Dalam kamus Dewan Bahasa Pustaka (DBP), KRONI bermaksud kawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negatif atau yang melibatkan kepentingan peribadi.
Apabila dikaitkan dengan alam pekerjaan, budaya kroni ini boleh mewujudkan persekitaran yang tidak sihat. Ia bukan sahaja boleh membuatkan pekerja2 di kalangan kroni ini tidak efisien, malah boleh membuatkan pekerja yang berdedikasi menjadi hilang semangat untuk bekerja.
Ok, kali ni ejulz nak bagi sedikit gambaran tentang situasi budaya kroni ni. Anggap sahaja ini hanya cerita rekaan bagi menggambarkan situasi budaya kerja kroni ye. Tiada kena mengena kepada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tapi kalau ada yang terasa ejulz minta maaf ya..
Mia Adriana (bukan nama sebenar) seorang setiausaha telah melapor diri bertugas di sebuah jabatan beruniform. Di jabatan berkenaan kebanyakan pekerja adalah dari badan penguasa beruniform yang tergolongan dari pegawai dan anggota. Hanya dua orang sahaja dari kumpulan pelaksana iaitu Khuzairi (bukan nama sebenar) seorang kerani dan termasuklah Mia seorang setiausaha. Mia seorang pekerja yang berdedikasi. Melapor sahaja di jabatan berkenaan, dia banyak belajar dari pekerja2 yang berpengalaman dari golongan penguasa di sana. Oleh kerana Mia sudah mempelajari banyak hal tentang pengurusan pejabat jabatannya, akhirnya dia banyak mendapat tugasan dari bos dan semua anggota padahal kerja2 itu patut dilaksanakan oleh Khuzairi sebagai seorang kerani. Mia bukan sahaja bertanggungjawab memastikan kelancaran tugas bosnya, malah mendapat tugasan dari pegawai bawahan bosnya dan juga anggota2 lain.
Khuzairi memang rapat dengan pegawai dan anggota di sana. Dan sikap tidak bertanggungjawabnya membuatkan semua pegawai dan anggota meletakkan beban tugas di bahu Mia.
Apa kaitan cerita ini dengan kroni?
Pejabat Mia ada mewujudkan group wasap untuk memudahkan penugasan. Pegawai yang rapat dengan Khuzairi ni biasanya akan memberi arahan kepada Khuzairi di dalam group berkenaan. Tu pun biasanya tak banyak. Dalam sebulan ada sekali atau dua kali sahaja. Dalam group tu semua anggota boleh tengok, termasuklah bos Mia. Berbanding dengan Mia, pegawai berkenaan akan wasap personel atau beri arahan secara direct sahaja lebih kerap berbanding Khuzairi. Di sini Mia dapat merasakan pegawai berkenaan hendak menunjukkan Khuzairi lebih banyak tugas dari Mia, sedangkan Mia lebih banyak dapat tugasan dari Khuzairi. Bila hal2 tugas pejabat, Mia yang dicari. Bila hal2 suka-suka seperti majlis jamuan dan lain2 yang menyeronokkan Khuzairi diutamakan.
Inilah namanya KRONI.
Setelah 3 tahun berlalu, Mia agak tertekan dan memohon untuk pertukaran. Permohonan pertukaran bukan sahaja ditolak mentah2 malah alasan2 kebajikan yang diberikan semuanya ditepis bos Mia. Malah Mia turut dimaki dan dimarahi bosnya oleh kerana permohonan berkenaan.
Dan yang paling menyedihkan Mia bila mengetahui bos rupanya ada hubungan kekeluargaan dengan Khuzairi. Mia sedih bukan kerana hubungan itu, tapi dia sedih kerana atas hubungan itulah mungkin ketidakbertanggungjawaban Khuzairi terhadap tugasan tidak ditegur oleh bosnya. Malah Khuzairi dipertahankan oleh bosnya apabila Khuzairi ditegur oleh pentadbiran jabatan kerana permasalahan kehadiran di pejabat.
Inilah namanya KRONI.
Sekali lagi ejulz bagitau, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tapi kalau terasa ejulz mohon maaf. Sekian, kisah KRONI.
Haloo Assalamu'alaykum. Saya dari Sumatra Indonesia. Salam.. 😀🙏
ReplyDeleteApabila saya tengok dalam KBBI; Kamus Besar Bahasa Indonesia. Kroni pun bermakna teman atau kawan dekat.
Dalam penggunaan pada kalimat, kroni memang sentiasa dimaknakan sebagai negatif..
Salam kenal :)
saya biasa dengar kroni dalam bab politik
ReplyDeletecan't say it's not true but yeah it happens.
ReplyDeletebersabarlah..itu lumrah
ReplyDeletehahahha..ni nama ni mesti tgk cerita ptg2 kol 7 tu kan..hikhik
ReplyDeletemenyampah betul dengan sikap kroni-kroni nie.. Bila bos tu ditukarkan barulah si Khuzairi tu tahu langit tinggi rendah..
ReplyDeleteSha kat sini dah tengok budaya ini selalu..
Tak mendatangkan faedah pun..
setiap syarikat ada Kroni masing masing..
ReplyDeletesusah kita nak bendung... apa pun utk happy kan diri..
mia buat tindakkan yg betul.. dia boleh dpt kerja lain lagi dgn pengalaman yg ada... sia sia stay klu tak happy
Memang biasanya kroni akan diutamakan walaupun kerjanya cincai daripada yang lain. Pernah berlaku pada saya tapi percayalah kalau kerja kita berikan dah terbaik dan bermutu, satu hari nanti bos akan perasan kehadiran kita walaupun masih pada waktu tu kroni tetap diutamakan. At least masa nak resign, bos banyak kali pujuk jangan berhenti..kehkeh
ReplyDeletebiasa la kalau dunia kerja, kena kuat semangat dan bekerja demi allah.. kalau dilayan mmg sakit jiwa dibuatnya..
ReplyDeleteDah cemuih dengan budaya ni... yang paling tak boleh tahan... dah la masuk guna cable, jadi makcik Google, kerja idoklah mandang, orang lain yang dok settlekan tapi dia punya explanation konon macam dia yang buat padahal sepatah-habuk takde kena-mengena apa yang cuba dihujahkan itu... #inimemangkisahbenar #nowhappening #ejulzstaystrong
ReplyDeleteHuhuu nakntak nak mmg Ada masalah ni
ReplyDelete