..


1. Gaul 1/2 kg cream cheese bersama 1 tin susu pekat hingga sebati.


2. Sementara tunggu cream cheese dan susu sebati,  sapu majerin kat bekas yang nak digunakan supaya x melekat adunan nanti..


3. Sediakan air susu dutch lady.. utk apa?


Air tu untuk rendam biskut saltcheese.. jangan rendam lama sangat..


4. Biskut yang dah direndam tadi susun dalam bekas..


5. Lapiskan adunan cream cheese dan susu yang telah sebati tadi..


6. Lapiskan pula serbuk oreo untuk dijadikan satu lapis.. Dan ulang buat lapisan biskut saltcheese dan adunan cheese sehingga habis..

tu je.. dah siap.. :)


tQ si Lala sebab sudi poskan saltcheese dari sarawak.. ^_^


Tolong ejulz klik SINI dan SINI k.. Tabung nak kawen.. hehe. Jumlah nuffnang yang ejulz kumpul setakat ni..RM16.88.. hehe.. tolong klik iklan ejulz k.. hehe



Stok minyak angin aromaterapi Fresh Care dah sampai.. siapa yang berminat boleh bgtau ejulz k.. ^_^


Saturday, 31 August 2013

Cream Cheese Anchor

 Masa balik raya kat kampung aritu ejulz ada buat Kek Cheese Oreo. Just gune cream cheese, saltcheese creaker, susu pekat dan oreo je..

Cream Cheese ni susah nak cari.. Puas ejulz cari cream cheese brand Anchor ni.. tadi pegi kat Bandar Baru Bangi baru jumpa..


Saltcheese crackers ni pun susah nak jumpa.. x jumpa lagi.. 


Cream cheese n oreo dah beli. Susu n saltcheese crackers je lagi.. hhehe.. x sabar nak buat.. ^_^




Sunday, 21 July 2013

Juadah sahur bujang pagi tadi..

Pagi tadi tak tidur.. layan citer Parker kat sini http://freemuveee.blogspot.com/2013/07/parker.html

Pukul 330am terus buat persiapan masak.. teringin nak makan mee goreng.. hehe

Bahan-bahan ejulz just gune minyak masak, bawang putih + bawang merah, ayam dihiris halus, kobis, sos cili, kicap, sos bbq, sikit sos spagetti, dan 1 cube pati ayam knor.. hehe


Ni hasilnya mee goreng bujang.. agak masin. lain kali nak gune 1/2 je la cube pati ayam knorr tu..


Semestinya ditemani F&N SEASONS SOYA.. hehe

Wednesday, 17 July 2013

Sahur bujang tratangtang


Kali ni rajin2kan diri masak nasi.. hehe


Nasib org bujang duk sorang2.. Makan nasi + kicap + keropok ikan + telur goreng + ayam mexican + dan semestinya kene la ada sos life (xde life tanpa sos life.. hehe_)


Dan kali ni disponsor oleh RIBENA.. ^_^

Tuesday, 16 July 2013

Menu sahur hari ni


French Fries + Ayam Mexican + Ayam masak guna sos bbq.. haha

Dan yang pastinya bersama  F&N SEASONS.. ^_^



X sabar nak balik kpg.. ^_^




Friday, 31 May 2013

Kebab kebaboommmm!

Kebab kebabommmm!! hehe


Makan kebab je malam ni.. nak buat camne, ni je org bujang mampu buat.. hehe



xpe, yang penting layan Coffee Prince.. Episode 16 setakat ni.. hehe

Daaa.. sambung layan Coffee Prince dulu k.. hehe

Sunday, 3 June 2012

Kacang panjang masak kicap

Arini ejulz belajar satu resepi dari kawan ejulz.. dari Elfiza.. Ejulz suka masak masakan yg simple2.. hehe.. Xtau nak bagitau ape g.. tgk je la gmbr ni.. hehe

ni la kacang panjang masak kicap ejulz.. siap campur udang lagi.. hehe


ni la menu penuh ejulz arini.. walaupun x seberapa, cukup la utk dimakan org bujang cam ejulz ni.. hehehe


Nasi putih + Kacang panjang masak kicap + telur goreng (mesti ada sos cili.. ehehe) + yang paling sedap.. DURIAN.. hehehe

4 pack RM10.. hehe


Saturday, 2 June 2012

Udang masak madu mangga.. ^_^

Hhaaha.. tergelak sorang tgk masakan ejulz ni.. heheehe

xtau camne nak cite.. tgk je la gmbar ni.. hhehe




rahsia masakan ejulz adalah:

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Perencah ni yg ejulz kata susah nak carik.. hehe ^_^







*si guLE; x sempat kmk nak rasa ayam msk merah ktk.. Ingt x janji kita dlok.. mun kt sama klk kt masak sama2.. x ksampaian suma yaa.. :(




Sunday, 27 February 2011

Bosannya arini!!! xdo kojo cari kojo.. huHu

Pagi tadi pegi merempit ke S.A ada kelas.. Mengantok yg teramat sgt masa lam kelas tadi.. Mana x nye, malam tadi tengok Manchester United punya game sampai abis.. lebam biji mata lam kelas.. huHu.. Sampai lecturer tanya pun dah x fokus.. huHu.. malunya kene ketawa rakan sekelas.. sabar je laa..

Abis kelas sambung merempit terus ke rumah.. penat siot!! Kepenatan hilang setelah memetik tali gitar yg baru ejulz beli malam semalam.. Baru nak belajar main.. x reti main pun.. huHu.. sape2 yg reti main tolong beri tunjuk ajar k.. :).. Setelah belajar kod2 asas, ejulz melangkah ke alamanda.. boring dok sorang2.. member sorang keje, sorang lagi pegi johor ada kursus esok.. Tinggal la ejulz sendirian.. heHe

Kat alamanda ape lagi, ejulz mengorder nasi lemak + honey dew juice utk mengisi perut yg agak kekosongan ketika itu.. huHu.. tHen, jalan2 mencuci mata.. heHe. Tempat wajib pegi kalau ke alamanda adalah boling.. Agak ramai org main arini.. Ejulz tulis nama kat list menunggu.. tunggu punya tunggu, jeling punya jeling, cuci punya cuci (mata).. heHe.. Giliran x jugak sampai.. Last2 x jadi main..

Sebelum balik rumah singgah beli udang jap.. nak masak udang masak kunyit.. my feberet.. Siap tipon mak kat kampung lagi tanya resepi.. nak makan punya pasal.. heHe.. ok, nak share sikit resepi tu. simple je..

UDANG MASAK KUNYIT

BAHAN2:
1. UDANG
2. KUNYIT
3. GARAM
4. AJINOMOTO
5. MINYAK MASAK

CARA MEMBUAT:
1. CUCI UDANG.. BUANG SEGALA KOTORAN YG ADA PADA UDANG.. CABUT KEPALA DIA SEKALI.. HAHA
2. CUCI SEKALI LAGI DAN TUSKAN AIR CUCIAN..
3. LETAK SEDIKIT KUNYIT..
4. LETAK SEDIKIT GARAM..
5. DAN LETAK SEDIKIT AJINOMOTO..
6. KEMUDIAN GORENGKAN..
7. SIAP UNTUK DIMAKAN..

p/s: senang kan? biasa la hidup bujang kene la buat yg simple2 je.. nak buat lauk2 lain x reti.. huHu

Friday, 26 November 2010

Sup Telur Berhalia

Tiba2 terasa lapaa.. ermM.. nak kongsi sikit laa resepi org2 bujang mcm aku nie.. haha..


Sup Telur Berhalia
Bahan-Bahan:
4 biji telur
4 cawan air
Minyak masak
Garam secukupnya


Bahan dihiris:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Apabila minyak sudah panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris.


Biarkan sehingga naik bau. Setelah itu masukkan air. Biarkan sehingga air mendidih. Kemudian masukkan telur dan garam.


Biarkan selama 3 minit dan bolehlah dihidangkan.


p/s: senang kan?? apa lagi masak laa sendiri.. jgn asyik mak je masak.. :P

Bayang-Bayang di Balik Gah (Episod Akhir)

  Episod 1 Kelihatan pantulan wajahnya sendiri pada kaca tingkap yang gelap. Di luar, lampu-lampu pencakar langit Kuala Lumpur berkerlipan s...