Friday, 17 July 2020

Remaja maut akibat makan tupai tanah



Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat wabak bubonik di barat Mongolia.

Remaja itu dijangkiti wabak berkenaan selepas memburu dan memakan marmot, kata Dorj Narangerel, jurucakap Kementerian Kesihatan Mongolia.

Dia meninggal dunia pada Ahad.

Marmot adalah tupai tanah besar yang sering dikaitkan dengan kemunculan pelbagai wabak di rantau itu.

Ujian mengesahkan remaja itu dijangkiti wabak bubonik dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kesihatan dan melaksanakan perintah kuarantin di daerah Tugrug, Mongolia.

Kuarantin bermula pada Ahad lalu hingga Sabtu ini.

Pihak berkuasa juga telah mengenal pasti dan mengasingkan 15 individu yang merupakan kontak remaja tersebut.

Setakat ini, kesemua mereka tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Wabak bubonik menyebabkan kesakitan dan pembengkakkan nodul limfa, dengan simptom seperti demam dan batuk.

Mongolia mencatatkan 692 kes wabak bubonik dari 1928 hingga 2018. Dari jumlah itu, 513 meninggal dunia.

Awal bulan ini, dua individu didapati positif wabak tersebut di wilayah khovd, memaksa amaran dikeluarkan di negara jiran, Rusia.

Minggu lalu, seekor tupai di Colorado, Amerika Syarikat didapati positif wabak itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan bubonik sebagai 'wabak lama yang muncul kembali'. -AFP

Sumber : Utusan Sarawak



17 comments:

  1. macam-macam betul lah, kenapalah mereka suka makan binatang yang bukan2

    ReplyDelete
  2. kenapa makan tupai tu? omg

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tak ada benda lain nak dimakan kot.

      Delete
  3. halaaahaaai..
    awat la sampai makan tupai..
    seram betul. lastnya bawa maut

    ReplyDelete
  4. pernah terbaca pasal wabak bubonik ni dulu... sekarang dah muncul balik pulak

    ReplyDelete
  5. di china n mongolia semua jenis dimakan mereka...

    ReplyDelete
  6. Mudah2an tidak menular menjadi pendemik

    ReplyDelete
  7. Pelik benar selera makan diorang ni.

    ReplyDelete
  8. SAKIT SENGAJA DICARI MENJADI WABAK MENYUSAHKAN RAMAI

    ReplyDelete

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...