Tuesday, 11 August 2020

Siapa pernah terlibat kemalangan & claim insurans?

Ejulz kurang arif sikit berkenaan claim insurans ni. Bulan lepas wife terlibat dengan kemalangan. Yang terlibat sebuah motorsikal dan sebuah kereta. Semasa nak keluar simpang wife tak perasan ada sebuah motorsikal dalam keadaan laju. Jadi motorsikal tu mengelak dan terlanggar kereta ejulz dan motorsikal tu terkena lagi sebuah kereta (kereta M). Memang tidak dinafikan salah wife ejulz sebab tak perasan ada sebuah motorsikal dalam keadaan laju semasa dia keluar simpang. Jadi pasrahlah guna insurans untuk pampasan mereka.

Pemandu kereta M tiada nama dalam cover note insurans kereta milik isterinya. Jadi dia dikenakan oleh workshop bayaran 2F sebanyak RM400. Bayaran RM400 ni disebabkan nama dia tiada dalam cover note insurans sebagai pemandu kedua. Pemandu juga dikenakan bayaran betterment 40% daripada harga spare part original kerana kereta dia sudah  melebihi 10 tahun. 

Persoalannya kat sini, adakah ejulz perlu membayar RM400 dan betterment 40% dari harga spare part original pemandu tersebut? Sedangkan ejulz sudah menanggung kos kerosakan kereta dia dengan menggunakan insuran. NCD kereta ejulz semamangnya akan berkurang dan terpaksa membayar insuran dengan harga yg lebih tinggi pada masa akan datang.

Pemandu tersebut berkeras supaya ejulz bayar RM400 dan betterment 40 % tersebut. Jadi ejulz rujuk dan meminta nasihat daripada pegawai penyiasat trafik PDRM sama ada ejulz perlu membayar kepada pemandu tersebut ataupun tidak, sebab pegawai penyisat trafik tersebut pernah memaklumkan supaya tidak memberi duit kepada pihak yang terlibat kerana semuanya akan ditanggung oleh insurans. Apabila ejulz merujuk semula, dia memberi jawapan yang sama. Insurans dah bayar semua buat apa nak bayar lagi katanya.

Ejulz rujuk juga dengan pihak insurans. Pihak insurans memaklumkan bahawa RM400 dan betterment 40% tu memang pemandu tu perlu bayar menggunakan duit dia sendiri. Kemudian dia boleh minta workshop yang uruskan insurans claim semula dari insurans ejulz. 

Jadi tujuan ejulz nak up cerita ejulz ni adalah untuk bertanya kepada kepada yang pernah mengalami situasi yang sama siapakah yang perlu membayar RM400 dan betterment 40% tersebut? Dan peringatan buat diri sendiri dan anda semua supaya mengambil insurans untuk pemandu kedua jika kereta selalu digunakan oleh pasangan atau keluarga supaya tidak dikenakan bayaran RM400 untuk tuntutan insurans jika terlibat kemalangan.





20 comments:

  1. Sha emmang ambil untuk pemandu kedua sebab kereta dibawa oleh dua pemandu..
    Mengenai claim itu, Sha minta maaf sha pun tak berapa arif.. Tak dapat nak membantu ejulz..

    ReplyDelete
  2. Cik TK pun tak pasti pasal insurans ni... Maaf Cik TK tak dapat nak membantu

    ReplyDelete
  3. adik atie pun sedang dalam case, mmg salah adik atie tapi tu la... tatau how diorg nak buat

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan ejulz dipermudahkn.. ingtkn kalau ade acciden insuran cover...ade jugak syarar2 die nk cover ye

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya ambil insurans pemandu kedua, dan cermin. Penting jugak. Semoga urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. Biasanya pihak insuran kereta akan urus semua

    ReplyDelete
  7. Tak tau pasal insurance kereta. Tapi kalau medical card in syaa Allah tau. hehehe

    ReplyDelete
  8. http://www.anakdenesor.com/2020/07/what-to-do-if-you-have-car-accident.html nah baca ni mgkin boleh tolong faham

    ReplyDelete
  9. yes biasanya tak payah bayar pape dah sebab insurance dah cover semuanya..biasanya diaorang memang nak ketuk kita je tu..suruh bayar..jangan bayar..sbab kite dah cover guna insurance. dah la nnti nak kena bayar saman kereta lagi..so better be clever okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah masalahnya. rasanya dia nak ketuk. sbb dia dah banyak kali excident.

      Delete
  10. pernah terlibat kemalangan 3 tahun dulu tapi itu salah motor yang melanggar kami, tapi kereta kami yang rosak teruk... duit pembaikan kereta semua claim insuran je... sebab cuma 2 kenderaan je yang terlibat motor tu pulak takde geran atau roadtax

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes macam ni xtau la macam mana nak claim kat motor tu sebab dia xda insurans.

      Delete
  11. Mcm ni kena letakkan nama suami jugak lah sebab dia juga memandu kereta nina. Tq for info

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...