Tuesday, 2 April 2019

Kek Cheese Milo


Bahan-bahan:

1. 500g cream cheese (ejulz guna Anchor)
2. 1 tin susu pekat (ejulz guna F&N) 
3. 1 paket biskut cheese (ejulz guna salt cheese)
4. Milo secukup rasa
5. Sedikit coklat rice
6. Sedikit air untuk membasahkan sedikit biskut cheese (ejulz suka guna dutchlady coklat)

Cara-cara:

1. Gaul 500g cream cheese dan 1 tin susu sehingga sebati.
2. Sediakan bekas. Ejulz suka guna bekas kecil seperti di atas tu.
3. Layer pertama masukkan campuran cream cheese dan susu yang telah sebati tadi. Kemudian letakkan milo beberapa sudi mengikut cita rasa anda. Kemudian masukkan biskut cheese yang telah dibasahi sedikit dengan dutchlady coklat. Ulang 3 bahan tadi sehingga bekas penuh.
4. Dah siap masukkan dalam peti sejuk. Dah sejuk bolehlah makan.. hehe

Senang kan???


Bagi yang berada di Kuching, kalau nak order boleh whatsapp 0168500565

Image result for salt cheese 
Biskut Saltcheese

46 comments:

  1. knape sy xpenah nmpk biskut ni yaaaaa

    ReplyDelete
  2. Wahh.. nampak sedap dan senang jer.. boleh try buat nanti..

    ReplyDelete
  3. senang sangat tu, nanti boleh la try

    ReplyDelete
  4. sedap tuh... kalau kt sini biasanya di panggil kek cheesekut, sbb ada biskut, tp sya biasa guna cream craker, atau biskut cream deluxe

    ReplyDelete
  5. Sedap eh... Simpan dalam peti ais. Pergh... Makan time cuaca panas tok. Nang nikmat.

    ReplyDelete
  6. Saya panggil kek ni cheesekut. Selalunya saya guna cream craker. Tak pernah lagi guna biskut Saltcheese dan tak pernah nampak pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  7. sedap nmpknye tu...kek cheese milo...yummmyyy

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaa Ejulz...lama Sis tak buat, terus rasa nak cari bahan ..

    ReplyDelete
  9. salam..

    mcm senang je.. boleh cuba nanti ni as a dessert.

    ReplyDelete
  10. in shaa Allah ada masa nnti nak buat :)

    ReplyDelete
  11. owh dia mcm ala2 cheesekut lah ya. hee nampak sodap

    ReplyDelete
  12. Sedap ni.. Asalkan berasaskan cheese iolss punya favourite la

    ReplyDelete
  13. Wow laparnya the biskut cheese

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...